Aku Insan Biasa

Category archive

Review Album (Malaysia)

Ulasan terhadap lagu-lagu dan album artis Malaysia masakini.

[MTV] Infiniti Cinta – Zizan Razak Feat Kaka

dalam Review Album (Malaysia) oleh
Screen Shot 2013-09-25 at 3.11.24 PM

Screen Shot 2013-09-25 at 3.11.14 PM

Screen Shot 2013-09-25 at 3.11.24 PM

Bermula kutemu gadis berkaca mata
Comel anggun ayu cantik paras rupa jelita
Tinggi 5 3 laksana primadona
Terigau mimpi sini juga khayalnya ke sana
Pernahkah terdengar tiada dara yang renggang
Itu kisah ku dulu reputasi lamaku dulu
Seribu memurai usah satu pun kau percaya
Seribu menggadai kau satu sumpah setia

Cliche dihatiku kau bermaharajalela
Manifesto luput bila nafas henti hela
Tiada medan yang takkan kubanting yang kujuang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang
Demi seru kau sayang
Demi kau seorang

Korus:
Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
(Ku cuba menahan ketawa ku)
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu
(apa yang ku rasa kau dah tahu)

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Kan baru saja aku bilang
Ku mahu seru kau sayang
Hikayat kau aku
tanpa dua dan bayang-bayang

Diteraju kau dan aku
sutradara yang maha esa
tetap kau aku lintas bandar rentas desa
Dan apa pula kau mahu jelas satu-satu
Leraikan yang terbuku dan segala didadamu
Salam perkenalan yang diselami dua hasrat
Moga-moga kita kekal hingga ke akhirat
Seharusnya kita kekal hingga ke akhirat

Ulang korus

Apakah seorang raja tanpa permaisuri jelita di sisinya
Ibarat jantung tiada degupannya
Dan diri aku bisa jadi ratu kamu
(dan memang aku ratu aku)
Andainya kamu mampu buktikan padaku

Cinta bukan saja bukti
Ku uftikan cinta infiniti
Janji tak ditinggalkan tetapi ditepati
Kau istimewa tiada metafora setara
Jadi tiada metafora kerna kau tidak ketara
Tiada metafora kerna kau tidak ketara

[Ulang korus]

Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya
(One more time!)
Satu satu aku mahu kamu
Dua dua hanya kita berdua
Tiga tiga bersama sama selamanya

Takkan ada lagi cinta yang setara
Kau dan aku.. kau dan aku

Ucapkanlah kata-katamu dengan gurau sendamu
Jelaskanlah apa kau mahu, kan ku sedia menunggu

Takkan ada lagi cinta yang setara
kau dan aku (2x)

Lirik Zizan Razak & Aris.
Komposer Audi Mok & Omar K

Aku kan pergi Pergi ku tak akan kembali

dalam Album Lirik Video/Review Album (Malaysia) oleh

Meremang jap bulu roma aku bila baca dan dengar sepatah-sepatah lirik dalam lagu Teman Pengganti dari Malique feat Black ni. Memang penuh dengan makna tersirat dan tersurat. Tak sangka aku Malaysia memang banyak lagu-lagu yang bagus dan penuh dengan seni dan rencah dalamnya. Kenapa bila tiap kali part chorus “Aku kan pergi.. Pergi ku tak akan kembali” aku rasa kerdil sangat dalam dunia ni. Bila kita cakap waktu kita pergi tak akan kembali mesti kita rasa takut kan.. ntah lah.. lagu ni memang terbaik bagi aku.. just nak share dengan korang :)

http://www.youtube.com/watch?v=2kxGlKts15I

Lirik Lagu Teman Pengganti – Black & Malique

Baca Lagi

Harris Alif – Kisah Yang Terindah

dalam Review Album (Malaysia) oleh

 

Sekali sekala jadi wartawan jemputan untuk blog ChillOut.MY ni seronok juga kan.. bukan senang tau nak jadi wartawan ni atau lebih dikenali sebagai wartawan blogger. Kenapa aku cakap wartawan blogger? sebab wartawan blogger ni tak dapat bayaran pun saja main suka-suka. Selalu gak aku dengar dan tengok wartawan mainstream ni dengki ngan wartawan blogger. Tah apa yang diorang nak dengki pun tak taulah. Ada sampai sanggup hina blogger ni dan label blogger ni sebagai pengacau. Alah lantak lah apa diorang nak cakap sebenarnya diorang jeles yang blogger ni pun pandai cari berita untuk pembaca blog masing-masing.

Ok ok malas nak cerita pasal Wartawan yang kekwat meh korang dengar apa yang aku interview kan kat adik Harris Alif ni.. oh ye kalau korang nak tahu adik Harris Alif ni lah Juara Idola Kecil satu ketika dulu. Sekarang ni dah berumur 13 tahun dan ada potensi untuk meningkat maju dalam industri muzik tanah air. Suara dia pun boleh tahan sedap gak tau.. tak sia-sia bakat yang ada diasah sejak dari kecil lagi. Sekarang ni dia dah release single terbaru iaitu “Kisah Yang Terindah” dan akan diputarkan di corong-corong radio tak lama lagi. Bukan setakat aktif menyanyi tapi Harris Alif juga aktif dalam bidang pengacaraan dan kini dah berlakon filem gak. Filem lakonan Harris Alif yang bakal menemui peminatnya tak lama lagi adalah filem animasi Bola Kampung 3D dan Aku Kau Dan Dia.

Apa-apa pun tahniah ye adik Harris Alif dan teruskan usaha dan rajin-rajin belajar ye.. walaupun sekarang ni meriah dapat tawaran macam-macam tapi pelajaran tu juga penting. Pandai-pandai ye bahagikan masa :) Good luck and keep cool .. ngeeee…

 

 

Album “Anuar Zain” Menggamit Perasaan

dalam Review Album (Malaysia) oleh

 

Lama rasanya aku tak buat review album kat blog ni kan?.. tapi kali ni aku teringin benar nak buat review album terbaru Anuar Zain ni.. sebab bagi aku lagu-lagu dalam album ni memang terbaik dan melodi yang disampaikan sangat berkualiti. Anuar Zain seperti yang kita tahu seorang penyanyi lelaki yang memiliki vokal yang sangat unik dengan lunak alunan yang merdu. Berbekalkan pengalaman beliau dalam arena muzik ni, membuahkan satu lagi album terbaru yang bertajuk “Anuar Zain” untuk peminat-peminat setianya. Wah-wah pastinya ramai peminat Anuar Zain dah pun ada CD ni kan?.. amacam best tak lagu-lagunya?.. sure bestkan?..

Album “Anuar Zain” ini di terbitan oleh Anuar Zain Network Sdn. Bhd dan di edarkan melalui Universal Music Malaysia. Mempunyai 8 buah lagu terbaik iaitu Ku Berjanji Karna Cinta, Nadi Terhenti, Ajari Aku, Pernahkah, Simpati Cintamu, Sempurnakan Aku, Terindah dan yang paling aku suka iaitu Cinta Harus Memiliki. Karya dalam album ini di hasilkan oleh komposer terkenal seperti Numata, Nico Ajie Bandy, Alywin Santigo, Adrain Martadinata, Hazami, Jimmy Sogalrey, Ari Bias dan gubahan muzik dari Andi Rianto, Irwan Simanjuntak dan Tohpati.

Bagi pengalaman aku, lagu-lagu dalam album ni memang sesuai di dengar oleh sesiapa saja kerana liriknya sangat mengasyikkan dan menusuk perasaan bagi siapa yang mendengarnya. Seperti lagu Cinta Harus Memiliki memang dah berhantu dalam fikiran aku sekarang ni.. mana-mana pergi mesti nak nyanyi lagu ni, liriknya pun sangat menyentuh hati boleh buat menitis air mata uolss.. haha..  Jadi kepada sesiapa yang masih tak dengar lagi, apa kata korang pergi beli sekarang.. aku sure korang mesti puas hati dengan album “Anuar Zain” ni.. Pastikan yang original ya baru beli :)

‘PENERANG HATI’ 6IXTH SENSE – SAUJANA

dalam Review Album (Malaysia) oleh
Screenshot_1

Menarik dunia industri musik tanahair sekarang ni diceriakan lagi dengan lagu-lagu bercorak keimanan dan ketakwaan di bulan Ramadhan. Terbaharu seperti yang kita dengar dicorong-corong radio sekarang tengah hangat dengan lagu Penerang Hati yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Saujana dan 6ixth Sense. Jom kita baca artikel yang ditulis oleh Juan Danza tentang perjalanan lagu Penerang Hati ini dan kita saksikan juga video promo lagu ni ye.. :)



oleh Juan Danza

BAGAI menjadi arah aliran terkini, gabungan idea dan kepakaran penggiat seni muzik Malaysia ternyata mewarnakan lagi industri muzik tanah air sekali gus memberi variasi kepada pendengar yang dahagakan produk baru dari masa ke masa. Menampilkan nama besar dalam pembikinan sesebuah lagu juga turut membantu dalam memperomosikan sesuatu lagu, malah penampilan semula artis yang mungkin selama ini sedikit tenggelam dengan kemunculan muka baru dan sudah lama tidak muncul dengan warkah baru menambahkan lagi kerancakan.

Pastinya, apa saja penggabungan yang dilakukan sama ada dari segi nyanyian secara duet mahu pun sentuhan pemuzik yang mempunyai kelainan tersendiri jarang sekali tidak diterima baik, malah keunikan itulah yang menjadi pemangkin sesuatu produk. Terbaru, kumpulan yang semakin menjadi pujaan ramai, 6ixth Sense, kembali dengan single terbaru mereka menampilkan kumpulan nasyid Saujana sempena Ramadan yang disambut dengan gembira khususnya masyarakat Islam di Malaysia.

Lagu baru berjudul Penerang Hati ciptaan Faiz Azizi Arlis atau Gjie, pemain gitar kumpulan itu kini menemui peminat yang menantikan sentuhan baru mereka yang semakin popular selepas muncul dengan album mereka, +-x/, yang menampilkan lagu hebat seperti Khatimah Cinta, Menyesal, Yang Sempurnakanku dan Cinta Mati.

Apa yang menarik, gabungan pelontar Pop Rock dan irama Nasyid kali ini ternyata berbeza dengan beberapa usahasama sebelum ini, sebagai contoh lagu Cinta Yang Sempurna yang menampilkan lontaran mantap Adi selaku vokalis 6ixth Sense dan penyanyi kumpulan Letto iaitu Noe sememangnya hadir dalam genre yang sama.

Saujana yang ternyata jauh lebih senior daripada 6ixth Sense dalam dunia seni kini menunjukkan keterbukaan mereka dalam perjuangan menegakkan syiar Islam menerusi lagu berunsur nasihat dan panduan berguna, malah penyertaan mereka dalam projek kali ini diharapkan dapat memudahkan kaedah dakwah yang sememangnya menjadi nadi mereka yang pernah popular dengan lagu seperti Keluarga Bahagia, Sepohon Kayu dan Suci Sekeping Hati.

Masih tidak hilang sentuhan suara mereka, diam tak diam Saujana yang muncul dengan album pertama mereka pada tahun 1997 ini semakin matangselepas tampil dengan tujuh album, termasuk yang terbaru diterbitkan pada Januari 2010. Bagaimana pun, mereka yang bukan pengikut setia irama nasyid kurang menyedari kehadiran Saujana, dan diharapkan dengan usahasama yang dijalinkan bersama 6ixth Sense kali ini membuahkan hasil dan memberi makna tersendiri kepada kedua-dua kumpulan apatah lagi mengambil keberkatan Ramadan kali ini. Menyentuh soal lagu yang bakal terkandung dalam album dakwah 6ixth Sense yang masih belum diberikan judul serta album kompilasi Nasyid terbitan Universal Music Malaysia ini, gabungan tenaga kerja profesional ternyata mengagumkan.

Dirakam di tiga studio berbeza iaitu Hijjaz Studio, King’s Studio dan Studio 18, susunan muzik yang direncana 6ixth Sense sendiri pastinya mengekalkan kunikan tersendiri kumpulan itu, dimantapkan lagi dengan bunyian ‘strings’ oleh Dimawan Krisnowo Adji Sa’unine Strings. Malah, penglibatan penerbit lagu ini iaitu Mujahid Abdul Wahab yang berpengalaman menerbitkan album kedua-dua kumpulan ini pastinya diyakini, apatah lagi beliaulah yang membentuk kedua-dua kumpulan ini sejak mula menempatkan diri di arena seni suara. Diharapkan buah tangan kali ini dapat memberi manfaat kepada pendengar, sekali gus memberi peluang kepada pendengar untuk menikmati gabungan hebat ini.

Review Album – Siapa Peduli?

dalam Review Album (Malaysia) oleh

 

Tergerak kat dalam lubuk hati ni untuk membuat review album yang baru aku dapat ni. Memang sadis bila dengar cerita pasal Gaza. Siapa Peduli? Gaza penuh dengan kancah kekejaman dan ditindas dengan manusia jahat yang tidak mempedulikan prikemanusiaan. Anak-anak kecil mati tatkala mereka harus menikmati dan diberikan keistimewaan dan hak asasi dalam dunia ini. Siapa Peduli? dan yang akan membela wanita-wanita dan pemuda Gaza? Ibu Bapa mereka juga turut mati dan terhumban oleh durjana.

Demi satu perjuangan Siapa Peduli? Siapa yang akan membebaskan tanahair tercinta mereka? Aku pasti kita rakyat 1 Malaysia turut hiba dengan apa yang terjadi kepada mereka. Pedulikah kita tentang mereka? banyak persoalan yang tidak mungkin terjawab tetapi dengan sedikit ikhsan kita sebenarnya dapat membantu walaupun tak banyak sedikit pun sudah cukup memadai bagi mereka yang memerlukan.

Sedikit Info tentang Gaza :

Sejak 2006 Gaza telah dihukum oleh Israel dengan kerjasama Mesir dan US dengan cara melakukan sekatan seluruh sempadan Gaza iaitu laut , darat dan udara. Hukuman itu ialah bila kerajaan Gaza beralih kepada HAMAS yang menang dalam pilihanraya pada 2005 . Semenjak itu 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza yang hanya  45 km panjang dan 14 km lebar itu menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia. Sekatan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan menafikan hak asasi manusia itu telah menyebabkan seluruh ekonomi Gaza hampir lumpuh dan sebagai akibat telah menjadikan kehidupan di Gaza bagaikan neraka dunia. Mereka dinafikan untuk keluar dari Gaza melalui mana-mana sempadan , orang luar Gaza tidak dibenarkan masuk , bantuan kemanusian seperti ubat-ubatan , makanan , keperluan harian  disekat masuk ke Gaza dan pengangguran melonjak naik.

Pada 27hb Disember 2008 hingga 17 hb Januari 2009 Gaza diserang oleh Israel selama 22 hari. Mesir pula menutup pintu Rafah yang merupakan satu-satunya peluang rakyat Gaza menyelamatkan diri. Lebih 1400 orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita terbunuh , ribuan lagi cerdera , 5,000 rumah kediaman hancur , puluhan sekolah dan masjid di bom , hospital di jadi sasaran , universiti dan bangunan Parlimen di tembak dengan peluru berpandu , bangunan polis , bangunan PBB dan banyak gedung kementerian diledakkan , sebahgian besar infrastruktur seperti sanitasi , prasarana kumbahan , jalanraya ,jambatan , bekalan eletrik dan air musnah . Israel mengguna helikopter , jet pejuang , peluru berpandu jarak jauh dan bom posforous yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dalam serangan paling ganas dalam sejarah konflik Palestin-Israel. Malangnya agensi  dunia seperti UN , NATO , OIC , Liga Arab , Palang Merah tidak berbuat apa-apa untuk menghentikan keganasan Israel.

Sehingga kini Gaza maseh terus dikepong dan kehidupan rakyat Gaza terus menderita. Gerakan membebaskan Gaza kini bergema diseluruh dunia . MAPIM mengenalpasti projek Hospital Kanak-kanak sebagai projek yang utama untuk memulihkan keadaan di Gaza. Flotilla ( rombongan kapal-kapal kemanusiaan )  dari beberapa negara yang digerakkan oleh pelbagai golongan dari NGO dan individu antarabangsa akan terus berusaha untuk memecah kepungan laut Gaza oleh Israel.

 

Sedih dengan penderitaan dan kezaliman yang ditimpa mereka.. kini kita sebagai insan yang bertuah wajarlah membantu mereka ini. Melalui pembelian Album Siapa Peduli? ini sedikit sebanyak dapat membantu pembinaan hospital kanak-kanak di Gaza. Album yang menampilkan 10 buah lagu keinsafan dan rintihan rakyat Gaza ini memang menusuk dikalbu tatkala mendengarnya. Lagu-lagu tersebut adalah Anak-Anak Palestina, Siapa Peduli?, Mimpi Gaza, Deir Yassin Bercerita Pedih, Illusi Dan Fantasi, Di Malam Itu… Sebra Shatila, Apalagi Yang Tinggal?, Masjid Al-Aqsa, Nakbah Tidak Akan Berulang Lagi dan Who Does Really Care?.  Album ini diterbitkan oleh MAPIM dan One Scream Studio dan diedarkan oleh Sheikh Qalam Records, Universal Music Malaysia. Ya Allah! Ya Allah! selamatkanlah GAZA! kuatkanlah semangat mereka. Dalam album ini juga turut menampilkan Datuk A.Samad Said, Mawi, Azhan, Putera, Mila, Jay Jay, Liza Hanim Syafinaz, Alyah dan Hafiz. Harapan mereka cuma satu iaitu membantu Gaza membina Hospital Kanak-Kanak disana.

Bagi aku album ini sangat istimewa kerana menginsafkan diri dan memperingati penderitaan sahabat disana. Jadi dapatkanlah album ini dipasaran sekarang dan bantulah GAZA demi masa depan mereka.

 

Kembali Ke Atas