Aku Insan Biasa

Category archive

Video

Rude Acoustic Cover by Faizul Sani

dalam Video oleh

Sebab aku suka sangat lagu ni dan Faizul AF pun buat cover lagu ni jadi aku nak share lah kat blog ni gak.. jom ramai-ramai tengon version cover Faizul ye dan komen kat Youtube dia.

Running Man Buat Aku Insomnia

dalam Video oleh

 

Serius aku bengang dengan adik aku Uzair sebab pasal dia lah aku terjebak dengan cerita Korea Running Man ni. Haha.. sebelum ni aku memang malas nak layan cerita Korea sebab aku tahu aku ni bila dah start tengok nanti semua kerja tak boleh buat. Pasal Uzair dari hari tu tengok kat laptop dia dan gelak sorang-sorang aku ingat apahal la kan tetiba gelak tengah-tengah malam. Rupanya dia melayan cerita game show Running Man ni. Huhu malu pulak nak cakap yang aku pun dah giler dengan cerita ni, ye la aku tau macam aku ni dah ketinggalan dengan Running Man ni dari 95 episode aku baru tengok sampai episode 16. Memang lawak giler diorang yang main dalam game show ni. Gerenti lawak terbahak-bahak…

Antara yang terlibat dalam Running Man ni adalah Kwangsoo, Jaesuk, Joongki, Sukjin, Sparta Jongkook, Jihyo, Gary dan Haha. Setiap minggu ada je artis jemputan yang join dengan diorang ni. Setiap orang yang main dalam game ni dah macam satu keluarga dah. Diorang ni ada yang bijak, ada yang kuat lari, ada yang blur blur.. macam-macam perangai boleh lihat dalam game Running Man ni.

 

 

Jadi sekarang ni pasal Running Man lah aku susah nak tidur malam dan malas nak update blog haha.. boleh pulak cam tu kan?… lantak la orang nak kata aku ni ketinggalan ke apa ke, yo lah sebab rumah aku tak de Astro Byond kalau tak boleh tengok kat Astro ONE HD kalau tak silap aku setiap hari jumaat kan?.. apa- apa pun yang penting Running Man dah buat hari-hari ku tergelak sakan dengan gelak tawa diorang.. so so.. kalau ada yang masih belum tengok Running Man ni korang kena tengok dari Episode 1 sampai lah abis baru korang faham kenapa semua orang suka tengok cerita ni..

Kalau nak tengok online leh bukak kat link bawah ni.. kredit kepada epdrama

 

Baca Lagi

Detik Cemas Banjir di Kajang !!

dalam Blog/Diriku/Video oleh
383015_252714208122597_100001520586075_730007_223547345_n


Detik cemas Banjir di Kajang sangatlah merisaukan banyak pihak termasuk saya sendiri kerana kampung saya terletak di Kajang. Berita terkini dari kajang melaporkan jalan raya di sekitar pekan kajang ditutup dan hanya akan dibuka apabila keadaan benar-benar selamat untuk dilalui. Dilaporkan juga ada 2 nyawa telah terkorban namun berita tentang kematian masih belum lagi dapat disahkan kerana tidak ada bukti yang sahih dari mana-mana pihak.

air yang naik terlalu pantas telah menyebabkan 70 percent bandar kajang ditenggelami air dan ini berpuncari dari hujan berterusan dari jam 3 petang tadi sehingga lewat malam. selain itu, sistem perparitan yang kecil di sungai sekitar kajang menjadi faktor utama air tersumbat dan melimpah ke jalanraya disamping sampah sarap yang banyak menjadi air sungai lebih dalam sehingga melimpah melepasi tebing sungai.

saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga saya di kajang dan kepada rakyat kajang semoga anda melalui ujian ini dengan tenang dan diharapkan banjir ini dapat reda secepat mungkin..lihatlah beberapa video yang saya dapat melalui beberapa blogger dan ini dapat menggambarkan suasana yang sangat teruk di kajang ketika ini.


Credit video daripada UzairOthman.com dan Doposen.com ..

The Book Of Morris Johnson

dalam Video oleh

Peminat Zee Avi mesti dah pernah dengar lagu terbarunya The Book Of Morris Johnson kan kan?.. alahai bestnya lagu nih bagi aku lah.. bagi korang aku tak taulah nak komen apa.. tapi bagi aku lagu ni memang tahap best.. huhu.. bagi peminat yang tak tahu Zee Avi akan mengadakan konsert di Malaysia tak lama lagi jadi kalau korang betul-betul minat dengan Zee Avi ni sila-silalah datang ye.. Jom kita nyanyi sama-sama lagi The Book Of Morris Johnson dari Zee Avi nih..

 

 

The turtle moves slowly and is happy with his pace of life
The flamingo walks with elegant grace — she knows she’s one of a kind

If you can’t stop, at least smile as you go by
If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The happy crab danced on the beach to a calypso beat
The happy mullet jumps for the pure joy of being alive

If you can’t stop, at least smile as you go by
If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

The gator grinned as he dreamed of his next meal
Every good fisherman has a pelican watching over him

If you can’t stop, at least smile as you go by
If you can’t stop, at least smile as you go by
Sometimes, you just gotta know how to feel

Tonton Drama Korea Hanya Di Maaduu.com

dalam Video oleh

Sejak dua menjak ni aku dah kemaruk dengan cerita tv Korea balik, dulu aku ni memang peminat setia drama dan movie Korea ni kat tv tapi sekarang nak tengok tv pun dah susah sebab terlalu banyak kerja dan tak ada masa. Bila nak tengok kat tv rancangan tu pulak dah habis dan tiada ulangan lagi. Tapi kini aku tak perlu risau lagi sebab apa sebab sekarang aku boleh tengok rancangan drama Korea kegemaran aku kat Maaduu.com

 

 

Terima kasih lah kat kengkawan office yang perkenalkan kat aku laman web Maaduu.com ni kalau tak aku akan tengok kat Youtube je. Tapi Maaduu.com berbeza sikit dan sebab apa aku sukakan Maaduu sebabnya streaming videonya sangat pantas. Sejak aku menggunakan perkhidmatan Maaduu ni aku tak rasa lagi ada buffering ketika aku menonton. Lagi satu yang bestnya rancangan-rancangan yang ditayangkan kat sini adalah yang terkini dan terpantas siap ada tayangan premier lagi, dan yang paling best Maaduu menyediakan subtitle dwi bahasa, ada bahasa inggeris dan bahasa melayu. Jadi orang yang tak paham bahasa inggeris dan bahasa korea macam aku ni bolehlah layan cerita dalam bahasa melayu.. best kan..

Maaduu.com dimiliki oleh PlayTV Asia Sdn Bhd dan menyediakan perkhidmatan streaming Video On Demand (VOD) dan Free Air TV. Pengguna perlulah mendaftar sebelum boleh menonton disini. Perkhidmatan ini juga meletakkan iklan pada permulaan tayangan dan beberapa bahagian dalam rancangan. Bagi aku iklan kat Maaduu.com tidaklah terlalu banyak dan tidak mengganggu sedikit pun feel ketika menonton. Tahniah kepada Maaduu.com kerana menyediakan perkhidmatan ini dan memang terbaiklah. Sebelum korang nak tengok video kat sini pastikan talian internet rumah korang laju ye.. :)

 

Selain drama dan movie Korea.. kat Maaduu.com ni pun ada rancangan K-POP Music .. Layann kan,..

Hanya berkongsi pada anda semua.. selamat menonton Maaduu.com

Selamat Datang Ramadhan : VIDEO PENGUMUMAN PUASA 1432|2011

dalam Video oleh
Untitled

Marhaban Ya Ramadhan.. Alhamdulillah, esok kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun 2011/1432H. Rasa sekejap je kan pejam celik dah nak puasa balik.. pastinya tahun ni kita akan lebih tingkatkan lagi amalan dan kerjakan perintah Allah dengan sepenuh hati. Malam ni dah boleh baca niat puasa dah.. hehe bagi adik-adik yang baru nak belajar puasa tu jangan curi-curi makan esok ye.. ok jom kita tengok video pengumuman puasa 2011 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

 

http://www.youtube.com/watch?v=Jm0mOX9UwDQ

VIDEO PENGUMUMAN PUASA 1432|2011 (sumber : Youtube)

 

Kembali Ke Atas