Aku Insan Biasa

Category archive

MSS

Berakhirlah Sudah Kisah My Selangor Story 2010

dalam MSS oleh

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. My Selangor Story 2010 sudah berakhir dan melabuhkan tirainya. Petang tadi bertempat di Marc Residence @ Delicious Cafe berlangsungnya majlis penyerahan hadiah kepada semua pemenang My Selangor Story 2010 (#MSS). Majlis yang santai dan ceria dihadiri oleh para penaja dan semua blogger-blogger My Selangor Story yang mengambil bahagian. Ternyata My Selangor Story sudah mencapai matlamatnya dan program sebegini sememangnya baik dan disambut meriah.

Program yang telah berlangsung selama 6 hari 5 malam ini membawa para blogger mengenal dan melawat persekitaran negeri Selangor antaranya I-City Shah Alam, Uptown Shah Alam, Hutan Lipur Kanching, Genting Highland (Selangor), Kelip Kelip Kampung Kuantan, Hj. Dorani Sabak Bernam Homestay, Sunway City, Tropicana Medical Centre, Royal Selangor, Haven Restaurant dan banyak lagi tempat menarik.

Waahhh, sememangnya kenangan bersama #MSS tidak dapat dilupakan kerana setiap tempat yang dilawati dilayang seperti VVIP oleh pihak penaja dan penganjur. Kepada blogger yang berminat nantikan My Selangor Story siri kedua pada 2011 nanti. Tahniah kepada semua para blogger yang telah berjaya memenangi pertandingan ini diharap dengan kemenangan ini kita bersama-sama menaikkan nama Selangor dan mengajak lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Selangor kerana di Selangor banyak lagi tempat menarik yang masih belum kita terokai.

Senarai Pemenang My Selangor Story 2010 adalah :-

Dania Ryezel (Grand Prize)
Tian Chad Chen(1st R/Up)
Nicole Msxeroz Chua(Most Creative Blog)
Zheng Dhong Dylan(Best write-up)
Firdaus Feeq (Best Photos)
Norman Ng (Best Video)
Iman (Most Interactive Blog)
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN HADIAH KEPADA PEMENANG MY SELANGOR STORY 2010 YANG BERLANGSUNG DI MARC RESEDINCE @ DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR  – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

AMELIA TAN MENGUMUMKAN PEMENANG MY SELANGOR STORY – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

MAKANAN YANG DISAJIKAN DI DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

MAKANAN YANG DISAJIKAN DI DELICIOUS CAFE KUALA LUMPUR – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

ANTARA HADIAH YANG DIMENANGI PEMENANG – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

YB @elizabethwong TURUT HADIR UNTUK MEMBERIKAN SEMANGAT.  – GAMBAR KREDIT http://live.mohdzaid.com

 

 BLOGGER MY SELANGGOR STORY – GAMBAR KREDIT http://www.feeqsays.com/

PEMENANG BLOGGER MY SELANGGOR STORY 2010 – GAMBAR KREDIT http://www.feeqsays.com/

 

 

Masuk Majalah Kunang-Kunang (FireFly)

dalam MSS oleh

Wow tak sangka muka kami yang comel-comel ni ada kat Majalah Kunang-Kunang dari FireFly.. so sesiapa yang naik pesawat FireFly tu jangan lupa bacalah cerita kami semasa program My Selangor Story (MSS) dulu tu ye. Gambar ni kredit kepada bro thristhan.com

Mini Gath #MSS @ Glitz Genting

dalam MSS oleh

Selamam aku dan rakan-rakan dari #MSS (My Selangor Story) dapat jemputan dari PR RWGenting untuk menyaksikan persembahan Glitz yang baru je mula dipersembahkan kepada orang ramai sejak 1 November lalu. Ini adalah persembahan kedua aku tengok live di The Pavilion Genting selepas persembahan Dazzle sebulan yang lalu. Dikesempatan ni aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada RWGenting sebab tak jemu menjemput kami tengok show ni. Memang best betul management RWGenting ni, staffnya pun friendly dan dah macam keluarga.

The much awaited, brand new resident show at Resorts World Genting is finally here: GLITZ! An hour-long extravaganza bringing together internationally acclaimed performers in an East-meets-West concept, get ready to be dazzled by an enchanting and fabulous journey of wonder – guaranteed to be an amazing and unforgettable experience for the whole family!

Among the main acts featured will be the renowned magician, illusionist and escape artist – Charles Bach. With his extensive theatrical training, he will captivate you with amazing feats of illusion and deft sleight-of-hand. Next, we have the PuYang HuaChen Acrobatic Group – whose agility and dexterity is backed up with over 3000 years of tradition. Their skilled display of gravity-defying tricks will leave you on the edge of your seat. Last but not least, we have the brilliant and beautiful Daria Pushankina – mistress of sand art. Though young, her sheer talent in sand animation has won her accolades the world over. A truly unique form of story-telling that is sure to leave an impression!

All this and so much more awaits you this November. Come and enjoy the fun and excitement by delving into the depths of imagination today!

from RW Genting Entertainment page Glitz

Persembahan #Glitz ni bermula pukul 9 malam setiap hari. Aku yang kebetulan kerja terpaksa balik awal supaya tak tertinggal bus, sebab pihak Genting ada menyediakan bus untuk kami kesana bersama para pemenang kuiz di Facebook RWGenting. Aku dan mak aku sampai kat KL Sentral jam 4.30 petang dan ramai lagi geng MSS yang belum sampai. Aku apa lagi mula lah tweet member-member dan aku ngan mak (Zara Aluwi) terus lepak kat MCD KL Sentral. Setengah jam lepas tu Dylan, Spectre, WenYiDenise pun sampai dan kita orang lepak sekali sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing. Dalam pukul 6.10 kita orang terus turun ke perhentian Bus dan kebetulan Victor  pun sampai. Sampai je kat perhentian bus aku nampak MaxJoshuaLaw dan beberapa rakan lagi kat situ Nicole, TianChad dan Feeq.

Disebabkan jalan sesak dan pemandu bus tersalah parking bus, kami mula bergerak dari KL Sentral ke Genting dalam pukul 7 malam. Dalam perjalanan PR RWGenting iaitu Ms. Amelia berborak-borak dengan kami, jadi perjalanan tak lah terasa bosan sangat. Kira-kira jam 8.20 malam kami sampai kat Hotel Genting dan terus ke Coffee Terrace, Hotel Genting untuk dinner. Disebabkan lambat dan show Glitz pun dah nak start pukul 9 malam, kami terpaksa makan secepat yang boleh. Bila sebut pasal makan kami memang suka sangat.. sekejap je semua blogger hilang rupa-rupanya semua dah pergi serbu makanan yang ada kat situ. Kat sini macam-macam makanan ada dari makanan barat, makanan jepun, makanan asia dan sebagainya. Memang bestlah makan kat sini.. lagi best sebab malam ni kami dibelanja oleh pihak Genting.

ert

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/ (Coffee Terrace, Hotel Genting)

Jam menunjukkan pukul 8.55 malam, kami terus menuju ke First World Hotel, Genting yang berada dibawah.. sekarangkan musim cuti sekolah jadi jalan nak menuju ke First World agak sesak dengan orang ramai kesana-sini. Tepat jam 9.00 malam kami terus masuk ke The Pavilion dan terus cari tempat duduk.. macam biasalah kami ni kan VVIP so tempat duduk mestilah kat depan hahaha.. teringat kembali show Dazzle yang aku tengok dulu kat sini, tapi hari ni aku datang nak tengok Glitz pulak.

Illusion, Suspense, Imagination itulah tema persembahan Glitz kali ini. Kali ini ada persembahan dari Mystical grace Pu Yang HuaChen Acrobatic Group dari China yang mempersembahkan tarian dan gaya acrobatic yang amat menarik sekali. Bukan calang-calang orang boleh buat aksi acrobatic ni tau, hanya mereka yang telatih je boleh buat. Kedua ada Daria Pushankina dari Ukraine. Pernah tak tengok kat Youtube yang orang buat lukisan dari pasir tu? haaa dia ni lah Daria Pushankina dia ni memang pandai dan sangat kreatif melukis dengan hanya menggunakan pasir, yang paling best kali ni dia melukis dan mengisahkan cerita tentang Michael Jackson. Ketiga ada persembahan magic dari Charles Bach yang berasal dari USA, dia ni memang popular dan persembahannya amat memukau mata kasar kita, tak caya pergilah tengok sendiri show diorang ni. Terakhir sudah semestinya ada tarian dari penari-penari yang cantik GILERRR dari Ukrain.

The extraordinary magic of
Charles Bach
– Magician (from USA)

Be thrilled and mesmerized with this multi award winning American magician as he transforms the theater into a world of imagination and excitement. Performing magic since the age of 8, Charles Bach is a world-class wizard of the arts. From floating bulbs to a grueling straight jacket escape, get ready to be thrilled by a master!

The mystical grace of the HuaChen Acrobatic Group
– Acrobats (from China)

Get swept off your feet with the artistic agility and skills of this highly renowned acrobatic group from China. Witness gravity-defying performances up close that’s guaranteed to keep you on the edge of your seat!

The wonders of sand art by Daria Pushankina
– Sand Artist (from Ukraine)

Witness the unique artistic flair of Daria Pushankina as she brings breathtaking works of art, drawn using just sand, to majestic life! An active performer on the international scene and an avid practitioner of innovative art forms, Daria brings you a show that’s never been seen performed live on stage in Asia! 

from RW Genting Entertainment page Glitz

 

Gambar Kredit : http://www.zaraaluwi.com/

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/

Gambar Kredit : http://dylan-zd.blogspot.com/

Show Glitz ni dalam sejam setengah dan tepat pukul 10.30 malam show pun dah habis. Bus kami untuk ke KL dalam pukul 11 malam jadi masa ni lah kami bergambar kenangan. Sempat gak lah bergambar dengan Mr.Charles Bach ni.. apa-apa pun persembahan Glitz ni memang syok dan rugi kalau siapa yang tak pergi tengok. Apa lagi ajak kengkawan semua pergi tengok Glitz ni tiket tak mahal, VIP RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Kalau tiket biasa pulak RM70 dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Kalau korang ada Genting Worldcard boleh dapat diskaun 25% 

 

MY SELANGOR STORY – ON AIR @ TV Selangor

dalam MSS oleh
MSS

Tahniah.. Tahniah.. Tahniah kepada My Selangor Story berjaya masuk on air di TV Selangor.. Korang ingat lagi tak entry-entry aku tentang #MSS ? kalau yang belum tengok tu boleh baca kat TAG ni.. http://www.mohdzaid.com/category/mss , mesti ramai yang tertanya-tanyakan apa sebenarnya My Selangor Story ni?.. jom kita tonton temubual TV Selangor bersama pihak penganjur Horizon Communications dan Tourism Selangor. :) Arrrhhhh aku rindu dengan kawan-kawan masa #MSS … nak nangis … Mummy Amy bawa kami jalan-jalan lagi nanti tau.. hehehe..

My Selangor Story (Bersama pihak penganjur) P1

My Selangor Story (Bersama pihak penganjur) P2

Beri perhatian pada minit 7:16 huhu En.Fazly dan Mummy Amy cerita pasal aku

dan mak aku hehehe terharunya.. :)

My Selangor Story (Bersama pihak penganjur) P3

My Selangor Story (Bersama blogger) P1

My Selangor Story (Bersama blogger) P2

My Selangor Story – Undi Saya Disini

dalam MSS oleh

Tahniah kepada semua peserta My Selangor Story, anda semua telah berjaya menulis cerita tentang perjalanan percutian yang sangat menarik sekali. Sekarang tibalah giliran untuk mengundi, sekiranya anda berminat dengan cerita dan video saya semasa perjalanan My Selangor Story ini sila lah klik gambar dibawah dan votelah ikut pilihan hati anda ye. Kalau suka klik 5 bintang, kalau tak suka tak apa tapi kliklah satu bintang ye 😀

Kerjasama anda amatlah saya hargai

Day 1

Day 2 p1

Day 2 p2

Day 3 p1

Day 3 p2

Day 4 p1

Day 4 p2

Day 5 p1

Day 5 p2

Day 5 p3

Day 5 p4

Day 6

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

My Selangor Story – Hari Keenam (Last Day)

dalam MSS oleh

Dalam tak diam sudah masuk hari keenam MY SELANGOR STORY Bloggers Compition dan hari ini merupakan hari terakhir saya berada di sini.  Jam 8.00 pagi saya turun ke Atrium untuk bersarapan bersama emak saya.  Rakan-rakan dari Indonesia Alidabdul, Husni, Citra Rahman , Fadly sudah berangkat.  Saya tidak berkesempatan untuk bertemu mereka.

Selesai bersarapan, emak saya memberitahu supaya kami terus pulang ke rumah dengan menaiki teksi.  Saya mengikut saja.  Lagipun, kasihan emak mengangkut beg pakaian,  laptop dan beg tambahan.  Semuanya berat-berat.  Saya sendiripun punyai beg-beg yang terlalu berat.  Jadi saya tidak dapat membantu emak mengangkat begnya.

Saya menyerahkan kamera PENTAX (Official Camera) kepada emak saya untuk dipulangkan kepada Cik Amelia.  Kemudian saya kembali ke bilik untuk berkemas-kemas dan bersiap untuk pulang.  Jam 10.30 pagi, saya telifon emak supaya turun dan saya menunggu di lobi.  Setelah memulangkan kunci bilik, saya mencari teksi di luar hotel.  Saya dapat sebuah teksi dan pemandunya mengenakan tambang sebanyak RM60.00.  Emak bersetuju dengan caj yang dikenakan lalu mengambil beg pakaian dan mengisinya ke dapam boot.

Jam 11.00 pagi teksi berlalu meninggalkan Sunway City Berhad dengan pelbagai kenangan.  Jam 12.30 tengahari, kami tiba di perkarangan rumah dengan selamat.  Sejurus teksi berhenti, saya terpandang kucing kesayangan saya berlari pantas menyambut kepulangan tuannya.  Sihat rupanya dia.  Emak telah berpesan kepada jiran sebelah rumah supaya menjaga kucing saya sementara saya tiada selama 6 hari.  Pertama kali saya lakukan bila masuk ke dalam rumah, saya memberi kucing saya makan dahulu dan menemaninya.  Selepas itu barulah saya lakukan tugasan lain.

Begitulah kisah perjalanan saya ke beberapa destinasi di Negeri Selangor yang saya lewati di sepanjang 23 September hingga 28 September 2010.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih saya kepada Tourism Selangor kerana memberi peluang kepada saya menyertai event ini.  Terima kasih juga diucapkan kepada Cik Amelia kerana telah bersungguh-sungguh menjayakan event ini dengan sempurna dan jayanya.  Pengalaman serta pengetahuan mendalam beliau mengadakan event pelancongan sebegini memang patut diberi pujian double thumb up!

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Fazly, Encik Hafeez, Puan Ashidah, Johan, Hafiz, Fida, Zul dan yang lain-lain termasuk krew TV Selangor, Puan Nirmaningsih Mawi, Encik Gilbert dan Encik Sumo yang turut terlibat menjayakan event ini.

Kepada blogger-blogger sekelian, you all best! Kenangan bersama kalian amat berharga sekali dan tidak mungkin dapat saya lupakan.  Best of luck to you all.

Jutaan terima kasih kepada sponsor dan partners bagi merealisasikan event MY SELANGOR STORY Bloggers Competition ini.  Sambutan serta hospitaliti yang saya nikmati daripada anda semua amat berharga dan inilah satu-satunya kenangan terindah dalam hidup saya.

UNDI CERITA SAYA INI DI http://www.myselangorstory.com

MY SELANGOR STORY BLOGGERS COMPETITION SPONSORS.

Kembali Ke Atas