100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

fakta haiwan

100 Fakta Menarik tentang alam Haiwan

1 Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.
2 Kelawar selalunya membelok ke kiri apabila keluar dari gua.
3 Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh “Poison Frog” (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia
4 Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.
5 Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.
6 Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.
7 Babi betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.
8 Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.
9 Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.
10 Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.
11 Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.
12 Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.
13 Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka ‘bulldog’ dan ‘pit bulls’ cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan perkelahian.
14 Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya
15 Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang.
16 Diet Panda ialah 99% terdiri daripada buluh.
17 Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.
18 Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.
19 Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).
20 Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.
21 Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protein dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.
22 Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendek kerana penggunaan yang kerap.
23 Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.
24 Tidak ada 2 ekor kuda belang yang mempunyai tanda yang sama.
25 Labah-labah mempunyai hidung di kaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.
26 Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).
27 Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
28 Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.
29 Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.
30 Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.
31 Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.
32 Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan “tangan” yang baru akan tumbuh.
33 Lalat mempunyai 4000 kanta pada setiap matanya.
34 Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.
35 Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.
36 Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!
37 Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .
38 Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiatnya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.
39 Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.
40 Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman .
41 Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..
42 Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
43 Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang
44 Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya
45 Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.
46 Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?
47 Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah “menyelesaikan” masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.
48 Landak dilahirkan bogel dan “duri” di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.
49 Ekor monyet membantunya untuk imbangan.
50 “Skunk” boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki.
51 Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.
52 Kuda laut betina mengeluarkan telur ke dalam kantung di perut kuda laut jantan. Jantan akan mengeluarkan sperma ke dalam kantung dan mensenyawakan telur. Selepas terbentuknya embrio, jantan akan melahirkan kuda laut yang kecil.
53 Sotong mempunyai tiga jantung.
54 Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.
55 Flamingo bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna “carotenoids”. Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak flamingo bertukar dari kelabu ke warna merah muda.
56 Ketam terkenal berjalan dari sisi!
57 Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.
58 Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadangkadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orang ramai
59 Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.
60 Penglihatan “moose” (rusa besar yang terdapat di Amerika Utara) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam
61 Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba
62 Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.
63 Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit
64 Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .
65 Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.
66 Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.
67 Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.
68 Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking dari merosakkan paras cahaya.
69 Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat (marsupial iaitu haiwan yang mempunyai kantung). Alasan mereka dipanggil beruang koala kerana rupanya seperti beruang teddy.
70 Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.
71 Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)
72 Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.
73 Kumbang kura-kura “mengeluarkan darah” kerana melindungi diri dari pemangsa. “Darah” mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.
74 Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasangannya apabila ia datang berahi.
75 Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.
76 Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau .
77 Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominan dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan .
78 Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.
79 Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.
80 Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.
81 Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.
82 Bebiri akan berbunyi “baa” kambing berbunyi “maa”. Sesungguhnya , suara mereka berbeza.
83 Seekor siput mempunyai 25000 gigi. betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu!
84 Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci.
85 Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.
86 Burung helang boleh membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang .
87 Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.
88 Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar – tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus yang dipanggil “Black Panther”. Oleh itu ianya berkemungkinan seekor “Leopard” atau pun “Jaguar” yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam .
89 Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan “peeling” untuk membentuk “intermolecular bonds” dengan permukaan dimana ianya berjalan.
90 Paruh platypus tidak seperti paruh burung — ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur — serupa seperti hidung kita!
91 Hanya satu haiwan selain manusia yang boleh kena selaran matahari (sunburn) iaitu babi.
92 Komodo Dragon adalah cicak yang paling besar di dunia dan ia boleh makan separuh dari berat badannya.
93 Gajah menghabiskan kira-kira 75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis.
94 “Kuek” itik tidak bergema.
95 Gigi ketam terletak di dalam perutnya.
96 Tanggapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi (seperti pepatah ,” bergaduh seperti anjing dan kucing”) adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan lebih baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing.
97 Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.
98 Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula lebih kurang 100 kaki.
99 Arnab suka likuoris.
100 Penguin mengawan hanya dua kali setahun.

info download pdf : http://www.scribd.com/doc/20247192/100-Fakta-Menarik-Tentang-Alam-Haiwan#download

11 Responses to 100 Fakta Menarik Tentang Alam Haiwan

  1. massab says:

    Nicee…I Really Appreciate it…nnDesign for websitennPsd to Template

  2. rin the best says:

    Wau banyak betul maklumat tau sampai pening nak salin untuk kerja sekolah

  3. rin the best says:

    Bukan tu je sikit betul pulak tu maklumat yang aku mahu

  4. rin the best says:

    Aku sorang je tulis ni

  5. Evh says:

    thanks for sharing 🙂

  6. Anonymous says:

    wow respect lah !!

  7. Anonymous says:

    Fakta sangat menarik !!

  8. Anonymous says:

    banyak nya fakta :)n

  9. Anonymous says:

    weyh pandai ngat nih..aq suka ngat nih blog yg mohd zaed tulih..

  10. Anonymous says:

    kalau buleh aq nak sex dgn mohd zaid nih..i am sex loverrr..siapa nak sex ngan aku pangil nombor telefon ini: 0125735384..nama saya yashini..watsap ajer..aq angkatt.okay..

  11. Anonymous says:

    dgar..nama saya Yashininumur saya 21nbljar sampai form 5 ajenspm dpt 1 a 4 b 3 dntak dapat masuk kolej..nnomnor telefon>:0125735384nmasa sekolah rendah saya sekolah kat sk convent butterworthnmasa sekolah menengah smk convent butterworth..nfaraj aku ada bulu.npayudara aku besaq sangatninterested klau call tau..jgn lupa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *