Kejayaan Besar Bila Bebas Hutang

 

bali-zaid-berjaya-bersama-GE

Umur semakin hari semakin tua. Tapi umur hanyalah sekadar nombor yang akan terus meningkat dari tahun ke tahun. Apa yang paling penting adalah kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan dan amalkan gaya hidup yang sihat dengan aura positif setiap hari untuk kekal awet muda.

Alhamdulillah dah 32 tahun usia aku. Hidup dengan penuh ranjau onak duri sejak dari sekolah menengah lagi. Cari duit nak sara kehidupan sendiri dan keluarga.

Pada usia ini juga aku telah bebas segala hutang. Semuanya berkat kesabaran dan doa berpanjangan. Itu antara salah satu kejayaan besar dalam hidup yang pernah aku capai. Bukan mudah untuk permulaan hidup tanpa bantuan orang tua tetapi jika ada usaha perkara susah boleh jadi mudah. Nak tahu caranya? Penah tak dengar pepatah “Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah”. Okey sebenarnya perancangan perbelanjaan kita semua kena rekod. Duit keluar masuk semua kena tulis, bukan apa kalau kita tak buat audit sendiri nanti duit gaji dan duit simpanan melabur ke tempat lain pulak. Dari nak bayar hutang jadinya tambah lagi hutang. So aku akan pastikan segala duit keluar masuk direkodkan. Keduanya, tanam dalam diri sebelum beli apa-apa tu tanya dulu ini keperluan atau kehendak, bahagian kehendak tu aku STOP dulu buat sementara. Ketiga aku mulakan tabiat menyimpan duit walaupun sedikit, kekadang duit baki terus simpan dalam tabung. Keempat, hidup di bawah paras kemapuan kita, tak perlu nak kereta besar, rumah mewah tapi akhirnya kita sendiri tak mampu bayar. So apa kata korang cuba ikut tips yang aku share tu. Tak salahkan kalau nak mencuba?

Bebanan hutang bukanlah satu pekara biasa dalam sesetengah orang. Mungkin dah terbiasa dengan sifat hutang untuk dapatkan sesuatu benda dengan cara yang mudah. Tetapi janganlah kerana hutang yang kita lakukan kita lupa akan tanggung jawab kita kepada keluarga.

Jangan nanti bila betul-betul dalam kesusahan kita melibatkan keluarga pula. Bayangkan andai sesuatu terjadi pada kita manakah jalan yang kita akan cari kalau bukan keluarga. Jadi elakkan bebanan hutang dan keep enjoy kehidupan. Bukankah itu salah satu definisi berjaya bersama?
bali-zaid-berjaya-bersama-GE3

 

Aku memang suka betul dengan tagline “Berjaya Bersama” Great Eastern Takaful ni memang sesuai dengan diri aku. Kalau nak berjaya tak perlulah memilih dan tak perlulah rasa takut. Menjaga keharmonian keluarga dan diri sendiri juga dah buat diri kita berjaya bersama. 3 faktor utama untuk  memilih pelan takaful yang tepat adalah mesti mempunyai pelindungan untuk diri sendiri, keluarga dan juga kesihatan. Jika ketiga-tiga faktor ini ada dalam diri anda, anda juga salah seorang yang telah berjaya bersama.

Jadi itulah cerita berjaya bersama saya bila berjaya mengharungi pahit manis kehidupan dan berjaya melindungi keluarga dan diri sendiri ke arah yang lebih baik. Bagaimana pula cerita anda? Mana tahu anda merupakan 3 pemenang yang berpeluang memenangi RM5000 mulai 18 July ini. Senang je, cerita dan hantar penyertaan dekat Facebook Great Eastern Takaful di sini.

 

Ada juga peraduan lain di laman web mereka. Untuk setiap penyertaan yang dihantar, GE Takaful akan menderma RM1 kepada MERCY Malaysia. Aku rasa ini adalah satu pertandingan amat bagus selain boleh menang hadiah kita juga dapat melakukan sesuatu yang bermakna. Cuma ambil gambar anda bertemakan cabaran terpilih yang disenaraikan di laman Berjaya Bersama Challenge dan hantarkan gambar kreatif di laman tersebut untuk peluang memenangi baucar bernilai RM100. Mudah je kan? Semua orang pun boleh menang tau.. WOW bagus ni!! Apa tunggu lagi jom la hantarkan penyertaan korang. Pihak penganjur akan memilih pemenang mingguan berdasarkan penyertaan yang paling kreatif. Untuk info lanjut jom klik link ini

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *