I Pilih U Sebab U POWER!

12081377_10207805339756509_704719210_n

Tak kenal maka tak cinta, aku ni memang susah kalau korang nak suruh tukar pakai line telephone lain. Sebab aku ni jenis yang setia kalau dah pakai satu tu sampai la sudah itu je yang aku pakai. Tapi sejak pakai U Mobile ni aku dah jatuh hati dengan liputan rangkaian 4G LTE diorang yang dah meluas kat kawasan Selangor dan KL.

Habaq mai ceruk mana yang tak ada line? Pakai je U Mobile senang cerita. Aku tulis ni bukan sebab nak promote U Mobile tapi aku tulis sebab aku sendiri dah pakai line TERBAIK yang aku rasa aku patut share cerita ni kat korang semua.

Sejak pakai 4G LTE U Mobile ni bukan main rajin lagi aku layan video streaming. Bukan apa sebelum ni pakai telco lain line dia agak slow dan quota pula agak sikit kalau nak layan video on demand ni. Dah kata peminat tegar KPOP kalau tak layan drama Korea tu memang tak sah kan!.

Percaya atau tak aku dah pun snapshot tiga lokasi berbeza speedtest line U Mobile ni, 3G atau 4G LTE sama mencanak #datastrongnetwork kelajuan dia download mahupun upload. Meh aku share korang snapshot tu kat bawah ni.

IMG_1724

Snapshot pertama ni aku gunakan Open Signal nak tengok kelajuan kat area rumah aku di Cheras BT9. Download speed 16.3 mbps. Agak terperanjat juga aku sebab sebelum ni pakai telco lain aku tak pernah dapat kelajuan 4G LTE kat kawasan rumah ni. Apa lagi bila line best layan drama KPOP lah jawabnya.

IMG_1726

Ini pulak kat office, maklumlah kerja bawah tanah jadi line telco lain memang tak ada lah. Terperanjat kali kedua, even line 3G tapi masih dapat speed download 5.1 mbps dan upload 838.9 kbps. Ini sangat best sebab liputan 3G dan 4G U Mobile ni diorang dah luaskan jadi sebab tu dalam ceruk bangunan pun ada line. Huhu tapi sekarang tak ada alasan la nak cakap dekat boss sebab tak dapat mesej Whatsapp dia semua ni salah U Mobile lah haha!! Melawak je!!

kerja

Ni pulak dekat Serdang dok mengadap jalan jam apa kata lepak mengkopi dulu. Sambil tu layan VOD best. Eh!! Line 3G? tapi korang tengok tu download sampai 14.7 mbps. Tak ke laju streaming video kan! Serius la wei aku dah jatuh hati dengan U Mobile ni. Tak nak puji lebih-lebih kang korang cakap apa pulak! Kalau korang tak percaya korang pakailah sendiri baru korang rasa kehebatannya!!

Bagaimana pula dengan call? Okey aku suka tang ni sebab aku bukanlah jenis yang suka call bergayut 24 jam pun tapi U Mobile memang ada plan terbaik untuk semua. Hero Postpaid P70 di mana boleh buat local call semua network dan data sebanyak 7GB sebulan dengan hanya RM70 je. Kalau yang nak pakai prepaid pulak diorang sediakan plan POWER Prepaid Pack di mana pelanggan dapat PERCUMA 1GB high-speed mobile internet setiap bulan selagi SIM Kad yang dipakai aktif.

12080836_10207805339916513_920507374_n

Siapa yang suka video call guna Wechat ke guna Skype ke guna Facetime ke memang bestlah! Sebab internet U Mobile ni dah la laju, bila buat video call tu memang lancar je. Untuk pengetahuan korang liputan 4G LTE U Mobile ni dah ada kat banyak tempat baru antaranya di Klang Valley, Putrajaya, Seremban, Port Dickson dan juga Johor Bahru di mana pelanggan U Mobila boleh nikmati kelajuan rankaian tanpa gangguan sehingga 75 mbps. Target masa hadapan diorang nak tambah lagi 5000 kawasan dalam masa 5 tahun yang akan datang. Jadi tak perlu risau lagi dah kan. Sekarang ni adalah masanya untuk berjimat. Nak jimat jom la pakai U Mobile. Korang bandinglah sendiri harga plan dari telco lain konfirm korang akan cakap U Mobile lagi murah.

12077399_10207805339836511_2099813712_n

Paling penting untuk aku adalah network yang bagus dan panggilan yang lancar. Sebab kerja aku boleh dikatakan 24 jam kena tengok email kena check website dan semua social media termasuklah blog aku sendiri. Guna iPhone 6 dengan line U Mobile tu dah kira GEMPAK habislah. Kerja pun cepat boleh siap boleh lah rehat-rehatkan minda.

Sejujurnya overall pasal network U Mobile ni apa yang dapat aku simpulkan line dia semakin berkembang, nak bandingkan dulu area rumah aku kat Cheras Langat memang tak ada langsung line U Mobile ni, sekarang ni dia bagi terus 4G LTE kat kawasan rumah aku. Ini maknanya U Mobile tak cakap kosong tapi diorang upgrade dari masa ke semasa. Beberapa tempat kat Lembah Kelang masih lagi slow tapi slow pun masih kat tahap 3G. 3G ni kira ok lagi dari tak ada line langsung kan.. Even 3G still masih boleh tengok video dengan kelajuan tinggi. Senang nak kemana-mana lepas ni dan tak risau kalau nak call dan internet time vacation kat luar negara. Liputan roaming U Mobile pun dah meluas. Selamba aku gi Jepun pakai U Mobile siap dapat data free lagi kat Tokyo ari tu. Semuanya ok pasal network U Mobile ni sebab korang kena pakai dulu baru rasa feel bebas dan rasa selesa dengan  U Mobile.

Kalau korang nak HEBAT macam aku gak jom la pakai U Mobile, boleh tengok kat www.u.com.my kalau nak tahu plan mana yang terbaik untuk korang.  

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *