Apa Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Melancong Ke Jepun

Semua orang nak pergi melancong ke Jepun ye la boleh tengok 4 musim kat sana. Tepuk dada tanya selera pilih la tarikh yang sesuai untuk korang ke sana. Apa yang korang perlu tahu orang-orang Jepun ni sebenarnya baik-baik belaka dan saling menghormati. Pernah aku terbaca blog-blog lain cakap sebenarnya orang Jepun ni auta je buat macam tu sebab dah menjadi budaya diorang tunduk-tunduk bila bercakap. Lantaklah tu auta ke apa asalkan diorang respect dan hormat kat semua pelancong yang ke sana tak kiralah korang orang asia ke orang putih ke semua sama rata.

jepun tips

Okey ni aku bagi sikit tips apa yang korang perlu tahu sebelum merancang nak ke Jepun at least korang boleh tambah sikit ilmu pengetahuan.

  1. Kalau boleh sebelum ke Jepun korang study lah sikit bahasa diorang, at least boleh cakap Ohayō gozaimasu/ Ohayō (Selamat Pagi), Konnichiwa (Selamat Tengah Hari) dan Konbanwa (Selamat Petang/Malam) dan yang paling penting setiap yang kita tanya akhirilah dengan ucapan terima kasih (Arigatou gozaimasu)
  2. Kalau naik train diorang pastikan korang beratur sebelum naik, orang Jepun ni diorang terlebih disiplin jangan la pulak bawa budaya korang ke sana.
  3. Kalau dah masuk dalam train, pastikan korang tak duduk kat tempat special tu, kasilah kat orang tua or ibu mengandung yang duduk. Kalau korang terduduk pastikan korang cakap Sumimasen maksudnya maafkan saya.
  4. Orang Jepun ni dah ramai yang pandai cakap English, tapi masih ramai yang tak reti cakap. Walaupun tak pandai cakap diorang still akan bantu kalau korang bertanya. Lepas diorang dah tolong tu cakaplah Arigatou gozaimasu dan tunduk hormat kat diorang. Diorang pun pasti akan tunduk kat kita balik.
  5. Bila sampai ke Airport diorang tak kiralah Haneda, Narita, KIX lepas je korang lepas dari immigration pasti akan ada polis airport dekat dengan korang. Janganlah panik sebab dah tugas diorang untuk tanya kat pelawat yang datang. Soalan yang selalu ditanya, berapa lama kat Jepun, kat mana korang stay, korang dari negara mana, berapa tempat kat Jepun yang korang lawat. Selebihnya diorang just nak chitchat dengan korang je.
  6. Kalau sampai kat Airport Haneda korang boleh tidur kat tingkat 4 dan tingkat 5. Polis kat sana tak kacau kalau korang tidur kat situ sebab polis pun tahu flight korang sampai lewat malam so train pun dah tutup macam mana nak bergerak kan?
  7. Kalau berniat nak pergi DisneySEA atau Disneyland Tokyo pastikan korang booking tiket online. Sebab apa, sebab orang JEPUN memang fanatik dengan Disney so tiap-tiap hari memang penuh je orang kat situ. Untuk tak membazir masa korang pastikan korang beli tiket online ye.
  8. Duit Jepun ni besar jadi diorang memang pakai syiling je, 100 yen bersamaan dalam RM3 lebih so setiap jual beli tu pasti korang dapat banyak duit syiling. Jangan la sepah-sepahkan sebab boleh beli air tin guna vending machine. Untuk pengetahuan korang kat Jepun ni melambak vending machine jual air, coklat, rokok dan macam-macam lagi.
  9. Kalau nak naik train pastikan korang beli pasmo dan suica cards. Masa beli tu pastikan korang tulis nama kat atas kad sebab kalau kad hilang boleh claim balik kad baru dengan baki sedia ada. Kad ni boleh pakai mejoriti kat semua train dan kedai serbaguna kat sana.IMG_2199ada yang tanya macam mana aku pakai internet kat sana. Huhu jangan risau sebab mejoriti stesen train kat sana ada wifi free, kedai, cafe, airport semua ada wifi free. So rugi je kalau korang pakai roaming internet. Kalau korang nak tahu setiap saat aku update gambar aku masa kat sana hehe kalau nak tengok gambar lagi leh usha insta aku Instagram.com/za8__
  10. Untuk ke Jepun korang tak perlu lagi VISA, jadi apa lagi booking awal tiket flight korang untuk dapat penjimatan hebat dan terus melancong ke sana. Opsss!! tiket aku ke JEPUN hari tu cuma RM600 je pergi balik.. hihi murah tak?

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *