Pengorbanan Cinta Seorang Isteri

Pengorbanan Cinta Seorang Isteri1

Percintaan antara suami isteri memanglah indah belaka, tapi adakalanya gelombang rintangan akan menjadi batu pengukur sejauh mana kesetiaannya. Untuk menempuh dunia percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan. Bila cinta itu sendiri didustai, mampulah badai gelora diharungi? Terimalah setulus hati, janji yang telah termeterai moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti.

Jom baca kisah sedih pengorbanan seorang isteri yang patut dijadikan teladan bagi kita semua. Kerana cinta itu adalah Cinta Paling Agung.


Pada suatu malam ketika pulang ke rumah sewaktu isteri saya sedang menyediakan makan malam, dengan lembut saya memegang tangannya dan berkata “Saya mahu bercerai.” Kata-kata saya tidak sedikitpun menganggu emosi isteri saya ketika itu, sebaliknya dengan lembut dia bertanya kepada saya “mengapa”. Saya cuba mengelak soalan darinya dan itu telah menyebabkan dia marah dan serentak dengan itu dia melempar penyepit makanan dan menjerit “awak bukan seorang lelaki!". Selepas insiden itu, sepanjang malam kami tidak bercakap antara satu sama lain. Dia hanya menangis. Saya tahu dia mahukan penjelasan mengapa semua ini berlaku dalam perkahwinan kami. Saya pula tidak memberikan jawapan yang memuaskan hatinya. Hati saya kini hanya untuk Jane, saya sudah tidak mengasihi isteri saya lagi, saya hanya kasihankan dia! Dengan rasa bersalah, saya telah merangka satu perjanjian perceraian yang menyatakan bahawa dia boleh menjaga rumah, kereta dan mendapat 30% daripada saham syarikat saya. Dia hanya menjeling dan mengoyakkan perjanjian tersebut. Wanita yang telah menghabiskan sepuluh tahun hidup dengan saya, kini telah menjadi orang asing.

Saya kasihan kepada masa yang telah dia sia-siakan  terhadap saya, sumber dan tenaganya...Tetapi saya tidak   boleh menarik balik kata-kata saya.  Dan...seperti yang   saya jangkakan..akhirnya dia menangis dengan kuat di   depan saya. Akhirnya dia faham penceraian ini akan   menjadi kenyataan.  Hari berikutnya saya tiba di rumah lewat dari kebiasaan   dan melihat dia sedang menulis sesuatu di meja. Saya   terus naik ke atas untuk tidur tanpa menghiraukan makan   malam.  Keesokan paginya, dia telah memberitahu syarat-syarat   perceraian yang ditulisnya. Dia tidak mahu apa-apa   daripada saya, tetapi meminta untuk kami terus menjalani   kehidupan seperti biasa sementara waktu kerana anak-  anak kami bakal menghadapi peperiksaan sebulan sahaja   lagi dan dia tidak mahu penceraian kami mengganggu   pelajaran anak-anak.  Dia juga telah meminta saya untuk ingat kembali   kenangan kami bersama pada hari pertama perkahwinan   dalam tempoh sebulan. Dia juga telah meminta saya   untuk membawanya keluar dari bilik dengan cara   mendukungnya setiap hari selama sebulan. Saya tidak   merasakan permintaanya itu gila, tetapi menganggap dia   melakukan itu kerana mahu menjadikan hari-hari terakhir   kami sebagai suami isteri sebagai kenangan paling indah   dalam hidupnya. Saya menerima permintaan aneh   tersebut.

Pada mulanya kami berdua agak kekok apabila saya  mendukung dia keluar dari bilik tidur pada hari pertama   selepas penjanjian dimerterai namun anak kami nampak   gembira dan bertepuk tangan sambil berkata "Daddy   pegang tangan Mommy". Kata-kata tersebut menjentik   hati saya.  Isteri mengajak saya ke ruang tamu dan menutup pintu.   Dia menutup matanya dengan lembut dan berkata,   “jangan beritahu anak kita mengenai perceraian”. Saya   mengangguk faham dan menurunkan dia dari dokongan di   muka pintu.  Pada hari kedua, kami tidak kekok lagi seperti hari   sebelumnya. Dia bersandar di dada saya, dan saya boleh   bau haruman baju yang dipakainya. Ketika itu saya mula   sedar bahawa saya belum betul-betul mengenali wanita di   hadapan saya ini. Ya, dia tidak semuda dahulu. Terdapat   kedutan halus di wajah dan rambutnya juga telah beruban!   Terdetik di hati saya, perkahwinan kami telah meragut   masa yang dikorbankannya. Selama satu minit saya   tertanya-tanya...apa yang saya telah lakukan kepadanya.  Pada hari yang keempat, ketika saya mendukung isteri   saya, tiba-tiba saya dapat merasakan keintiman kami   kembali. Dialah wanita yang telah mengorbankan sepuluh   tahun hidupnya kepada saya.   Hari kelima dan keenam, saya menyedari kami semakin   serasi. Semakin hari semakin mudah untuk saya   menjalankan permintaan yang diminta isteri tempoh hari.

Tetapi saya tiba-tiba tersedar isteri saya kini semakin   kurus.  Pada suatu pagi, saya benar-benar terpukul apabila   memikirkan tentang kesakitan yang telah disimpan isteri   saya. Betapa selama ini dia menyimpan segala kesakitan   yang telah saya lakukan terhadapnya. Saya menyentuh   lembut kepalanya...Anak kami pula tiba-tiba muncul ketika   itu dan mengingatkan “Ayah, sudah tiba masanya untuk   membawa ibu keluar!"  Mungkin baginya, melihat bapanya   membawa ibunya keluar telah menjadi rutin yang penting   setiap pagi.   Isteri saya memberi isyarat kepada anak kami untuk   datang lebih dekat, dan memeluknya erat. Saya   memalingkan muka saya kerana takut berubah fikiran.   Saya merangkul isteri dalam dukungan saya dan dan   tangannya secara semulajadi melingkari leher saya. Saya   memegang erat tubuhnya, sama seperti pada hari   pertama perkahwinan kami.  Pada hari terakhir, ketika saya mendakap isteri saya, saya   merasakan kaki amat berat untuk melangkah. Saya mula   terfikir apa kesilapan yang telah saya lakukan. Saya   meluru ke tempat Jane, menuju ke tingkat atas dan   berkata, "Saya minta maaf, Jane, tetapi saya tidak boleh   menceraikan isteri saya,”.  Semuanya sudah jelas kini. Saya yang telah bawa isteri   ke rumah kami pada hari perkahwinan dahulu dan pernah   berjanji  "hanya kematian yang boleh memisahkan kita".

Mengingatkan itu, dalam perjalanan pulang saya telah   membeli sejambak bunga untuk isteri saya dan  apabila   jurujual bertanya apa yang perlu ditulis pada pada kad,   saya tersenyum dan berkata, "Saya akan dukung awak   keluar dari bilik setiap pagi sehingga kematian   memisahkan kita,”.     Apabila tiba di rumah bersama jambangan bunga ditangan   dan senyuman di wajah, saya pergi bertemu   isteri...Namun, isteri saya telah meninggal dunia dalam   tidurnya semasa saya keluar dari rumah! Barulah saya   sedar dia selama ini bertarung nyawa melawan kanser,    tetapi saya tidak menyedari penderitaan dilaluinya kerana   terlalu sibuk dengan Jane.  Dia sudah tahu dia akan mati tidak lama lagi, dan dia tidak   mahu anak kami menyimpan persepsi negatif terhadap   saya sekiranya bersetuju untuk bercerai pada bulan lalu.   Di mata anak kami sekarang, sekurang-kurangnya, saya   masih dilihat sebagai suami yang penyayang. Saya   mendukung isteri saya keluar dari bilik buat kali terakhir...

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Pengorbanan Cinta Seorang Isteri

  1. Kaitlyn says:

    I’m doing an internship online slot machine techniques A one-page OPM summary of the incident says Alexis was accused of deflating a man’s tires in a tit-for-tat parking dispute and makes no mention of the fact that he shot out the man’s tires with a firearm, the Navy said, drawing a distinction between the Seattle police report and the OPM report.

  2. The first function of Pixel Gun 3D hacks would be to
    generate the gamers’ amount of jewels and cash to be uswed in the sport.

  3. Step four. Selecdt IOS/Android on thee hack device and enter
    you desired celerium,gold,oil and click the hack button.

  4. Our codsers are always ensuring that solely safe and fully working hack tool are
    released!

  5. Korean-type jackets fijfa 15 kits mod – quiet ?????? fifa 15
    victor valdes potential fifa 15 origin key low cost.

  6. As we don’t need tnis instrument will gett patched, you have
    to to fill fast and easy survey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *