Percutian Ala Kampung di Eight Acres

Bila bercakap pasal percutian ada antara kita yang mengidamkan percutian di kawasan bergunung ganang, di pulau, pantai, tempat bersalji dan macam-macam lagi. Tapi pernah tak anda terfikir untuk bercuti dan alami suasana kampung yang indah, udara yang nyaman, kehijauan hutan dan warna warni bunga tropika yang sememangnya ada di dalam negara sendiri?

Ramai yang tidak tahu di Malaysia khususnya negeri Pahang terdapat pelbagai destinasi eko-pelancongan yang tersedia untuk dinikmati oleh pelancong dalam dan luar negara. Kehidupan alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, pantai dan juga pulau menggamit suasana percutian terindah bersama orang tersayang.

Eight Acres terletak di Lot 7822, Mukim Gali, Off Jalan Sungai Klau, 27630 Raub

Eight Acres terletak di Lot 7822, Mukim Gali, Off Jalan Sungai Klau, 27630 Raub

Kali ini saya sempat berkunjung ke Eight Acres yang terletak di Raub Pahang selama 2 hari 1 malam. Pelbagai aktiviti riadah yang saya lakukan di sini sambil menghilangkan rasa tekanan masalah kerja, rasa hiruk pikuk kota dan sambil bercuti ini juga dapat mengembalikan tenaga serta mutu pemikiran yang lebih kreatif dan dinamik.

Screen Shot 2015-05-03 at 9.17.44 PMPerjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Karak mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit untuk sampai ke destinasi ini. Sesuai bagi mereka yang bekerja di kota metropolitan yang inginkan riadah rehat pantas bersama keluarga. Tak perlu takut sesat kerana Eight Acres tersedia di aplikasi Google Map dan Waze anda.

Pemandan yang indah sesuai untuk seisi keluarga.

Pemandan yang indah sesuai untuk seisi keluarga.

Seperti yang kita tahu di Malaysia terdapat banyak resort dan hotel yang menjalankan operasinya secara eco-friendly tetapi adakah kesemua hotel dan resort tersebut melaksanakannya 100%?. Eight Acres sudah pastinya menjanjikan kepada anda percutian yang 100% eco-friendly dan environment-friendly yang tidak menggangu ekosistem di mana elemen-elemen ekosistem seperti air, udara, manusia dan lainnya memberi manfaat alam semulajadi.

Atas kesedaran pentingnya menjaga eco system untuk alam semulajadi, pihak Eight Acres telah melaksanakannya khusus untuk anda yang inginkan gaya hidup percutian sihat dan mereka juga telah memenangi Silver Award di The Star Business Awards for the Best Green Initiative pada tahun 2014.

Dekorasi ala kampung dengan kerusi anyaman dan lantai tatami mewah yang seles

Dekorasi ala kampung dengan kerusi anyaman dan lantai tatami mewah yang selesa di Brick House, Eight Acres.

Sejurus sampai di Eight Acres, saya di sambut mesra oleh petugas-petugas di sini dan Mr Kam atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kam yang juga merupakan resort manager di sini. Seperti berada di kampung halaman sendiri itulah pengalaman yang saya rasai di Eight Acres. Uncle Kam dan petugas yang lain begitu akrab dan mesra kepada tetamunya, bak kata pepatah “Orang memberi kita merasa orang berbudi kita berbahasa”.

DCIM100GOPRO

Antara sudut lain untuk riadah bersama keluarga

Ruang tamu yang luas sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti di sini. Permainan seperti carrom, congkak, majong turut disediakan untuk tetamu. Ruang tamu juga sesuai untuk melakukan aktiviti brainstorming, pengkongsian idea, diskusi untuk meningkatkan lagi produktiviti.

DCIM100GOPRO

Sudut ruang makan yang bersih dan selesa.

Ruang makan yang luas di sudut belakang. Kalau buat family day dan datang dalam kumpulan pun boleh. Sambil makan boleh berborak-borak dengan Uncle Kam yang sememangnya tak kering gusi menceritakan sejarah resort ini dan sejarah negeri Pahang itu sendiri

DCIM100GOPRO

Antara sudut rehat lain di bahagian belakang

Ruang rehat belakang, lepas makan boleh rehat kat sini sambil menikmati air buah istimewa sambil tu boleh membaca buku. Dinding ruang ini juga dipamerkan koleksi gambar-gambar flora dan fauna yang terdapat di Eight Acres.

DCIM100GOPRO

Ruang jualan barangan cenderamata

Sesuai dengan konsep eco-friendly, para tetamu disaran untuk membawa sendiri tuala mandi, sabun, ubat gigi sendiri bagi mengelakkan pembaziran air. Kalau tak sempat nak bawa dari rumah janganlah risau sebab di sini juga terdapat jualan yang boleh dibeli oleh tetamu sekaligus menjadikan cenderamata untuk dibawa pulang.

Bilik yang selesa

Bilik yang selesa, bersih dan ruang yang besar.

Brick House Eight Acres dapat memuatkan lebih kurang 30 tetamu dalam satu-satu masa, ini dibahagikan kepada beberapa jenis bilik yang direka khas untuk tetamu, antaranya Surreality, Culture, Renewal, Contemplation, Discovery dan Geography.

Selain Brick House terdapat juga beberapa jenis rumah yang lain diberi nama Cascada, Java House, Kampung House, Mulberry Place dan The Nomad’s Way. Jadi pilihan di tangan anda, pelbagai jenis tema rumah disediakan untuk percutian anda di sini. Jom kita lihat ruang dan dekorasi bilik di Eight Acres.

Macam mana? tergoda dengan keindahan dan keselesaan ruang bilik di Eight Acres? apa lagi jom lah bercuti sekarang. Banyak lagi aktiviti yang ingin saya kongsikan kepada anda selama 2 hari 1 malam saya di sini.

DCIM100GOPRO

Amazing Trail bersama Uncle Kam

Aktiviti yang paling saya suka di sini adalah aktiviti Amazing Trail bersama Mr. Kam di mana dalam aktiviti ini Uncle Kam akan menerangkan tentang Eco-tourism Resort ini dan melawat tanaman sayuran, buah-buahan, flora dan fauna serta mempelajari jenis-jenis tumbuhan unik. Hampir tidak percaya saya dapat melihat putik bunga durian yang berkembang. Bunga-bungaan yang berwarna warni.

IMG_5579

Ikan talapia yang menjadi hidangan makan tengah hari

Bukan itu saja, saya juga berpeluang melihat sendiri bagaimana cara menjala ikan-ikan yang terdapat di dalam kolam buatan antaranya ikan talapia merah, talapia putih dan ikan sembilang. Nak lagi extreme, haaa hidangan tengah hari saya di sini merupakan ikan-ikan yang dijala tadi. Memang fresh dan terbaiklah. Untuk pengetahuan semua, tetamu yang bercuti di sini turut disediakan juga makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dan kesemua hidangan di sini adalah Halal yang dimasak oleh chef yang berpengalaman. Jadi bagi yang beragama islam tu janganlah risau ye.

20150425_161805

Nampak senang tapi susah juga kalau tak ada skill bermain guli

Tak lengkap sekiranya datang ke sini tanpa bermain permainan kampung. Teringat kembali zaman kanak-kanak di mana kita sering kali bermain permainan seperti gasing, marbles, lontar selipar, chapteh, getah dan banyak lagi. Siapa kata permainan ini semua dah ketinggalan zaman? masa inilah kita nak ajar anak-anak kita akan hebatnya permainan zaman dulu-dulu berbanding hanya bermain di peranti mudah alih.

Bagi mereka yang nak permainan ekstreme pun ada. Saya sendiri berpeluang mencuba permainan ATV dan memanah (Achery). Semuanya ada kat sini, satu tempat sudah cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti sambil beriadah bersama keluarga.

20150425_165157

Pegang baik-baik, dada kasi sasa sikit baru tembak tepat.

20150425_173615

ATV permainan riadah. Bawa pusing satu Eight Acres pun boleh.

Nak lagi mencabar? haaa di Eight Acres juga tersedia permainan Flying Fox untuk tetamu yang datang. Tak kira tua ataupun muda boleh mencuba permainan ini bersama-sama. Kalau datang dalam kumpulan lagi menarik sebab semua orang boleh mencubanya.

DCIM100GOPRO

Jom main Flying Fox

DCIM100GOPRO

Pertama kali saya mencuba permainan Flying Fox. Memang terbaik dan hebat.

Jangan risau akan keselamatan permainan ini kerana petugas di Eight Acres bernama Justin dan Zack akan memastikan kita semua selamat melakukan sebarang aktiviti ekstreme yang terdapat di sini.

Itulah antara riadah yang saya alami ketika bercuti di Eight Acres baru-baru ini. Jadi anda bila lagi? Jom bercuti sekarang juga. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari www.eightacres.net atau tempah di Agoda.com

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Percutian Ala Kampung di Eight Acres

  1. Open the hack then choose process (Ex: Plugin-container for firefox al OS) then click on inject button.

  2. These cheats works on all Android and iOS (Apple) units together with tablets and it would not require to
    have Root or Jailbreak.

  3. Skirts are straight or flared, falling just above fifa 15 totw predictions week 35;
    pants are cropped and vast or fitted at fifa 15 tricks android.

  4. If you need to use the hack on a cell machine you’ll be able to connect the gadget tto
    the PC uzing USB or a wifi connection.

  5. If you want to use the hack on a cellular machine you’ll be able to connect the device to the
    COMPUTER using USB or a wifi connection.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *