Jom Kurus 9 KG

Asik-asik bila menulis blog aku mesti nak cakap “ahhh lamanya tak update blog”, “dah bersawang blog aku ni..”, “alamak bz la tak dapat update blog” haha tu semua sebenarnya ayat cliche yang selalu blogger ungkapkan bila dah lama tak mengemaskini blog memasing.

Ala sorry la gang sebab tak kepochi kat sini dah lama. Korang tahu kan keje aku bz macam mana. Mengalahkan retis tau bz i nih… ye la mana taknya kalau si artis tu korang tengok bz, bz lagi orang-orang yang kerja macam aku ni untuk mempromosikan retis-retis kat Malaysia ni.

Ok lah! tanpa buang masa disebabkan sejak dua menjak ni aku gagah pergi gym sebab niat asalnya nak sadokan badan tapi tak de lah berketul-ketul macam Sazali Samad. Dapat muscle sikit pun jadilah. Alang-alang dah pergi gym tu baik aku kurangkan berat badan sekali. So pergi gym buat cardio dan ada la sikit angkat berat.

Screen Shot 2015-03-07 at 2.42.20 PM

So far dalam 3 minggu pergi gym dan dalam masa yang sama aku try buat diet Atkins ni.. Alhamdulillah almost 9 kg dah kurang, badan pun nampak kecik sikit (orang cakap la) tapi aku tengok macam tu gak… usaha tu penting..

Diet Atkins ni memang bagus sebab seharian ambik carbs tak lebih 20g. So korang carbs dan proses tenaga dalam badan digunakan melalui lemak. So bila lemak pecah tenaga pun ada badan pun kurus… 2 minggu aku try ok lah berjaya.. tapi tulah, kalau aku ni pandai masak memang la berbaloi tapi ni asik beli kat kedai je makanan tu yang agak susah sikit.

Tak pe atleast ada usaha kat situ… dari berat badan aku 105 kg sekarang dah 96kg. Yeyyyy memang happy tak terkata tau!! aku target nak 80 kg tapi badan muscle… ok kasi sebulan lagi Insha Allah aku boleh buat..

Screen Shot 2015-03-07 at 2.43.51 PM

Nak tahu apa antara menu Atkins yang aku makan sejak 2 minggu ni? jom tengok kat instagram aku ok https://instagram.com/za8__/

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku, Instagram and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *