Percutian Ke Sri Aman Sarawak – Teksi Terlalu Mahal

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat bercuti dan melancong ke Sri Aman Sarawak baru-baru ni. Untuk pengetahuan semua di Malaysia khususnya Sarawak mempunyai banyak tempat-tempat menarik. Ramai yang tak tahu di sebalik kemeriahan pusat pelancongan di Sarawak terdapat satu daerah iaitu Sri Aman.

Sri Aman (asalnya Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam Sarawak. Bahagian kedua dariapada 5 bahagian yang lain. Nama Sri Aman diambil sempena dengan penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Aman

Percutian aku kali ini meliputi beberapa tempat menarik di Sri Aman dan akan di paparkan dalam beberapa entry blog akan datang. Antara yang menarik adalah Pesta Benak, Engkelili, Sungai Raya, Lubok Antu, Hidro Batang Ai dan beberapa tempat menarik yang boleh dilawati di sini.

Perjalanan dari Kuala Lumpur menaiki pesawar Malindo Air yang aku beli sebulan yang lepas agak murah waktu tu. Berbanding dengan MAS dan Air Asia waktu ini Malindo ada buat promosi, jadi aku terus booking untuk pergi bercuti di sini.

Screen Shot 2014-05-23 at 8.44.45 PM

Dalam entry ini aku nak ceritakan sedikit harga untuk menaiki teksi dari Kuching International Airport ke Kuching Sentral agak mahal dan tak masuk akal. Untuk perjalanan menaiki kenderaan hanya mengambil masa kurang 3 minit saja ke Kuching Sentral dikenakan bayaran RM17 sehala dan dari Kuching Sentral ke Kuching International Airport dikenakan RM19.

 

Screen Shot 2014-05-23 at 8.53.24 PM

Agak tak masuk akal dengan harga teksi di sini. Terlalu mahal dan bila di tanya kepada pemandu, bayaran yang dikenakan telah ditetapkan oleh pihak syarikat dan mengikut zon-zon terlibat. Bagi aku pihak terlibat dan berwajib perlu mengambil tahu benda ni. Harga untuk 3 minit perjalanan memang mahal dan ini sekali gus mencacatkan sedikit aktiviti pelancongan di sini. Kalau orang luar negara tu ok lagi la kalau nak caj mahal tapi untuk pelancong dalam negeri macam aku ni rasa agak keterlaluan. Harap la sesiapa yang baca blog aku ni dapat sampaikan kepada pihak berwajib untuk turunkan sedikit harga tambang ye.

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian, Sarawak - Sri Aman and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Percutian Ke Sri Aman Sarawak – Teksi Terlalu Mahal

  1. If you need to use the hack on a mobile device you’ll be abl to join the machine to the PC using USB or a
    wifi connection.

  2. Properly, then we’re proud to current to you the
    final edition of Jetpack Joyride Android hack apk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *