Syukurku (Hamba Yang Bersyukur)

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Hanya lafaz keramat itu,
Mampu kuungkapkan,
Syukur kehadrat-Mu Ya Allah,
Kurniaan-Mu terlalu berharga buatku,
Keluarga bahagia kenikmatan dari-Mu,
Untuk hambamu yang kerdil ini Ya Allah,
Kasihnya ibu kusanjung tinggi,
Kasihnya ayah sentiasa dihati,
Penyuluh hidupku,
Pembimbing diriku,
Tanpamu ibu tiadaku disini,
Tanpamu ayah siapalah aku,
Ayah dan ibu,
Engkau berikanku didikan,
Sebagai panduan di dunia ini,
Sebagai bekalan di akhirat nanti,
Tiada ternilai kasih ibu dan ayah,
Hanya kejayaan pasti kubhadiahkan,
Syukur Ya Allah,
Terima kasih ibu,
Terima kasih ayah.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *