PETRONAS Motorsport Demo Run 2014

DCIM100GOPRO

Seronok memang la seronok mana taknya bila dapat peluang menyaksikan PETRONAS Motorsport Demo Run 2014 di KLCC baru-baru ni. Memang sangat teruja, dah lama aku nak merasa pengalaman macam ni sebab aku pun salah seorang peminat sukan permotoran. Banyak juga yang aku belajar kat sini, maklumlah sebelum ni setakat minat F1 je tapi tak begitu mendalam dan mengetahui di sebalik peranan dan kejayaan dalam bidang F1 itu sendiri.

Screen Shot 2014-04-14 at 4.58.35 PM

Antara pameran yang dibuka kepada orang ramai untuk melihat sendiri model-model kereta dan motor. Di sini anda dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis model kereta Mercedes dan ia mampu menarik minat orang ramai untuk lebih mengetahui perkembangan terkini mengenai sukan permotoran.

DCIM100GOPRO

Mercedes AMG Petronas F1 Team menampilkan pertunjukkan kereta Mercedes yang dipanduk oleh Lewis Hamilton, Nico Rosberg dan Daniel Juncadella. Pertunjukkan ini membolehkan orang ramai dapat melihat lebih dekat aksi pelumba Formula 1.

Screen Shot 2014-04-14 at 5.01.09 PM

Orang ramai juga dapat mengambil gambar dengan kereta Mercedes yang dipandu oleh jaguh Formula 1 ini. Selain itu, pelumba motosikal Asia Cup series turut menampilkan aksi menarik yang memukau penonton yang hadir.

Dalam pertunjukkan tersebut, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg turut menunjukan aksi beliau membawa kereta dan berhenti mengisi minyak petrol PETRONAS PRIMAX.

DCIM100GOPRO

Untuk makluman korang ,Lewis Hamilton kini telah dilantik sebagai perunding prestasi teknikal bagi rangkaian petrol PETRONAS PRIMAX. Beliau bersama rakannya telah memberi beberapa maklumat data dan kajian untuk mempertingkatkan prestasi ketika perlumaan Formula 1 yang kini semakin mencabar.

Screen Shot 2014-04-14 at 5.03.35 PM

Antara salah satu kejayaan prestasi kajian beliau adalah membuktikan teknologi yang hebat di perlumbaan Formula 1 ke jalan raya bagi keuntungan pengguna pemandu di Malaysia. Kini petrol PETRONAS PRIMAX boleh di dapati lebih 1000 buah stesen minyak di seluruh negara dan kecekapan petrol menjadi pilihan para pemandu di Malaysia.  Lewis Hamilton sebelum ini merupakan Perunding Prestasi Teknikal untuk produk pelincir PETRONAS Syntium pada 2013 akan memberi faedah yang baik kepada semua pemandu serta kemajuan dalam menyesuaikan kereta Formula 1 dengan enjin kereta biasa.

DCIM100GOPRO

Secara keseluruhannya aku dan rakan-rakan blogger lain memang berpuas hati dengan anjuran PETRONAS Motorsport Demo Run 2014. Moga-moga tahun depan akan adalah lagi anjuran sebegini.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *