Kehidupan Adalah Perjuanganku

Kehidupan
Adalah satu perjuangan
Perjuangan dari hitam menjadi putih
Perjuangan dari gelap menjadi terang
Perjuangan dari buruk menjadi indah
Perjuangan dari salah menjadi benar
Walau setakat mana rintangan melanda
Walau setakat mana badai menimpa
Walau sekencang mana taufan mengganas
Aku akan tetap berdiri teguh
Menongkah arus yang mendatang
Kerana kehidupanku adalah perjuanganku
Biarlah jutaan manusia berkata
Biarlah
Kasihku tetap pada perjalanan yang kau tetapkan
Aku tidak pernah berputus asa pada jalan ini
Aku bahagia dapam kelam aku cekal dalam kepayahan
Aku tenang dan gundah
Kerana ini mengajar aku erti kehidupan
Ya Allah, kuatkan semangatku yang lemah
Berikanlah aku secebis kasihmu
Aku menjadi mudah menjalani perjalanan berliku
Kirimkanlah aku keredhaan-Mu
Agar hidup lebih sempurna dan bahagia
Ya Robbul Izzati aku bermohon
Peliharakanlah perjuanganku

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog, Kehidupan, Nukilan, Perjuangan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *