Memohon Kudus Maha segalanya

Betapa kita alpa ditelan nafsu duniawi, berperang dengan perasaan sendiri. Berebut dengan kebendaan dan keseronokkan. Terkadang khilaf dengan pencipta yang maha agung pada Arasy-Nya. Dan kita di dunia berpegang pada Luh Mahfuz. Maka istaqamah dirimu. Zahirkan peribadimu yang luhur dan tulus. Batinkan kekuatan nafsumu,hapuskan segala deritamu dengan iktikad, dan pedang syahid perkasamu. Iaitu dirimu sendiri.

Senyumlah seikhlas hatimu, musnahkan emosi lagakmu yamg tidak memberi apa erti dengan halawatul iman dihatimu.

Tadahlah jemarimu. Memohon kudus Maha segalanya. Biaskan kasih dan cintamu. Sulamkan permata cahayamu. Campurkan pada mutiara mahabbah. Agar kilau cahayanya bias meruntuh tembok kekerasan di hati remajamu…

Tika keindahan mendakap pandangan matamu, maka tasbihlah.
Tika kesyukuran mencantum pada debunga sucimu, maka bertahmitlah.
Tika motivasi bermadah, maka pedengarkanlah.
Tika kerdil menguntum mata hatimu, maka tahlillah…

Sesungguhnya,
Selawat salam ke atas junjungan Zikrullah Ar-Rahman Ar-Rahim meruntun hijab dan zuhud pada kalimah itu.

-AAAA- Ikhlas kpd Mohd Zaid Bin Othman

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *