Sayang Ayang

Jangan tinggalkan bimbang pada ombak atau memberi harapan pada angin. Tidak perlu mengharap bintang menutup kerdipnya. Mentari akan cair pada senja pilihannya. Malam akan tetap menghantar gusar. Kita adalah pemain dalam sepi. Menganyam segenap kesakitan,dengan rela dan ikhlas berani.

Kita tiada pilihan selain memainkan lagu kehidupan. Dengan tingkah dan nada permintaan musim. Pada pentas hidup yang rapuh dan kecil. Dan tidak pernah pasti kerana, esok adalah satu rahsia.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *