Pandu Uji Di KIA Roadshow

Kesempatan cuti hujung minggu lepas aku habiskan masa terluang untuk pergi “Test Drive” kereta idaman aku KIA Picanto dekat The Curve. Alhamdulillah dengan rezeki Allah yang terbentang luas ni dan masa yang tepat untuk aku membeli kereta baru.

DCIM100GOPRO

 

Sebenarnya dah lama mengidam kereta KIA Picanto ni sebab design yang comel dan sesuai untuk orang bujang macam aku ni yang inginkan gaya pemanduan yang hebat. Tiga aspek utama aku nak mencuba kereta ni adalah sebab rupa bentuk, keselamatan dan fungsi yang ada.

Kalau bercakap pasal rupa bentuknya memanglah sangat mengancam dan terbaik. Selain didatangkan dalam bentuk sporty, dengan 5 pintu, lampu LED waktu siang, Electric Folding Side Mirror dan dikemaskini bersama lampu LED Side Turn Signal.

DCIM100GOPRO

Penting dalam memiliki sesebuah kerendaan idaman tu mestilah pandang dari sisi keselamatan juga. Untuk KIA Picanto ni tersiap sedia 6 Airbag System, Electronic Stability Control (ESC), Hill-Start Assist Control (HAC) dan Vehicle Stability Management (VSM). Aku paling suka kat bahagian kunci kereta ni sebab kereta ni menggunakan sistem kunci pintar dan butang menghidupkan enjin. Kalau tak ada kunci pintar tu tak ada dalam kereta, jadi kereta pun tak boleh dihidupkan, dan kalau kunci tak dikeluarkan dari kereta maka kereta tak boleh dikunci. Memang sesuailah untuk orang macam aku ni yang suka tertinggal kunci dalam kereta.

DCIM100GOPRO

KIA Picanto ni didatangkan dalam 2 fungsi enjin iaitu Picanto 1.2 AT dan 1.2 MT. Harganya pun sangatlah berpatutan dan mampu milik semua orang.

DCIM100GOPRO

Untuk makluman semua, kalau kita test drive mana-mana kenderaan KIA di road show mereka kita berpeluang untuk mendapat 1 cabutan bertuah bagi menyaksikan perlawanan akhir World Cup 2014 di Brazil, kalau korang beli kereta pula dapat lagi 2 cabutan bertuah. Manalah tahu kalau ada rezeki dapat pergi tengok World Cup 2014 kan..

Sesiapa yang tak sempat untuk dapatkan cabutan bertuah dan test drive di The Curve minggu lepas jangan risau sebab peluang masih ada. Mereka yang tinggal di kawasan JB bolehlah datang ke KIA Roadshow di KSL City pada 4 April – 6 April dan lokasi seterusnya pada 16-21 April 2014 di KLCC atau boleh datang ke mana-mana KIA Showroom yang berhampiran.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Pandu Uji Di KIA Roadshow

  1. salfee says:

    harga 2nd hand utk kia slalunya drop byk.. agak krg menarik di situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *