Malaysia Resume : Syamsul Yusof Pengarah Muda & Pelakon Hebat!

syamsul

Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan PilihJalan Hitam, Khurafat, KL Gangster, Aku Bukan Tomboy, siapa yang tak pernah tengok cerita ni? Mesti semua orang dah tengok kan! Filem terhebat di Malaysia arahan Syamsul Yusof. Pastinya Syamsul Yusof ni merupakan seorang anak muda yang berjiwa kental dan dan sangat kreatif dalam bidang perfileman dan lakonan. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itulah ibarat pepatah yang secocok dengan Syamsul Yusuf ni kerana beliau merupakan anak kepada pengarah tersohor Malaysia Dato’ Yusof Haslam.

Aku mula meminati lakonan dia ni sejak dari filem Gila-Gila Pengantin Popular masa tu dia ni melakonkan watak pembantu je. Masa tu aku dah nampak bakat yang ada kat Syamsul ni. Nak rasa jeles sebab lahir tahun yang sama dengan aku? Oh TIDAK!! Sama sekali!! bahkan aku nak jadikan dia sebagai mentor aku dalam bidang entertainment ni. Maklumlah sekarangkan aku bekerja dalam bidang hiburan jadi kene cari seorang mentor yang boleh aku ikut jejak langkah dia.

Kejayaan demi kejayaan dalam filem-filem lakonan dan arahan beliau. Baru berumur 29 tahun tetapi dah boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia khususnya belia-belia negara menjadikan beliau ikon untuk terus berjaya. Jangan pandang kalau dia berasal dari keluarga berada atau mempunyai wang tetapi pandang dari sudut bagaimana kejayaan dan kesusahan dia menaikkan taraf dan satu lagi anjakan kehadapan kualiti filem Malaysia.

Memang salut dengan Syamsul ni sebab filem yang dia hasilkan memang “first class” mencetus idea baru dan buka mata pengarah filem lain untuk dapatkan mood baru dalam industri perfileman. Hasilnya! melalui filem Evolusi KL Drift 2, Syamsul telah pun memenangi Anugerah Pengarah Filem Terbaik FFM23 dengan mendapat sambutan hebat di pawagam dengan kutipan mencecah RM6 juta setanding dengan filem bapanya Sembilu 2 yang mendapat box-office suatu ketika dulu. Nah!! Bayangkan seorang anak muda yang baru setahun jagung dah boleh buat duit banyak macam tu.. perhh!! Salutlah..!!

Syamsul Yusof mempunyai kreativiti tersendiri yang tinggi. Dari perspektif pengarahan, beliau mampu mengeluarkan sebuah filem yang begitu menarik dan disenangi penonton. Ini adalah faktor utama yang mampu menarik penonton ke pewagam di samping mengajar penonton menjadi seorang yang lebih baik. Pada waktu yang sama, menjadi penyumbang kepada ekonomi menerusi industri perfileman tempatan. Syamsul Yusof adalah seorang pengiat filem muda tempatan yang aktif berkarya secara komersial dan kesungguhan beliau patut dicontohi. Apa yang diusahakan itu, dilakukan bersungguh-sungguh demi untuk mencapai kejayaan. Kejayaannya itu menjadi inspirasi supaya anak-anak muda penggiat filem mampu bersaing dan menghasilkan karya yang lebih baik selepas ini.

Terdetik nak tulis pasal Syamsul Yusof ni sebab hari tu terbaca di Malaysiaresume.com kisah kejayaan anak muda Malaysia dalam beberapa bidang antaranya dalam bidang perniagaan, seni, hiburan, fesyen dan gaya, masyarakat, alam sekitar, sukan, teknologi dan lain-lain lagi. Bagi aku kisah Syamsul Yusof ni memang patut dikongsi dan memang layak untuk dijadikan motivasi dan inspirasi kepada semua termasuk diri aku sendiri.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *