Bergaya Dengan Ford Fiesta

1-firdfiesta1

Ford bekerjasama dengan hitz.fm, stesen radio berbahasa Inggeris nombor 1 di Malaysia baru-baru ini melancarkan Ford Fiesta di Taylors University Lakeside. Para tetamu yang hadir dihiburkan oleh penyampai radio Hitz.fm termasuk Ean, Jinny Boy, RD, Ryan & Denise mereka juga dihidangkan dengan persembahan dari Chester See dan Estranged, James Baum, They Will Kill Us All, K-Town Clan, Da Vagabonds, Joe Flizzow, Mizz Nina dan Pop Shuvit & Project EAR.

201309291854

Ford Fiesta baru ini bercirikan penampilan bergaya, teknologi keselamatan dan pintar yang mengagumkan, penjimatan bahan api, pretasi serta kualiti yang tinggi. Ford Fiesta yang baru ini dikuasakan dengan engine 1.5 Liter Twin Independent Variable Camshaft Timing (Ti-VCT), transmisi Automatik 6 Kelajuan PowerShift dan 4 silinder DOHC.

Dengan kuasa engine yang sangat bagus, Ford Fiesta juga mementingkan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. Antara ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Fiesta ini, Anti Braking System (ABS), Emergency Brake Assist (EBA), Traction Control System (TCS), Passive Anti-Theft System (PATS), Rear Parking Aid with Park Pilot.

1-Desktop

Ford Fiesta terbaru ini didatangkan dengan pelbagai ciri-ciri seperti Powershift 6 Kelajuan Automatik dengan Selectshift,, Arahan suara untuk panggilan, muzik dan bacaan SMS  melalui Ford Sync, bantuan parkir belakang, dan ciri hidup enjin tanpa kunci….. siapa tak tertarik? Pemanduan akan lebih selamat dengan adanya sistem ini, pemandu boleh menjawab panggilan telefon, memilih lagu dan juga boleh mendengar teks mesej menggunakan arahan suara. Tidak lupa juga Ford Fiesta ini didatangkan dengan banyak ciri yang memudahkan pengguna. Dengan adanya sistem Smart Keyless Entry, kita tidak lagi perlukan kunci untuk membuka kereta atau hidupkan enjin. Bila kita dekat dengan kereta, Smart Keyless Entry akan membuka kunci pintu secara automatik.

1-firdfiesta

Ford Fiesta ini mempunyai dua jenis, iaitu Ford Fiesta Sport (Hatchback) dan Ford Fiesta Titanium (Sedan). Pilihan warna yang segar dan sofistikated disediakan bagi Ford Fiesta ini, bagi Fiesta Sport (Hatchback) terdapat warna biru (Celestial Blue), putih (Arctic White), kelabu (Metropolitan Grey), merah (True Red) dan oren (Chili Orange). Bagi Fiesta Titanium (Sedan) pula warna merah (True Red), putih (Arctic White), perak (Highlight Silver) dan kelabu (Metropolitan Grey) sahaja.

Apa yang menarik lagi tentang Ford Fiesta ni? jom tengok video kat bawah ni..

Untuk maklumat lanjut mengenai Ford Fiesta baru, sila layari laman web www.ford.net.my atau kunjungi laman Facebook Fiesta Malaysia https://www.facebook.com/#!/fordfiestamy

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *