Luaskan Kuasamu di Tesco Online Shopping

Nak kata aku ni seorang yang kaki shopping tu tak lah sangat tapi setiap bulan mesti nak kena shopping barang dapur dan barang keperluan lain. Sibuk bekerja dan jarang berada di rumah kekadang membantutkan lagi urusan pembelian barang dapur.  Sebab itulah selama ni aku memang suka shopping secara online. Bukan saja mudah dan cepat ianya juga menjimatkan duit dan tenaga sebab tak perlu lagi nak berpanas bersesak dengan orang ramai untuk dapatkan barang terbaru dan barangan promosi yang ditawarkan.

Mujur sekarang ni Tesco Malaysia telah menyediakan perkhidmatan online shopping yang mudah untuk pelanggan dengan menawarkan harga murah sama seperti di cawangan Tesco termasuk harga promosi serta pelbagai produk yang disenaraikan di http://eshop.tesco.com.my/ seperti barangan Fresh food, Grocery, Baby products, Chilled & Frozen, Drinks, Health & Beauty, Household, Pets, Home, Office & Gifting. Penghantaran barangan juga meluas di kawasan area Klang Valley dan akan diperluaskan lagi di masa akan datang.

1

Jadi lepas ni tak perlulah nak susah payah lagi nak jalan cari barang yang kita nak, just search je kat website Tesco Online. Dalam banyak-banyak pembelian online yang pernah aku buat, rasanya Tesco Online ni yang paling mudah cepat. Segala jenis maklumat pembelian dan segala jenis barang ada disenaraikan dalam laman web ni besertakan gambar sekali.

3

Sebelum buat pembelian pengguna mestilah buat pendaftaran dulu, kena masukkan nama penuh, alamat, nombor telefon dan Clubcard number. Pembelian Tesco Online ni pun menyediakan perkhidmatan Clubcard tau jadi sambil bershopping boleh juga collect point Clubcard tu sekali. So masa pendaftaran boleh isi nombor kad untuk menikmati ganjaran sama seperti di cawangan Tesco.

5

Macam-macam jenis barang ada di jual di Tesco Online ni. Pilih jangan tak pilih.. huhuu.. inilah masa untuk aku luasankan kuasaku.. cewahhh.. ye lah tak ada siapa nak halang aku untuk berbelanja jadi pilihh..pilihh.. pilihh…

6

Makanan basah, makanan kering, ikan semua ada.. boleh beli mengikut kuantiti atau ikut berat. Dalam website ni juga ada tulis kalau barang tu ada promotions. Macam harga ikan Siakap tu sekarang RM11.99/kg so jimat RM5.00 kat situ.

4

Bahagian (Promotions) adalah senarai semua barangan yang telah di diskaunkan. So boleh terus semak kat bahagian promotions tu untuk semua barang promosi. So kalau nak beli just letak berapa kuantiti yang nak di beli kemudian tekan je Add button tu.. nanti dekat sebelah kanan akan ada senarai Trolley items serta harga supaya memudahkan pembelian dan semak balik barang yang kita beli. Dekat sebelah kanan tu juga kita boleh buang barang-barang dalam troli tu kalau tak nak.

7

Lepas selesai pembelian boleh terus checkout dan lihat senarai barangan yang di beli. So senarai ni korang boleh tambah kuantiti barang atau nak kurangkan. Harga akan dipaparkan di sebelah kanan bahagian Order Summary.

8

Selesai check barang-barang dalam troli, lepas tu boleh pilih slot untuk delivery barang. Slot penghantaran disediakan setiap 2 jam setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam. Setiap slot penghantaran mempunyai kapasiti maksimum dan boleh memesan sehingga 3 minggu in advance.

9

Pembayaran adalah melalui debit kad atau kredit kad. So pembayaran dibuat selepas barang dihantar di depan pintu rumah.

10

Selepas pembelian dibuat, korang akan dapat order number dan list barangan yang korang beli. List barangan tersebut juga boleh di semak semula dan buat pertukaran dalam tempoh tertentu. Jadi sekarang pembelian dah dibuat just tunggu orang Tesco datang rumah je hantar barang hehe..

1-20130722_095801

Serius aku cakap memang pantas dan cekap… aku request slot delivery jam 10am – 12pm, mereka sampai tepat pada waktunya.. memang terbaik lah… abang-abang yang hantar barang yang ni pun baik, lengkap dengan pakaian uniform Tesco dan kemas.  Rasa best je barang yang aku order sampai betul-betul kat depan pintu rumah..

1-20130722_100042

So inilah barang-barang yang aku beli.. hehe kebanyakkanya barang untuk mak aku lah.. dia nak buat biskut raya.. dah dapat barang semak dulu sama ada cukup ke tidak.. yang plastik biru tu adalah barangan yang tiada tetapi ditukarkan kepada produk lain yang sama harga. So aku ok je sebab produk yang ditukarkan pun sama kualitinya. Kualiti barangan yang di hantar pun terjamin kesegarannya.. sebab diorang hantar menggunakan lori khas dengan suhu yang terkawal

1-20130722_100002

Selepas touch n count.. abang Tesco tadi akan menunjukkan jumlah bayaran yang perlu dibuat.. so total pembelian perlulah dibayar menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja. Jadi pastikan kad ada nilai dalamnya.

1-20130722_101625

Taraaaaa… inilah dia barang-barang yang aku beli dari Tesco Online. Mak aku pun happy sebab dia tak perlu keluar jalan kaki untuk beli barang dapur sebab Tesco boleh hantar terus ke depan pintu rumah. Jadi kepada sesiapa yang nak membeli secara online gak tu bolehlah ke http://eshop.tesco.com.my sekarang juga.

Ada berita baik untuk semua pembaca blog Mohdzaid.com, Zaid nak bagi rebate coupon RM10 untuk semua pembaca yang nak shopping di Tesco Online. Korang perlu masukkan coupon code ini CHTP101M masa pembelian. Pembelian mestilah RM50 keatas. Yey bestkan so apa lagi dah dapat coupon RM10 tu cepat-cepatlah shopping di http://eshop.tesco.com.my.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *