Eratkan Jalinan bersama Astro

1044169_392430037529542_1811880618_n

Hello Bro! amacam berpuasa tahun ni? harap semuanya berjalan dengan baik dan diredhai Allah hendaknya. Bulan mulia ni lah masa untuk kita menambah ibadah dan mencari keredhaanNya. Pastinya Ramadan kali ini bakal menyerikan lagi hari anda semua dengan sajian rancangan-rancangan eksklusif di saluran-saluran terpilih Astro.

Bersempena dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak tahun ini Astro telah menyusun pelbagai rancangan menarik dan hebat untuk semua penonton. Bertemakan “Eratkan Jalinan” sekaligus akan mengeratkan lagi jalinan penonton bersama keluarga dan orang tersayang disepanjang bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Capai sahaja remote Astro dan pilih program hebat seperti telemovie, drama bersiri, filem dan animasi yang telah disusun rapi tontonan anda disepanjang bulan puasa ini.

Antara program menarik bakal disajikan Astro adalah drama bersiri Tok Abah yang mengesahkan tentang hubungan kekeluargaan, keuadara di Astro Oasis (Saluran 106) setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam. Drama bersiri Tanah Kubur setiap Jumaat jam 7.30 malam mengesahkan pengajaran dan kesedaran dalam kehidupan seharian. Banyak lagi program menarik yang boleh ditonton antaranya seperti berikut :-

как да си уголемя члена forum

[Kembara] Rasa Halal Antarabangsa

kvinne søker kvinne i Risør Setiap Sabtu, 7.30 malam

Sebuah program travelog menarik yang memperkenalkan makanan-makanan halal di luar Negara. werkt een penispomp echt

[Bual Bicara] Kalu Dah Jodoh Ustaz Kazim Elias

Sie sucht Ihn in Freiburg im Breisgau Bermula dari 2 Julai hingga 30 Julai

crema aumenta busto Setiap Selasa, 6.30 petang

Program ceramah agama yang menarik bersama Ustaz Kazim Elias yang mengupas isu-isu berkisarkan tentang perkahwinan dan juga kekeluargaan.

[Realiti] Siaran Langsung Solat Terawih dari Masjidil Haram

Setiap Isnin hingga Ahad, 1.30 pagi

Astro membawakan anda untuk menyaksikan siaran langsung Solat Terawih berjemaah dari Masjidil Haram, Tanah Suci Mekah.

Astro Prima ( Saluran 105)

[Hiburan] Kilauan Emas Kabilah Seni

Setiap Rabu, 10 malam

Sebuah rancangan yang membawa anda untuk bersama-sama mendengar kelunakan alunan suara serta nyanyian merdu dari peserta-peserta dan juga artis jemputan Kilauan Emas 3.

[Realiti] Warung Angah

Setiap Ahad, 4.30 petang

Merupakan sebuah program untuk mencari pelbagai juadah enak untuk berbuka pada bulan Ramadhan.

[Drama] Dia Tetap Ayah

Setiap Isnin hingga Khamis, 5.00 petang

Drama ini mengisahkan Helmi yang mempunyai tiga orang isteri, Maisarah, Faridah dan Alisha. Setelah berkahwin dengan Faridah dan Alisha, dia telah mengabaikan Maisarah yang merupakan isteri pertamanya serta tanggungjawab terhadap anak-anaknya. Di akhir usia, dia dipinggirkan akibat daripada kesilapan silamnya sendiri.

[Realiti] Hajat Ramadan

Setiap Khamis, 9.30 malam

Sebuah program kebajikan yang dihoskan oleh Diana Amir, Yat Hamzah, Imam Muda Aran dan Datuk Fazley yang akan cuba menunaikan hajat sempena bulan Ramadan.

[Bual Bicara] Primadona Ramadan

Setiap Jumaat, 9 malam

Program bual bicara yang mengupas isu-isu menarik untuk dikongsi bersama penonton. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran hos-hos yang cantik dan jelita, Raja Azura, Erra Fazira dan Rozita Che wan.

Astro Ria ( Saluran 104)

[Realiti] Helo Bro… tolong Stail!

Setiap Isnin, 9.00 Malam

Aizat dan Hafizul akan mengubah penampilan rakan atau keluarga artis jemputan dengan gaya terkini sempena Hari Raya.

[Realiti] Helo Bro… tolong Deko!

Setiap Selasa, 9.00 malam

Rancangan dekorasi bersama Dafi dan Zoey untuk menceriakan ruang dan hiasan dalaman rumah mengikut permintaan artis jemputan.

[Realiti] Hello Bro… Tolong Masak!

Setiap Rabu, 9.00 malam

Segmen sajian bersama Chef Nik Michael dan Fikree akan membantu artis jemputan menyediakan hidangan istimewa buat yang tersayang.

[Bual Bicara] Assalamualaikum Bro… Tolong Jawab?

Setiap Khamis, 9.00 malam

Perbincangan serta persoalan dari artis jemputan mengenai kemusykilan agama berkaitan bulan Ramadhan. Bersama personaliti YouTube, Anwar Hadi dan juga Imam Muda Ashraf.

[Telefilem] Menanti Hari Itu

Bermula 25 Julai

Khamis, 9.30 malam

Kisah keluarga yang menyentuh hati tentang kasih seorang ibu yang setia menanti kepulangan anaknya.

Astro Ceria ( Saluran 611)

[Animasi] Upin & Ipin Ramadan

Setiap hari, 6.25 petang

Saksikan telatah lucu dan penuh pengajaran dua beradik kembar ini bersama rakan-rakan mereka dalam menjalani ibadah puasa dalam siri animasi popular ini.

[Animasi] Ustaz Kata

Setiap Hari, 1.30 petang

Program yang mengajak anda mempertingkatkan amalan-amalan dibulan Ramadan dengan mudah dan betul berkongsepkan ‘doodle sketch’.

[Bual Bicara] Cerianya Ramadan

Setiap Hari, 11.57 pagi

Rancangan santapan rohani untuk adik-adik di bulan Ramadhan bersama Abang Mawi dengan pengisian tentang kelebihan puasa dan solat Tarawih serta Tamadun Islam yang disampaikan secara santai.

[Realiti] Dari Pondok Ke Bosnia

Setiap Ahad, 11.30 pagi

Siri pengembaraan empat individu istimewa yang dipilih dari madrasah berlainan untuk menyingkap kemasyuran nama Al-Fatih di bumi Bosnia, selain dari Turki dan seluruh dunia.

Astro Mustika HD ( Saluran 134)

[Drama] Dahlia

Setiap Isnin hingga Rabu, 10.00 malam

Mengisahkan tentang  pergolakkan rumahtangga Dahlia akibat sikap khianat kawan baiknya sendiri yang ingin merampas semua harta miliknya termasuklah suami dan anak Dahlia sendiri.

Astro Warna ( Saluran 132)

[Realiti] Frust Gila!

Setiap Isnin, 10.00 malam

Sebuah rancangan permainan yang dihoskan oleh penyampai Era.fm, Ray dan Haniff dimana tiga peserta akan di uji berdasarkan cabaran yang disediakan untuk mencari juara. Setiap juara kumpulan akan bertemu dua juara dari kumpulan lain.

(Realiti) Redah Kasi Pecah Extravaganza

Setiap Jumaat, 10.00 malam

Rancangan permainan dihoskan oleh Zaibo yang menyaksikan tujuh orang pelawak akan merentasi tujuh buah kampong dan berentap antara satu sama lain untuk merebut hadiah utama.

Astro Citra ( Saluran 131)

Slot Sinema Sahur

Sepanjang Ramadan, 4.30 pagi

Meriahkan waktu sahur anda dengan barisan filem-filem terbaik tempatan dan Luar Negara sepanjang Ramadhan ini.

Pelangi ( Saluran 142)

[Realiti] Islam Nusantara

Setiap Jumaat dan Sabtu, 6.30 petang

Info lanjut mengenai Rancangan Eksklusif Astro sila layari : http://www.astrogempak.com.my/ramadan/rancanganeksklusif.aspx

Astro juga telah melancarkan Jelajah Eratkan Jalinan dilokasi-lokasi terpilih bagi memeriahkan lagi Ramadan kali ini. Eratkan Jalinan anda dan temui selebriti-selebriti kegemaran anda disini. Untuk maklumat berkenaan Jelajah Eratkan Jalinan anda boleh melayari http://www.astrogempak.com.my/ramadan/jelajah.aspx

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *