Lebih Mudah, Lebih Pantas Dengan KakaoTalk

Teknologi semakin pesat membangun, tidak dinafikan penggunaan telefon pintar (Smart Phone) semakin berkembang dan boleh dikatakan setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu smartphone untuk berkomunikasi. Kini dengan adanya aplikasi KakaoTalk pengguna dapat berhubung dengan sesiapa saja tidak kira masa dan di mana jua dengan pantas dan menghiburkan. KakaoTalk merupakan sebuah aplikasi messenger percuma yang menggunakan jaringan internet yang dilengkapi dengan fungsi Free chat & Call, Group Chat, Group Call, Emoticon, Theme, Plus Friend, Game dan banyak lagi.

Aku baru je install apps KakaoTalk ni pada smartphone dan berkomunikasi dengan rakan-rakan ternyata ianya sangat mudah digunakan dan aplikasi yang sangat pantas dan lancar. Sebenarnya aku happy sangat dengan KakaoTalk ni.. sebabnya aplikasi ini adalah percuma jadi aku boleh call dan chat dengan semua rakan-rakan FREE sepanjang hari. Jimat-jimat… selain itu fungsi Group Chat ni pun sangat best sebab boleh chat dengan kawan-kawan blogger dalam satu ruang. Jadi semasa group chat ni bolehlah kami berbincang dan berkongsi maklumat terkini.

2013-06-07 20.23.20

Aku dan adik aku memang jarang la nak call-call ni sebab kami memang suka jimat jadi lepas kita orang install KakaoTalk apa lagi terus suka buat Voice Message dan Voice Call.. maklumlah kan KakaoTalk ni PERCUMA.

2013-06-07 20.22.39

Selain itu ada juga fungsi Schedule Meeting dan Vote.. Huhu sesuai betul untuk aku seorang blogger tak hebat ni.. bolehlah aku buat survey tentang blog aku kat kawan-kawan.. menarik kan..

2013-06-07 20.21.34

Tak ceria lah kalau chat tak ada emoticon yang menarik.. huhu KakaoTalk menyediakan pelbagai Emoticon dan Theme yang sempoi cantik dan menghiburkan..

2013-06-07 20.23.44

KakaoTalk merupakan satu-satunya aplikasi messenger yang menyediakan permainan (Game) dalam talian bersama rakan. Salah satu game kegemaran aku dalam KakaoTalk ni adalah Anipang yang sekarang mempunyai hampir 30 million pengguna. Bestkan? sambil chat boleh main game sama-sama dan ianya adalah PERCUMA!

2013-06-07 20.23.31

Tambah rakan KakaoTalk dengan share QR Code atau search melalui nombor telefon atau KakaoTalk ID. Selain itu melalui KakaoTalk Plus Friend, pengguna dapat berinteraksi dan mendapatkan info terkini selebriti pujaan hati. Yahhhhhooo ramai artis K-POP menggunakan KakaoTalk ni.. tak lupa juga artis Malaysia, Yuna pun guna KakaoTalk.

Jadi apa tunggu lagi.. download KakaoTalk ke dalam smartphone korang dan jom kita chat/call ramai-ramai. Kepada semua follower Mohdzaid.com dan mau KakaoTalk bersama aku boleh add id aku di BT6805085. Semuanya mudah semuanya percuma.. berbual dan berhibur sepanjang hari bersama KakaoTalk.  Like FB https://www.facebook.com/kakaotalk.my untuk maklumat lanjut dan promosi terkini KakaoTalk.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Lebih Mudah, Lebih Pantas Dengan KakaoTalk

  1. hafiz says:

    tapi masih menggunakan data internetkan..

  2. kak ina kl says:

    macam-macam lah sekarang ni..pening nak ikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *