Buffet Ramadhan 2013 – PARKROYAL Kuala Lumpur

Buffet ramadhan PARKROYAL Kuala Lumpur

Ramadhan 2013 kembali lagi tidak lama lagi, pastinya ramai diantara pembaca yang akan tercari-cari tempat berbuka untuk memeriahkan lagi bulan puasa yang menjelma. Bagi yang berdekatan dengan Kotaraya Kuala Lumpur dan ingin ubah selera apa kata mencuba Buffet Ramadhan di PARKROYAL Kuala Lumpur. Bertemakan “Hawker Temptations Ramadhan Feast” yang pastinya akan menambat hati tetamu yang hadir.

Pelbagai menu dan hidangan yang disediakan di Chatz Brasserie oleh Chef yang berbakat dan mahir. Pastinya Ramadhan kali ini menjadi memori terindah anda bersama keluarga dan orang tersayang. Buffet terdiri daripada kuih muih, bubur, pencuci mulut (buahan tempatan), carving, grill, noodles, satay, roti canai, roti Sardin, Murtabak ayam, Chapati yang dihidangkan bersama Dalcha sayuran dan kari ayam.

Chatz Brasserie’s chicken rice boleh didapati dalam pilihan steamed dan roasted chicken. Terdapat juga pilihan Mee (Noodles) dengan variasi pilihan seperti Mee Rebus, Mee Udang dan Wanton Noodles Soup. Antara menu pilihan disini adalah Udang Galah Goreng Mamak, Ikan Duri Masak Berlada, Nasi kukus, Ayam Percik, Rendang Landak, Burung Unta Masak Halia, Kerabu Ayam Daun Kesom, Kerabu Ikan Bilis, Kerabu Sotong Berserai, Ayam Kapitan Nyonya, Ketam Berlado Nogeri dan banyak lagi.

1-remediabuffetramadhan1

Jadi marilah berbuka puasa di PARKROYAL Kuala Lumpur dan nikmati ‘Hawker Temptations Ramadhan Feast’ di Chatz Brasserie bermula 10 Julai hingga 7 Ogos dari jam 7 malam hingga 10.30 malam setiap hari. Harga buffet untuk dewasa adalah RM98++ dan RM49++ untuk kanak-kanak. Berbuka puasa dari 10-16 Julai dan dapatkan potongan 40%. Tetamu yang menginap di PARKROYAL Kuala Lumpur dan PARKROYAL Serviced Suites Kuala Lumpur juga layak mendapat potongan 20%.

Nyonya Flyer2012Nyonya Flyer2012

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *