Buffet Ramadhan 2013 Di Tropicana Golf & Country Resort

Ramadhan kembali lagi… pastinya dah ramai yang tak sabar-sabar nak tunggu kedatangan bulan puasa yang mulia ni. Pastinya bila tiba bulan puasa mula tercari-cari menu yang best untuk berbuka. Ada juga yang tercari-cari tempat berbuka puasa yang menyediakan pelbagai hidangan enak dan murah. Ok jangan risau semalam aku baru je makan dekat Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) diorang ada buat santapan berbuka puasa 2013 ni nanti. Alhamdulillah dari hasil pemerhatian aku makanan kat sini memang banyak dan serius sedap. Tak percaya? serius aku memang cadangkan korang semua berbuka puasa di sini nanti.

Tropicana Golf & Country Resort ni terletak kat Jalan Tropicana, Petaling Jaya dan kalau yang nak datang sini boleh tengok map ni. Sesiapa pun boleh masuk ke clubhouse ni dan mereka menyediakan parking lot yang banyak dan service buggy untuk tetamu yang datang berbuka puasa, surau pun turut disediakan.. Tahun 2013 ni tema buffet mereka adalah “Rasa Kampung Buffet” jadi kalau ada yang teringin nak cuba masakan kampung boleh cuba mai. Sambil-sambil makan ada juga persembahan kumpulan Ghazal yang perform setiap hari kecuali hari Isnin. Jadi sambil makan sambil berjoget lah dengan alunan lagu-lagu melayu tradisional.

Harga untuk Rasa Kampung Buffet di Tropicana Golf & Country Resort adalah seperti berikut :-

Pre-Sales (Jun) Ahli (Julai) Bukan Ahli (Julai)
Dewasa RM60 ++ RM70 ++ RM80 ++
Kanak-Kanak RM30 ++ RM35 ++ RM40 ++

Bagi aku ini adalah harga buffet ramadan yang boleh dikatakan termurah juga. Kalau nak harga murah RM60 tu kena beli vouchers mulai sekarang so bolehlah dapat harga RM60, kalau beli start bulan Julai harga dah naik sikit… jadi beli awal ye..

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review

Pelbagai menu masakan kampung dan citarasa boleh didapati antaranya Ayam Kampung Masak Lemak Mangga Muda, Asam Pedas Melaka, Sambal Tempei Ikan Bilis, Kambing masak Kicap Berempah, Bubur Lambuk Herba Tropicana, Gulai Daging Berkentang, Gulai Ayam Kampung, Sup Urat Keting, Sup Gear Box Lamb, Sup Daging, Penang Fried Kway Teow, Lemang & Ketupat, Rendang Daging, Serunding Ayam & Daging, Nasi Kerabu, Yong Tau Foo, Pelbagai Kuih muih, Apam Balik, Nasi Itik Panggang, Skewer Chicken Wing Dip, Chicken Satay, Beef Satay, Roast Whole Lamb, Nasi lemak bungkus, Aneka bubur (durian, pulut hitam, pengat keladi, puteri mandi), ABC, Teh tarik, Salad & Appertizer, Stir fried seafood dan macam-macam lagi…

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review1

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review2

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review3

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review5

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review6

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review7

1-Berbuka Puasa Tropicana Food Review8

Jadi kalau ada yang tercari-cari tempat nak berbuka puasa boleh ke Tropicana Golf & Country Resort. Untuk tempahan vouchers boleh call 03-78048888 (ext : 306/309/325), 03-78041919, 014-9270501 (Razak), 012-2765797 (Zainul) atau 012-6201831 (Sazali Chin).

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com