Berbelanja Dengan RHB Debit Cash-Connect MasterCard

Makan… makan… makan… ya makan lah sepuasnya bila masih ada nyawa ni.. bila masih ada selera yang tuhan bagi.. itulah yang selalu aku buat hari-hari. Sebenarnya makan ni tak boleh nak kedekut sangat sebab kalau kedekut tak merasa la kenikmatan makanan tu nanti. Lagi satu kalau bercakap pasal makan, janganlah membazir pergi order banyak-banyak tapi tak makan dengan habis. Disebabkan aku ni suka makan, jadi aku nak share lah beberapa tempat makan yang best disekitar Kuala Lumpur/Selangor dan tempat yang aku paling suka lepak dengan kawan-kawan dan keluarga.

Pertama sekali aku nak suggest satu kedai makan yang istimewa ni, iaitu Rumah Makan Cibiuk Malaysia (RMCM) iaitu santapan makanan asli Sunda yang terletak di No. 1-G, JLN PUTRA 6, TMN PUTRA KAJANG , 43000 KAJANG, SELANGOR. Masakan di Rumah Makan Cibiuk ni memang sedap dan aku bagi 10 bintang lah. Harga makanannya pun tak la mahal sangat kira berbaloi lah..

Rumah Makan CibiukMenu Istimewa yang aku cuba di RMCM ni adalah Nasi Timbel Komplit Ayam Goreng, Nasi Paket Ayam Bakar Cobek, Nasi Liwet Kastrol Ayam Goreng, Ais Durian Ala Cibiuk, Mocha Ice Blended. Semuanya ini harga dia RM60.20 untuk 3 orang makan.. huhu murah je sebenarnya dan rasa masakan dia pun enak sangat. Kalau nak rasa masakan ala Sunda boleh la datang ke RMCM ni ye..

Kedai makan kedua ni sesuai untuk makan pagi (Breakfast), kalau rasa teringin nak makan ala timur tengah bolehlah singgah ke The Castle Restaurant yang terletak di Plaza Berjaya, Jalan Imbi Kuala Lumpur. Disini tempat dia selesa dan pelanggan boleh menikmati hidangan ala timur tengah dengan harga yang murah dan berpatutan.

The Castle Restaurant Menu yang aku cadangkan adalah Lamb Shawirma, Sheesh Kebab, Hummus & Tahinah dan kek pencuci mulut. Makanan diatas tu aku makan berdua dengan girlfriend aku harganya cuma RM47.30 termasuk service charges dan government tax. Murah je kan.. dia punya kebab memang delicious lah.. rasa nak pergi je kedai ni lagi.

Untuk minum petang aku cadangkan ke Hailam Kopitiam. Sebenarnya Hailam Kopitiam ni ada beberapa cawangan tapi aku suggest korang ke cawangan Cheras Selatan sebab tempat ni memang happening dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga diwaktu petang. Makanan yang dihidangkan juga fresh dan harga pun berpatutan.

1-Camera Uploads2Menu special disini adalah Cendol dan Otak-Otak Roll.. setiap kali aku kesini mesti aku akan order Otak-Otak Roll tu dan Special Roast Coffee yang menyengat citarasa.. Selain itu menu yang aku selalu pesan adalah Toast with Butter, Kampung Hot Boil Egg, Tuna Egg Sandwich, Toast Bun Rendang Chicken, Fried Kuey Teow dan Ice Mocha. Semua hidangan tu cuma RM47.35 untuk hidangan 5 orang. Murah kan… ?

Kalau dah nama melayu tu kalau tak makan Nasi Kandar memang tak sah.. ehh aku bukan orang Penang tau.. tapi aku memang peminat nasi kandar asli Penang.. Disebabkan tinggal di KL nak pergi penang pun jauh.. jangan risau.. kat KL ni banyak je cawangan Original Penang Kayu Nasi Kandar. Sebenarnya aku ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar ni adalah aku suka sangat dengan menu Specialnya iaitu Lamb Shank Kari.. Perrrhhh memang lazat sampai menjilat jarilah masakan kari Lamb Shank dia..

1-Camera Uploads3Mana lagi nak dapat Lamb Shank Kari ni kalau tak hanya di restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar. Harga makanan agak mahal sikit Lamb Shank je dah RM20.00 seketul.  Makanan ni untuk aku sorang je harga dia RM41.80 termasuk lamb shank, minuman dan seketul ayam goreng termasuk sepinggan nasi kandar. Tapi bagi aku berbaloi je kalau mereka yang mengidam nak makan lamb shank kari tu.. sebab kat sinilah yang paling sedap. Bagi yang teringin nak makan Nasi Kandar berlauk Lamb Shank bolehlah datang ke Original Penang Kayu Nasi Kandar di No 1, PJU 5/12 Dataran Sunway Kota Damansara. Petaling Jaya Selangor.

Pening nak cari makan malam untuk keluarga? jangan risau apa kata kali ni cuba makanan Padang pula.. teringat masa di Indonesia dulu makan hidang lauk yang sangat sedap. Kini tak perlu lagi kesana untuk menikmati makanan Padang tapi boleh pergi terus ke Restoran Sari Ratu yang terletak di Dataran Sunway Kota Damansara.

1-Camera Uploads4Makanan disini memang enak. Menu yang aku pesan ni sesuai untuk 3-4 orang makan. Harganya cuma RM68.60 dan antara menu special yang aku order adalah Nasi putih, Sayur Kailan, Sambal Tempe (Orek), Asam Pedas Tenggiri Ratu, Sup Tulang, Pepes, Tunjang, Sambal Hijau, Avocado dan air mineral. Memang berbaloi kalau makan disini bersama keluarga atau dengan rakan-rakan sebab tempat makan pun sangat selesa dan besar. Jangan lupa cuba “masak lemak Urat” rasa dia memang ummpphhh!… sedap…!!

Kalau pergi cari makan, aku mesti tak boleh kawal nafsu makan, mesti nak order banyak.. jadi kalau dah order banyak tu mestilah bawa duit cash banyak… kekadang risau gak bawa duit cash banyak-banyak ni.. risaulah kalau hilang atau kena rompak.. aku ni dah la jenis yang suka cicir duit sana sini.. pernah sekali tu pergi makan kat kedai tapi bila nak bayar tak cukup duit cash pula..

RHB Debit Cash-Connect MasterCard

Sejak dari itu aku dah malas nak bawa duit cash lagi bila pergi makan.. risau duit tak cukup je.. disebabkan itu aku pun apply lah RHB Debit Cash-Connect MasterCard untuk aku shopping makan sampai kenyang haha.. tak payah risau bawa duit cash banyak-banyak lagi sebab aku boleh makan apa yang aku suka dengan swipe RHB Debit Cash-Connect MasterCard saja at least aku rasa lebih selamat bawa debit kad dari bawa wang tunai.

Nak tahu kenapa aku apply RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni? sebabnya aku ni kan suka makan.. jadi dengan setiap perbelanjaan, aku boleh menikmati manfaat semula 0.5% Pulangan Wang Tunai TANPA HAD. Selain itu dengan belanja RM30 keatas dalam satu resit, aku layak menyertai peraduan yang mereka anjurkan. Satu penyertaan akan dikira sekiranya berbelanja RM30 keatas dalam satu resit menggunakan RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni.. perhhh memang berbaloi juga aku apply kad debit ni selain makan macam biasa at least aku boleh join peraduan mereka juga dan berpeluang menang hadiah yang ditawarkan iaitu :-

1x Nissan Almera 1.5 E (A)
1x Honda CBR250R Mugen
3x iPhone 5 (16GB)
5x Mini iPads (16GB)

Yahooo!! aku dah ada makan 5 tempat best dengan menggunakan RHB Debit Cash-Connect MasterCard ni jadi aku dah ada 5 penyertaan untuk peraduan tu.. Korang bila lagi?..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Berbelanja Dengan RHB Debit Cash-Connect MasterCard

  1. alice says:

    cam best je lauk yg first tu…..

  2. Mohd Zaid Othman says:

    mmg best

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *