Little Red Cube Carnival

1-Little Red Cube Exterior

Mencari tempat yang sesuai untuk beriadah, menikmati keunikkan dan hiburan hebat bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini? Lengkapkan pengalaman indah anda dan keluarga dengan berkunjung ke Little Red Cube terletak di Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor Darul Takzim. Satu-satunya destinasi alternative untuk mendapatkan segalanya dalam satu tempat.

1-Images1

Little Red Cube adalah sebuah kompleks hiburan keluarga dan gaya hidup yang terletak di Puteri Harbour, Nusajaya. Ianya mempunyai ciri-ciri sebuah kompleks kepelbagaian, menempatkan ruang runcit mewah, riadah, makanan dan minuman serta hiburan. Ia juga lengkap dengan taman tema dan juga hotel antarabangsa yang pertama di Nusajaya iaitu The Traders Puteri Harbour.

Bagi yang ingin mendapatkan pelbagai keperluan harian dan lain-lain, terdapat sebanyak 88 premis perniagaan di kedua-dua level. Ia menawarkan pelbagai pusat membeli-belah runcit untuk keluarga, lengkap tempat makan, kafe terbuka dan sebagainya. Perniagaan runcit yang sudah menjalankan perniagaan adalah Toys’R’Us, Olive Kitchen and Bar, Crepe Signature, Shihlin Taiwanese Snacks, Caring Pharmacy dan myNews.com. Banyak lagi komuniti perniagaan yang akan di buka di Little Red Cube termasuklah Poney, Avenue Kids, House of Mini, Sushi King, Brussels Café, Starbucks dan Chatime.

1-Images

Tarikan hiburan utama di Little Red Cube adalah taman tema keriangan untuk seisi keluarga iaitu Puteri Harbour Family Theme Park. Sebuah taman tema tertutup yang terdiri daripada Hello Kitty Town dan Big Little Club, dengan tambahan terbaru LAT ‘s Place. Bagi yang ingin menginap, bolehlah bermalam di The Traders Hotel Puteri Harbour Little Red Cube. Sebanyak 283 bilik bertaraf 4-bintang, merupakan hotel antarabangsa yang pertama di Nusajaya dan ketiga di rantaian Malaysia.

THE STAR JP

Menarik bukan?.. jadi jangan ketinggalan untuk ke Little Red Cube sekarang. Jangan lupa juga bawa keluarga anda beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan Little Red Cube Carnival bermula 5 Jun ini sehingga 23 Jun 2013. Pelbagai aktiviti menarik bakal berlangsung di Little Red Cube. Aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan pada Carnival itu nanti seperti Suncatcher Painting, Clowning Ensemble, Inflatable Castle, Helium Remote Control Fish, Jumbo Sumo Wrestling, Caricature, Treasure Hunt, Live Entertainment dan banyak lagi.

LRC Carnival Ad

 klik gambar untuk besarkan

Untuk mendapatkan info terkini dan aktiviti menarik mengenai Little Red Cube serta promosi terkini sila ke www.littleredcube.com atau facebook.com/littleredcube. 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *