Astro On-The-Go Live Explorer Meriah Di Sunway Pyramid

1-20130518_123112_resized

Sabtu lepas bertempat di Sunway Pyramid, Astro telah mengadakan sebuah acara terbesar untuk semua pelanggan Astro On-The-Go (AOTG) iaitu Astro On-The-Go Live Explorer. Acara hebat ini telah dihadiri seramai 50 orang blogger Malaysia dan selebriti hebat tanah air untuk memeriahkan lagi acara. Bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan dimulakan dengan Explorer-On-The-Go Challenge kira ala-ala explorace treasure hunt untuk blogger Nuffnang. Wow memang meriah acara yang mereka sediakan pada hari tersebut.

1-DSC_0572

Aku sempat berkunjung ke sana untuk memberi sokongan kepada 50 orang blogger yang terpilih menyertai Explorer-On-The-Go Challenge tersebut. Bersemangat betul semua blogger-blogger ni maklumlah hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan. Seawal 9 pagi lagi pendaftaran telah dibuka dan sambutan dari kalangan blogger sangat meriah. 50 orang blogger hadir dibahagi kepada kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan seramai 2 orang jadi keseluruhannya ada sebanyak 25 kumpulan yang bertanding.

1-DSC_0573

Setiap kumpulan diberi sebuah iPad dan mereka terdiri daripada pilot dan co-pilot. Masing-masing ada tugasan yang perlu mereka selesaikan. Jangan ingat senang tau Explorer-On-The-Go Challenge ni masing-masing perlu bersedia dengan fizikal dan mental untuk menerjah satu bangunan Sunway Pyramid menyelesaikan task-task yang diberi.

1-Astro On The Go - Event

Setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan yang diberi dan mereka perlulah menggunakan apps yang disediakan di iPad untuk mencari 5 stations dan 5 detours yang telah disediakan. Peserta perlu mencari berdasarkan clue yang terdapat dalam apps ipad tersebut. Wow memang agak mencabar minda juga nak faham betul betul clue yang diberikan.

1-Astro On The Go - Event1

Tugas pilot dan co-pilot perlu ada keserasian barulah boleh menang. Sebab tugas pilot adalah mencari stations dan detours melalui clue yang diberikan dan tugas co-pilot pula, mereka perlu Facebook, Tweet,  Instagram setiap task yang mereka telah lakukan sebagai bukti yang mereka telah datang ke setiap stations. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat oleh blogger yang mengambil bahagian.

1-Astro On The Go - Event2

Selesai kesemua peserta menamatkan Explorer-On-The-Go Challenge ini. Tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang. Pemenang Explorer-On-The-Go Challenge memenangi pelbagai hadiah menarik. Pemenang memenangi hadiah seperti berikut :-

Grand Prize
2 x Samsung Galaxy S4 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)
1st Runner Up
2 x Apple iPad Mini + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)
2nd Runner Up
2 x Nexus 7 + (Bonus: RM800 cash each IF you are an *Astro-On-The-Go subscriber)
Bonus prize for top-tweeting team
RM500 cash + (another RM800 cash if you are an *Astro-On-The-Go subscriber)

 

1-Astro On The Go - Event3

Acara Astro On-The-Go Live Explorer ini diteruskan pula pada sebelah petangnya dengan Theatrical Showcase yang membawa penonton pada hari tersebut merasai sendiri apa disebalik AOTG dipersembahkan secara teater terbuka. Menarik tau persembahan mereka ni ada babak sedih, lawak, nyanyian dan banyak lagi. Ini menunjukkan bahawa AOTG ada semuanya apa yang kita mahu termasuklah Sukan, Berita Terkini, Hiburan, Movie hebat dan banyak lagi.

1-Astro On The Go - Event4

Antara selebriti yang hadir pada hari tersebut ialah Aaron Aziz, Johan Raja Lawak, Dazrin, pelakon Oh My English!, Nazril Idrus, Dr Fazley, Puteri Chi Chi, Izzue Islam dan ramai lagi. Pelanggan Astro On the Go yang hadir pada hari tersebut berpeluang untuk beramah mesra dan bertemu dengan artis pujaan mereka dengan lebih dekat lagi. Pelanggan cuma perlu menunjukkan nombor akaun Astro atau melanggan Astro On The Go pada hari tersebut untuk mendapatkan pass bertemu selebriti yang hadir.

Sebenarnya banyak lagi acara hebat yang berlangsung pada hari tersebut. Jadi kepada semua pembaca blog ni kalau tak dapat pergi hari tu jangan risau sebab banyak lagi yang lebih hebat korang akan dapat bila melanggan Astro On The Go ini tau.. senangnya sebab boleh tonton saluran-saluran kegemaran dan VOD terbaik terus melalui smartphone korang. Jadi bersedialah menikmati dunia hiburan tanpa batasan dan sukan terbaik dunia. Terokai segalanya di Astro On The Go.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *