K-POP Dream Concert

안녕하세요. NUFFNANG 말레이시아 내 K-POP 드림 콘서트 이뤄 겐팅 덕분에 -(Hello. Thanks to NUFFNANG and GENTING MALAYSIA make my K-POP Dream Concert come true).

YEY!! terima kasih Nuffnang dan Genting Malaysia kerana membawakan K-POP Dream Concert pada 23 & 24 May 2013 ini jam 8.30pm di Arena of Stars. Ini adalah berita yang sangat baik bagi peminat-peminat K-POP di seluruh dunia khususnya Malaysia kerana pada hari tersebut buat julung kalinya Genting Malaysia membawakan penghibur terhebat daripada Korea Selatan terus secara langsung di Resorts World Genting. Wow memang tak sabar nak melihat sendiri kehebatan artis ternama Korea membuat persembahan disini nanti. Tak payah nak pergi Korea pun tak apa terus ke Genting sahaja kan dekat.. 🙂

kpopdreams03

Seramai 5 artis tersohor Korea akan beraksi disini nanti antaranya SISTAR, Brown Eyed Girls (B.E.G.), 4Minute, Born To Beat (BtoB) dan G.NA.

Buat julung kalinya kumpulan SISTAR yang dianggotai oleh Hyolyn, Bora, Soyou, dan Dasom akan beraksi pada konsert ini dimana ini merupakan kali pertama mereka membuat persembahan di Malaysia. Kehadiran SISTAR pastinya akan membuatkan semua hati jejaka seperti saya terpesona dengan kelincahan dan gaya sexy mereka yang popular dengan lagu Ma Boy, Loving U, Hot Place, Push Push dan lagu terbaru mereka Gone Not Around Any Longer.

OMG!! jika diberi peluang saya nak sangat ketemu dengan keempat-empat gadis jelita daripada kumpulan SISTAR ni terutamanya Hyorin di RWGenting’s Dream Concert. Kenapa? sebab suka tengok persembahan bertenaga mereka dan kenapa Hyorin? sebab dia sangat cantik dan suka suara dia yang serak-serak basah tu.. fuhhhh boleh cair tau lelaki yang dengar suara dia haha.. Bila dia tarik suara dia perhhhhh memang mengancamlah.. harap sangat dapat jumpa dia satu hari nanti jika diberi peluang… harap Nuffnang dan Genting Malaysia dapat pilih saya sebagai pemenang dan bertemu dengan mereka ya!! 🙂

4Minute, Wow siapa yang tak kenal mereka bahkan lagu-lagu mereka sering keudara di corong-corong radio seluruh dunia. Kumpulan ini terdiri daripada lima gadis comel iaitu So-hyun, Ji-yoon, Hyun-a, Ga-yoon dan Ji-hyun. Mereka popular dengan lagu Hot Issue, Diamond dan Mirror Mirror

Brown Eyed Girls (B.E.G.) mungkin asing bagi sesetengah orang tapi tidak bagi penggemar muzik K-POP Korea ini. Terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu Son Ga‑In, Narsha, dan JeA. Mereka popular dengan lagu Abracadabra, Sixth Sense, L.O.V.E, Moody Night, Hot Shot dan banyak lagi. Adakah mereka benar-benar gadis bermata coklat (Brown Eyed Girls) ermmm.. kalau nak kepastian datang sendiri ke K-POP Dream Concert dan lihat dengan lebih dekat. Bagi yang nak tahu Ga-in juga pernah beraksi dalam video klip Psy, Gentleman .. huhu cun tau dia ni.. apa lagi Youtubelah sekarang..

BtoB (Born TO Beat) merupakan hyung (oppa) yang terdiri seramai 7 anggota iaitu Seo Eunkwang, Lee Min Hyuk, Lee Changsub, Lim Hyunsik, Peniel D. Shin/Shin Dong-geun, Jung Ilhoon dan Yook Sungjae. Mereka memang handsome, serius!! tidak dinafikan..  pastinya ramai gadis-gadis Malaysia akan terpesona melihat persembahan mereka nanti semasa K-POP Dream Concert.

g.na

G.NA atau nama betulnya Gina Jane Choi merupakan seorang kacukan Korean-Canadian merupakan penyanyi rank no1 di Korea Selatan. Popular dengan  OST hit daripada drama “Best Love” menaikkan lagi nama G.NA di mata dunia. Antara lagu hit beliau adalah Black & White, Banana, I Hate You, Without You, Top Girl, Fly So High dan banyak lagi.

 

stinger01

Jadi sudah bersedia dengan K-POP Dream Concert di Arena of Stars nanti? pastikan anda dapatkan tiket sekarang juga mana tahu anda juga berpeluang untuk memenangi percutian percuma ke Korea Selatan. Oh ya untuk pengetahuan semua lepas tengok K-POP Dream Concert nanti di Arena of Stars singgah pula ke Genting Theme Park kerana sekarang ni dah ada tarikan terbaru yang disediakan kepada pengunjung iaitu Stinger Hydromagnetic Coster. Wow dengar namanya yang unik tu pun dah menambat hati apatah lagi mencubanya. Untuk pengetahuan semua Stinger ini merupakan Hydromagnetic Coaster pertama dan tertinggi di Malaysia iaitu setinggi 6,118 ft dari paras laut.

WHAT’S THE THRILL?
Combining the thrills of a roller coaster and the fun of a water ride, Stinger is a water slide that defies gravity and promises a splashing good time.
Experience a “magnetic pull” of the ascent; follow by the exhilarating speeds of the downhill drops!


Note: Beware you’ll get wet on this ride.

Janji ya lepas tengok konsert nanti kita main tarikan terbaru ni.. wow tak sabarnya.. !!

Tak lupa juga kepada semua pembaca blog ini… jom lah join juga contest yang sedang dianjurkan oleh Nuffnang .. hadiahnya sangatlah best :-

TWO(2) Rock Zone tickets (worth RM688 each) to the concert on 24 May 2013 (Friday), 8.30pm.

2D1N stay at Awana Hotel (worth RM480) on 24 May 2013 (Friday), breakfast will be provided the next morning.

TWO(2) ALL PARK 1-DAY UNLIMITED RIDE PASS worth RM70 each on 25 May 2013 (Saturday).

untuk maklumat lanjut sila ke : Facebook Nuffnang

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Konsert and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *