Malaysia Boleh – Axiata Cup 2013

Axiata Cup ticket

Tahniah Malaysia atas kejayaan dalam kejohanan peringkat akhir Axiata Cup 2013 selepas menewaskan pasukan Thailand 3-1 di Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur. Walaupun pada mulanya pemain perseorangan wanita (Sonia Cheah) tewas pada perlawanan pertama bersama pemain nombor lapan dunia, Ratchanol Intanon dengan keputusan 16-21 & 17-21.

1-DSC_0113-001

Malaysia bangkit dengan mengumpul mata pada perlawanan bergu campuran, perseorangan lelaki dan bergu lelaki. Huh rasa seriau gak tengok diorang main badminton secara live ni.. selalu kat rumah aku jerit-jerit tapi kali ni aku jerit kawkaw kat dalam stadium pulak haha.. Saat akhir aku dapat tahu yang Dato Lee Chong Wei pun main sekali, perhhh lagi lah bersemangat aku nak pergi tengok live. Apa-apa pun tahniah ye Dato yang baru dapat anak lelaki dua hari lalu.

1-DSC_0164

Dengan kejuaraan di Axiata Cup 2013 ini, Malaysia merangkul kemenangan dengan hadiah wang tunai $US400,000 yang ditawarkan. Huh banyak tuh.. #Tahaniah #Malaysia #Boleh #Axiatacup2013.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir Axiata Cup 2013

Malaysia 3 Thailand 1

Sonia Cheah klh Ratchanok Inthanon 16-21, 17-21

Goh Liu Ying/Chan Peng Soon mn Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam 21-16, 21-15

Lee Chong Wei mn Tanongsak Saensomboonsuk 21-12, 21-18

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Boonsak Ponsana/Songphon Anugritayawon 21-10, 21-17

Sonia Cheah

Dalam pada itu.. sempat gak aku bergambar dengan Sonia Cheah. Syabas Sonia Cheah walaupun kalah tapi saya harap awak terus berusaha untuk memartabatkan nama Malaysia ye..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Malaysia Boleh – Axiata Cup 2013

  1. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anywhere, when i read this
    paragraph i thought i could also create comment due to this
    good paragraph.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *