Orang Kajang Memang Terbaik!

SEOUL KOREA – World Cup Stadium

dalam Percutian oleh

erektilní dysfunkce World Cup Stadium Seoul, Korea

uomo cerca donna Gallarate Tak terlintas dalam fikiran bila sampai ke Korea ni akan singgah ke κρεμα μεγεθυνσησ στηθουσ Seoul World Cup Stadium yang pernah menjadi tuan rumah World Cup pada tahun 2002. Tapi disebabkan ianya dah termasuk dalam Itinerary jadi aku pun on je kira ok lah sekali sekala pergi tempat-tempat macam ni tengok tempat orang pula. Seoul World Cup Stadium terletak di Seoul-si Mapo-gu Seongsan-dong dan bagi mereka yang nak datang sendiri boleh menaiki Subway Line 6 ke World Cup Stadium Station dan keluar di puntu Exit 2 dan terus cari pintu masuk FIFA World Cup Museum. Kalau yang nak menaiki bus pulak boleh ambil bus warna biru nombor 271, 571 atau bus hijau nombor 6715, 7714, 7715 dan bus warna merah bernombor 9711. Harga tiket masuk ke sini murah je cuma 1,000 won (RM3.00) seorang. Kalau rasa tak pasti tempatnya aku dah sediakan Google Map dibawah untuk rujukan. Semoga ianya membantu anda semua.

como endurecer seios
View larger map

Dekat stadium ni ada sebanyak 66,806 tempat duduk biasa, 816 tempat duduk VIP, 754 Press Seats dan Conference Room sebanyak 12 – 29 tempat duduk untuk setiap bilik. Banyak gile kan tempat duduk dia.. ye lah dah nama pun World Cup Stadium mestilah banyak. Bagi pelancong yang minat bola sepak tu boleh lah datang ke sini ye tengok keindahan stadium mereka. Dibahagian bawah Stadium ni ada disediakan FIFA World Cup Museum dimana pelawat boleh lihat sejarah stadium ni, gambar-gambar semasa World Cup 2002, koleksi video, koleksi tiket, koleksi baju pemain dan banyak lagi. Disediakan juga kedai cenderahati untuk pelawat beli sebagai kenangan.

Bestnya pemandu pelancong aku semasa kesini. Dia bagi kita orang masuk kebahagian bilik persalinan pemain. Tempat ni sebenarnya orang ramai tak boleh masuk, tapi pemandu pelancong kami dah deal dengan penjaga stadium ni untuk beri kebenaran kepada kami masuk kejap untuk solat Zohor. Baguslah mereka ni.. walaupun berlainan agama dan bangsa tapi ada segelumat hati dan hormat-menghormati agama lain. Sebab tu aku suka dengan orang-orang Korea ni.. hihi

World Cup Stadium Seoul, Korea

Muka serius je kan haha.. ye la aku bukan seorang peminat bola sepak.. adik aku minat lah si uzair tu.. sampai sini dia je yang terlebih happy haha..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Ini bendera Seoul FC yek?.. ye la kot.. aku bergambar je haha.. kebetulan kami datang dalam tengah hari. Pada waktu petangnya ada perlawanan bola sepak disini FC Seoul lawan apa aku lupa pulak..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Di FIFA World Cup Museum terdapat koleksi tiket semasa Seoul World Cup tahun 2002 dulu.. ada macam-macam koleksi lagi ada..

World Cup Stadium Seoul, Korea

Ini pulak gambar bilik persalinan pemain diorang.. kami dapat masuk sini sebab nak bersembahyang .. kalau orang lain tak dapat masuk.. kat sini bersih je tempat dia dan besar.. agak-agaknya kat Stadium Bukit Jalil macam ni gak ke?.. ntah la aku tak pernah masuk kat Malaysia.

World Cup Stadium Seoul, Korea

Inilah rupa sebenarnya задържане World Cup Stadium. Aku dimaklumkan bahawa bentuk stadium ni direka seperti bentuk layang-layang tradisional Korea jika dilihat dari atas.. Layang-layang Korea berbentuk segiempat dan penduduk Korea percaya bahawa ianya mempunyai unsur-unsur kemenangan dan harapan. Itulah budaya dan semangat orang Korea.

 

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Kembali Ke Atas