SEOUL KOREA – Trick Eye Museum

seoul korea - trick eye museum

Trick Eye Museum salah satu tempat WAJIB bagi pelancong yang datang ke Seoul Korea. Kenapa wajib sebab anda akan fun giler bila ada disini dan boleh bergambar dengan benda dan gambar 3D  yang diluarjangkaan pandangan mata. Di Trick Eye Museum ini sebenarnya kita boleh menguji dan menguatkan lagi otak kita dengan berfikir secara terbalik dan menggunakan keseluruhan daya otak yang berfungsi dalam kepala kita. Perhhh aku sendiri tak paham apa yang aku tulis haha tapi apa yang penting disini memang fun giler… datang jangan tak datang ok..

Seperti biasa aku akan tulis sedikit tips-tips untuk ke Trick Eye Museum ni. Bagi yang datang melalui tour agency korang tak payah la risau bagai. Tapi bagi yang datang sendiri atau backpackers untuk kesini anda boleh menaiki Subway Line 2 Hong-ik Univ. Stn. Exit 9, kemudian pastikan korang keluar di pintu exit kedua (belah kiri). Kalau rasa blur boleh cari alamat ni B 357-1 Seogyo Plaza Seogyo-dong, Mapo-gu, Seoul atau lihat map dibawah.

Trick Eye Museum - map korea

Klik gambar untuk besarkan map

Seoul Trick Eye Museum

Trick Eye Museum ini sebenarnya adalah sebuah muzium interaktif dengan konsep baru yang merangsang kreativiti dan imaginasi otak dengan teknik Trompe-l’eoil (Eye-tricking dalam bahasa French) melalui penglihatan. Dalam gambar yang dipamerkan anda boleh bergambar dan anda sendiri menjadi subjek dalam gambar tersebut.. Melalui gambar-gambar yang dipamerkan sebenarnya dapat membantu kita belajar melalui deria estetik (aesthetic senses) bentuk dan juga merangsang otak. Huhu pening kan?.. kalau tak nak pening-pening datang sendiri dan peningkan kepala huhu..

Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam dan harga masuk kesini cuma 13000 KRW kalau convert dalam ringgit kira-kira RM35.00 rasanya tak mahal kan..? bagi aku tak mahal lah sebab apa yang kita dapat dan kenang dalam hati tak ternilai sebenarnya.. Jom tengok gambar-gambar di Trick Eye Museum ni..

Trick Eye Museum

Ini hanya gambar ilusi je.. aku bukan beli tiket kat sini hihi..

Trick Eye Museum

Aikk main tipu ye… meh tengok kad dia apa..

Trick Eye Museum

Comel je Mona Lisa bila di pum-pum.. gebu sehh..

Trick Eye Museum

Tiba-tiba aku macam gorila besarnya.. mak aku dan alia kecik je kan..

Trick Eye Museum

Ehh badan aku terbelah dua.. haha tapi yang spoil nye.. kaki tu kurus badan aku besar haha..

Trick Eye Museum

Shopping sakan mak aku kat sini haha.. jangan tertipu tu semua dusta belaka haha gambar je tu..

Trick Eye Museum

Mak nanti kita shopping kat Giant je lah kat Korea mahal lah haha..

Trick Eye Museum

Anak buah aku ye ye je tengok.. padahal lukisan kat lantai je

Trick Eye Museum

Besar gedabak.. dah la berat hihi..

Trick Eye Museum

Jemput minum tuanku.. nak sikit air boleh.. haus lah..

1-DSC_0336

Kepak yang tak berapa nak kepak haha.. comel kan aku..

Sebenarnya semua tu gambar je tapi pandaikan mereka lukis bila kita ambil gambar macam kita berada dalam gambar tu sendiri. Itulah namanya Trick Eye.. sangat kreatif. Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk ke Seoul jangan lupa singgah sebentar disini ye.. Terima kasih sebab sudi baca blog ni.. kalau anda rasa blog ini sedikit sebanyak membantu perjalanan anda sila-silalah rajin komen dibawah ye.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to SEOUL KOREA – Trick Eye Museum

  1. hotelbudgetyongpeng says:

    Seriuosly, teringin gila nak pergi Korea~

  2. Mohd Zaid Othman says:

    hihi.. pergi jangan tak pergi hihi.. cari la pakej murah.. atau tunggu Airaisa buat promo..

  3. hotelbudgetyongpeng says:

    In Shaa Allah~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *