SEOUL KOREA – Hotel Sarangbang Yongsan

Hotel Sarangbang Yongsan

Percutian bersama aku dan keluarga telah dirancang dari awal lagi. Hotel dibeli melalui Airasiago.com bersama-sama dengan penerbangan Airasia sekali. Seperti biasa aku kalau pergi melancong ke luar negara hotel bukanlah yang paling penting sebab aku pergi berjalan bukan sekadar nak tidur di hotel sahaja. Jadi untuk percutian ke Korea ni kami pilih hotel murah di sekitar Seoul tetapi lengkap dengan ciri-ciri keselesaan itu sudah memadai bagi kami.

Jika anda seorang backpackers atau inginkan hotel murah di Seoul, aku cadangkan korang tinggal saja di Hotel Sarangbang Yongsan. Hotel ni merupakan hotel bertaraf 2 setengah bintang tetapi lengkap dengan segala kelengkapan dan murah. Ada beberapa rakan aku cakap hotel ni adalah hotel persinggahan anak-anak muda untuk melakukan maksiat sebab murah. Ermmm itu terpulanglah pada persepsi masing-masing tapi bagi aku selama 4 hari aku tinggal disini tak nampak pulak orang buat maksiat.

Hotel Sarangbang Yongsan ini terletak di Yongsan-gu beralamat (Chungpa-dong 1ga 160-1, Yongsan-gu,  Seoul,  Republic Of Korea). Hotel ni agak tersorok sedikit dari jalan raya. Jadi kalau datang kesini pastikan korang tanya orang ramai..

  Rating: 2.5 stars  Chungpa-dong 1ga 160-1 , Yongsan-gu,  Seoul ,  Republic Of Korea   Rating: 2.5 stars  Chungpa-dong 1ga 160-1 , Yongsan-gu,  Seoul ,  Republic Of Korea

Sila klik gambar map tu kalau nak besarkan..

Rasanya dalam banyak-banyak negara yang aku pernah melancong dan dalam banyak-banyak hotel yang pernah aku tinggal. Secara peribadi boleh aku katakan Hotel Sarangbang Yongsan ni boleh diberi sebanyak 5 bintang. Sebabnya.. korang tak perlu lagi bawa sebarang kelengkapan peribadi seperti sabun, ubat gigi, barang mandian, tuala, minyak rambut dan sebagainya sebab kat sini semua ada.. Hotel ni juga dilengkapi dengan Aircond, Lantai pemanas, LCD TV HD (ada lebih kurang 200 channel kot termasuk channel lucah VOD).. dan internet PC serta WiFi percuma 24 jam sehari. Perhh gila kan.. hotel 4-5 bintang yang lain pun belum tentu boleh bagi WiFi dan PC Internet percuma dalam setiap bilik..

Hotel Sarangbang Yongsan

Semua lengkap.. so kalau nak tinggal kat hotel ni tak payah beratkan bagasi korang..

Hotel Sarangbang Yongsan

Semua jenis charger ada.. gila kentang kan.. penat je aku bawak semua charger dari rumah.. rupanya kat sini dah disediakan..

Hotel Sarangbang Yongsan

Cerek air, tuala mandi, baju tidur pun ada..

Hotel Sarangbang Yongsan

Katil yang empuk lagi selesa..

Hotel Sarangbang Yongsan

Dilengkapi dengan bathtub air panas dan sejuk.. huhu..

hair dryer

hair dryer pun ada…

Antara yang menarik lagi dengan hotel ni.. (oppsss ni bukan entry berbayar ok..) tapi aku serius suka gila hotel ni.. hihi sebab tu aku share kat korang.. Ok antara yang menarik lagi.. hotel ni terletak berdekatan dengan tempat-tempat lawatan di Korea dan dekat sangat dengan Keretapi Seoul Station jadi kalau nak bergerak kesana sini tu memang mudah sangat.. Antara tempat pelancongan yang terdekat dengan hotel ni adalah :-

Sookmyung Women’s University – 0.5 km / 0.3 mi
Hyochang Stadium – 1 km / 0.6 mi
Namdaemun – 1.3 km / 0.8 mi
Namdaemun Market – 1.4 km / 0.9 mi
War Memorial of Korea – 1.6 km / 1 mi
Namsan Park – 1.6 km / 1 mi
N Seoul Tower – 1.6 km / 1 mi
Seoul Museum of Art – 1.8 km / 1.1 mi
Yongsan Electronics Market – 1.9 km / 1.2 mi
Deoksugung Palace – 1.9 km / 1.2 mi
Chongdong Theater – 1.9 km / 1.2 mi
Seoul City Hall – 2.1 km / 1.3 mi
Seoul International Finance Center – 2.1 km / 1.3 mi
Lotte Department Store – 2.2 km / 1.4 mi
Myeongdong Cathedral – 2.2 km / 1.4 mi

The nearest airports are:
Seoul (GMP-Gimpo Intl.) – 14.7 km / 9.1 mi
Seoul (ICN-Incheon Intl.) – 47.1 km / 29.3 mi

The preferred airport for Hotel Sarangbang Yongsan is Seoul (ICN-Incheon Intl.).

Kira semua lengkaplah.. memang tak sia-sia aku sewa hotel ni 4 malam.. harga pun murah giler.. jadi kalau ke Seoul Korea dan rasa-rasa nak cari hotel murah aku memang cadangkan korang tinggal je kat sini.. berbaloi..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Percutian and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

14 Responses to SEOUL KOREA – Hotel Sarangbang Yongsan

  1. Datin Tyka says:

    nak ole-olenfuhh gila best ada komputer.. canggih gila dorang ni

  2. donnyien says:

    selamat bercuti.. x pernah lagi gi korea ni, mudah2an 1 hari nt

  3. kak ina kl says:

    wow bestnya..betul tu klu jejalan jejauh tak yah ambik hotel mahal sbb ashik keluar jejalan kan

  4. Norfanil says:

    terbaik.. kemudahan kat korea memang superb.. hostel pun dah macam hotel.. tapi yang tak best.. nak masuk toilet kene bawak air sendiri.. hehehe

  5. Mohd Zaid Othman says:

    hihi.. memang best tyka.. zaid mmg suka kalau hotel ada wifi atau desktop pc.. senang nak update blog ke update fb ke kan..

  6. Mohd Zaid Othman says:

    ya moga2 ada rezeki awak tu nanti..

  7. Mohd Zaid Othman says:

    betul tu kak.. kalau tinggal hotel mahal2 pun bukan nak duduk kat hotel je.. 🙂

  8. Mohd Zaid Othman says:

    betul tu.. pasal toilet tu memang fail lah.. selalu kena bawa botol kosong bila masuk tandas.. isi air siap2 pastu baru melepas hihi..

  9. coretanhati says:

    menarik la.. harap suatu hari nanti blh pergi..njemput-jemputla ke blog saya…http://coretanhatinj.blogspot.com/

  10. Mohd Zaid Othman says:

    memang menarik tempat orang.. tapi tempat sendiri lagi menarik hihi..

  11. Mohd Zaid Othman says:

    terima kasih ya sudi berkunjung ke blog saya 🙂

  12. scha says:

    salam… sy tengah survey2 psl trip ke korea, terjumpa blog ni.. byk info yg berguna kat sini.. nak tanya klu kat hotel ni senang tak nak dapat public transport?

  13. Alia Hassan says:

    Assalamualaikum. Boleh saya tahu rate utk satu malam berapa?

  14. syiem says:

    Salam..hi..sy akn ke korea soon dlm 20hb oct ni..n sy ada booked utk hotel ni..just nk tny..ada 1 of dia pny syarat ” to give an cash/credit deposit ” bila check in nanti…n1) kalau kita dah buat full payment is we still need to pay utk deposit tu?n2) brpa slalu dorng charge utk cash dwposit tu?..nThanx klau dpt reply sy..tq so much..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *