Kemalangan Di Pagi Jumaat

1-IMG_0255Semalam aku kemalangan motor lagi. Tapi tak lah serius mana pun hanya luka kecil di tangan je. Susahkan jadi pemandu motorsikal ni. Jalan berhati hati mana pun kalau nak kemalangan jadi juga.

Pagi semalam hari hujan jadi jalan pun agak licin. Tambah pula kereta banyak dari pagi. Paling aku bengang sekali kalau ada kereta yang nak memotong tak bagi lampu signal. Main potong je tak lah dia tengok kiri kanan. Sekali tiba-tiba kereta tu memotong aku pulak tengah memecut. Apa lagi dia pun langgar aku dari tepi. Nasib baik aku sempat slow kan motor dan aku terus terjatuh atas jalan raya yang basah dek kerana hujan lebat.

Mujur juga ada kereta polis yang datang bantu aku. Maklumlah bila dah kemalangan aku terus jadi blur jap tak tau nak buat apa. Abang polis tu lah yang tolong angkat motor aku ke tepi jalan. Orang yang langgar aku tu orang cina mungkin dia nak cepat kot. Si pelanggar tu ketepikan kereta dia dan datang kat aku. Bukan nak tanya aku ok ke tak dia terus hulur RM100. Cehh tak berbaloi tul dah la motor aku rosak teruk dengan tangan luka-luka lagi

Tak pe lah dah malang tak berbau nak buat macam mana kan. Aku pun nak cepat gak jadi aku ambik je duit yang dia bagi tu untuk repair motor nanti.

Masuk ni dah 2 kali aku kemalangan motorsikal yang kali pertama tu agak teruk nasib baik kali ni luka kecik je. Tension lah dengan pemandu kereta yang tak berhemah tu. Beli kereta mahal-mahal pun tak guna kalau tak nak memotong tak pandang cermin sisi dan bagi lampu signal. Nasib baik jalan tengah jam waktu tu, cuba kalau jalan tengah lengang time aku terjatuh tu ada pula kereta yang laju tak pasal-pasal innalillah kat situ gak.

Aku harap sangat pada semua pemandu kereta dan motor sentiasalah berhati-hati. Kalau nak memotong tu sila lah bagi lampu signal. Bukan kena bayar pun nak bagi lampu tu.

Start hari ni aku dah fobia nak bawa motor jadi sekarang pergi mana-mana kenalah bawa kereta meredah jalan sesak kat KL ni.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kemalangan Di Pagi Jumaat

  1. hasmardy says:

    Semoga cepat sembuh

  2. I’m impressed, I must say. Rarely do I encounter a blog that’s
    both equally educative and entertaining, and let me tell you, you’ve hit the
    nail on the head. The problem is something which not enough folks
    are speaking intelligently about. I am very happy I came across this in my search for something relating
    to this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *