Dulu Menyampah Sekarang Suka

Shae7-1024x1024Actually bukan pekara besar pun.. cuma aku nak cakap dulu aku kemain menyampah dengan lagu Shae Sayang tu.. tak tau kenapa mungkin sebab aku belum pernah tengok muka penyanyi tu kot dan kali pertama aku dengar lagu ni masa kat kedai mamak, adalah sekumpulan budak-budak “Punk” pasang lagu ni berulang kali kat hand phone diorang. Memula tu rasa jijik pulak tengok muka ganaz tapi dengar lagu jiwang..

OK! hari ni dari perasaan tak suka terhadap lagu Shae – Sayang tu aku dah jatuh cinta pulak dengan melodi catchy lagu ni. Tak tau la pulak kenapa tetiba terjiwang karat pulak kan.. Aku suka lagu ni pun lepas aku tengok wajah penyanyi asal Shae tu.. nasib baik cantik dan gebu haha.. jangan marah ye.. so apa tunggu lagi jom karok lagu ni ramai-ramai..

Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething adalah seorang gadis anggun dan mempunyai darah kacukan Australia-Riau. Bakatnya dalam bidang nyanyian dan juga mempunyai kemahiran menari yang tersendiri telah memikat hati pemain drum Winner Band sehinggalah terhasilnya album sulung Shae yang mempunyai 8 buah laguĀ  – Info : Ohbulan.com

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Album Lirik Video and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *