Orang Kajang Memang Terbaik!

Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 – AIFFA 2013

dalam Macam-Macam oleh

1-IMG_1604

Satu penghormatan kepada penggiat filem tanahair dan antarabangsa apabila Malaysia diberi peluang menjadi tuan rumah dalam acara berprestij come ingrandire il glande Anugerah Dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013  (AIFFA 2013). Ianya bakal diadakan di ibukota Kuching, Sarawak pada Mac 28 hingga 30, 2013 selain memberi ruang kerjasama penggiat filem dari ASEAN, Bollywood dan Hollywood berkolaborasi kemahiran mereka di dalam industri perfileman.

Festival ini bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan serta mewujudkan ruang untuk semua penggiat filem ASEAN serta rakan-rakan Hollywood dan Bollywood untuk bertemu dan mengeratkan rangkaian dengan satu sama lain. Acara itu akan mengetengahkan Sarawak dan Malaysia sebagai destinasi unik untuk penggiat filem bagi lokasi penggambaran filem mereka.

Selain itu, AIFFA 2013 menyediakan platform yang kukuh bagi menjana ekonomi dan ini boleh dilihat dari usaha kesedaran dan promosi agresif di kalangan penggiat filem tempatan dan antarabangsa untuk memilih Sarawak sebagai lokasi penggambaran filem mereka.

Menurut Livan Tajang, Pengarah Festival AIFFA 2013, acara itu bukan sahaja mewujudkan kerjasama dan kolaborasi antara penggiat filem, tetapi memberi pengiktirafan kepada filem-filem dengan pencapaian cemerlang di peringkat ASEAN.

 “Kami berharap mereka yang terlibat di dalam industri perfileman akan mendapat manfaat daripada festival ini melalui acara – acara yang telah diaturkan sepanjang festival. Oleh itu, acara tiga hari termasuk rentetan aktiviti yang akan membolehkan peminat filem tempatan kita untuk mempelajari seni perfileman melalui penyertaan dan interaksi dengan penggiat filem dari pelbagai peringkat” katanya.

AIFFA 2013 diendors oleh Kementerian Pelancongan Sarawak dan disokong sepenuhnya oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia (Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia), serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Bukan sahaja negara-negara ASEAN, tetapi penggiat seni tempatan juga disyorkan untuk mengamati keunikan negeri Sarawak itu sendiri. Walaupun Sarawak kekurangan pendedahan dalam industri filem, namun ia mempunyai begitu banyak lokasi dan budaya yang boleh diketengahkan. Kami berhasrat untuk membuat AIFFA 2013 sebagai platform pelancongan dan diiktiraf sebagai hab bagi industri perfileman untuk berkembang maju ke hadapan. Oleh itu, kita bekerja rapat dengan penggiat  industry filem  termasuk FINAS untuk memartabatkan acara itu ke tahap yang lebih tinggi, “kata Livan.

Selain dari FINAS dan organisasi filem ASEAN yang lain, Steven Bernard, seorang  perunding  berpengalaman dari Hollywood akan bekerjasama  dengan AIFFA 2013 untuk membantu dalam memastikan acara ini setanding dengan festival filem antarabangsa yang lain.

AIFFA 2013 melibatkan seminar dan pameran untuk penggiat filem yang mempunyai  latar belakang yang luas dalam industri filem. Antara yang dijemput untuk memberi taklimat  tentang pembuatan filem adalah seperti produser terkenal Greg Levinsohn, yang telah dicalonkan untuk anugerah Oscar bagi  kerja-kerja beliau seperti Saving Private Ryan. Antara karya beliau yang lain adalah The Patriot, Snakes on a Plane dan banyak lagi.

Produser Hollywood seperti Kymber Lim yang telah menghasilkan filem-filem terkemuka  seperti Tron: Legacy, 2012, Spider-Man2 dan juga Christopher Chen, produser  untuk Iron Man-2, Harry Potter dan Deathly Hollows akan hadir untuk berkongsi kemahiran mereka semasa AIFFA 2013 .

1-IMG_1623

FINAS serta penganjur AIFFA 2013 menggalakkan penglibatan penggiat filem tempatan dengan melancarkan AIFFA 2013 semasa pelancaran media. Feature films yang telah dihasilkan dan siap antara 1 Januari, 2012 dan 1 Februari, 2013 layak untuk dicalonkan.

Selain dari pencalonan filem, AIFFA 2013 juga telah melancarkan pertandingan filem pendek pada bulan Julai 2012 dan maklumat lanjut  mengenai AIFFA 2013 boleh didapati di laman web : www.aseanfilmfest.com. Pertandingan filem pendek dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pertandingan filem pendek disediakan khusus kepada pelajar dan terbuka kepada orang awam. Bertemakan ‘Naturally Beautiful ASEAN’, pertandingan untuk Feature film dan filem pendek hendaklah menggabungkan elemen yang berkaitan dengan ASEAN.

Acara 3-hari merangkumi pelbagai aktiviti, salah satu adalah tayangan filem “Movies in the Rainforest” pada 28 Mac 2013. Majlis itu akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak dan peminat akan mendapat pengalaman yang berlainan dimana penayangan filem tersebut yang terletak di tengah-tengah hutan hujan yang menawan. Selain daripada itu, pengunjung akan berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penggiat industri filem dari segenap rantau Asia.

Hari kedua (29 Mac, 2013) akan melihat rentetan peristiwa seperti seminar dan pameran di mana gabungan usahasama dari pihak studio, produser, pengarah, pengurus lokasi dan ramai lagi akan hadir untuk berkongsi pandangan mengenai pembuatan dan pengeluaran filem. Seminar ini terbuka kepada para perwakilan dan pameran dibuka kepada orang awam.

Kemuncak acara akan berlangsung di ‘Gala Nite’ pada 30 Mac, 2013 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Bertemakan ‘Black & White Borneo’, ianya merupakan majlis karpet merah yang berprestij dan penuh glamor.  Penyampaian anugerah akan berlangsung pada malam tersebut  dan banyak acara gilang gemilang dan penuh dengan debaran bagi filem-filem yang tercalon.

Aktiviti-aktiviti yang diketengahkan daripada AIFFA 2013 termasuk:

homme cherche femme a Garges-lès-Gonesse March 28, 2013 : Welcoming Dinner and ‘Movies in the Rainforest’ at Sarawak Cultural Village

kvinne søker kvinne i Sandnessjøen March 29 & 30, 2013 : Karnival Rakyat at Kuching Waterfront

March 29 & 30, 2013 : Film Exhibition & Seminar at Pullman Hotel, Kuching

March 30, 2013 : Golfing with the Stars in Borneo at Kelab Golf Sarawak

March 30, 2013 : Gala Night at Borneo Convention Centre Kuching

 

gemiddelde lengte van een man PRELUDE EVENTS FOR 2012

OFFICIAL LAUNCH OF AIFFA 2013
May 25, 2012
Guest of Honour: YB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Minister of Tourism Sarawak

SHORT FILM COMPETITION LAUNCH
July 11, 2012
Guest of Honour: YB Datuk Gramong Juna, Assistant Minister of Tourism Sarawak
Special guest: Mr Brian Tan

WAYANG PACAK WATERFRONT
September 14-16, 2012
Special guests: Sharifah Amarni, Bjarne Wong

FILM WORKSHOP SERIES
Visual Storytelling by Yasu Tanaka
October 20, 2012

PASSAGE TO MUMBAI
October 22-25, 2012
AIFFA2013 delegation and local film producers attend the Mumbai Film Festival.
Delegation headed by YB Datuk Amar Abang Johari, Minister of Tourism Sarawak

FILM APPRECIATION WORKSHOP BY FINAS
November 2, 2012

DOCUMENTARY FILM PRODUCTION WORKSHOP BY FINAS
November 26-30, 2012

como aser creser el pene naturalmente VISIT TO ASEAN EMBASSIES IN KUALA LUMPUR

AIFFA 2013 PROMOTIONAL ROADSHOWS
Jakarta, Indonesia
(December 11-13, 2012)

Kuala Lumpur, Malaysia
(December 28, 2012)

Singapore
Manila, Philippines
Bangkok, Thailand

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*

Terbaru dari

Placeholder

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan
Kembali Ke Atas