Google Zeitgeist 2012 – Search Trends Malaysia

Tadi usha-usha blog dan sesaja tengok Google Zeitgeist 2012 diorang dah update ke belum. Rupanya dah updated senarai Search Trends Malaysia. Wah-wah banyak juga carian yang dibuat oleh orang Malaysia kat Google ni ye.. Aku sendiri pun 100% kalau nak cari sesuatu bahan tu akan search kat Google. Mari kita lihat senarai Search Trends Malaysia kat bawah ni.. kalau tak boleh klik link Google Zeitgeist 2012.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.37 AM

Untuk Trending Search 2012 top 1 orang Malaysia search katanama SAPS. Tak silap aku SAPS ni adalah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Yelah masa aku sekolah dulu mana ada sistem semak keputusan peperiksaan macam ni kan. Mungkin ramai ibu-bapa dan pelajar lebih gemar semak secara online je sekarang ni. Rotikaya mendapat tangga ke 7 dalam carian ini menunjukkan Rotikaya banyak menyampaikan sumber berita artis terkini dan sensasi untuk pembaca.

Screen Shot 2012-12-19 at 12.47.52 AM

Trending People – Shila Amzah mendapat carian tertinggi bagi orang Malaysia. Ini mungkin atas kemenangannya tempoh hari di Asian Wave. Diikuti dengan Allahyarham Izwan Pilus, Uncle Seekers dan Ustaz Azhar Idrus. Amboi kenapa UAI tak dapat nombor 1 kan..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.48.03 AM

Trending Songs – Seperti semua dah tahu mesti PSY akan dapat carian tertinggi dengan lagunya Oppa Gangnam Style tu. Malas nak cerita pasal dia sebab aku lebih suka carian dari anak Malaysia. Anak Kampung – Jimmy Palikat mendapat carian no 2. Tahniah.. Tak sangka Ainan Tasneem pun masuk dalam carta. Tahniah..

Berikut adalah carian untuk TV Shows, Athletes, Sports Teams, What is.., Trevel Destinations, Image Search, Food & Drinks, Fashions Labels, Smartphones, Car Models dan Blog. So kalau nak full detail leh tengok kat sini Google Zeitgeist 2012. Tahniah kepada abang nara kita dengan blognya BeautifulNara.com mendapat carian tertinggi dalam kategori blog 🙂 cayalah abang nara.. nanti nak minta belanje pizza bleh hihi..

Screen Shot 2012-12-19 at 12.59.46 AMScreen Shot 2012-12-19 at 1.00.22 AM

 

 

 

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *