Santa Claus Is Coming

20121217-205858.jpg

Ho..ho..ho… Apahal tetiba cerita pasal Santa pulak ni kan.. Haha bukan apa petang tadi kat office aku ada buat majlis pre sambutan x-mas. Memang tiap-tiap perayaan kat company tempat aku kerja ni ada buat something istimewa. Tahun ni banyak pula yang si santa ni bawak. Kalau tak tu tiap tahun melopong je tengok orang lain dapat.

Orang cakap kalau dah rezeki tu ambik je la kan.. Sebab bukan aku sorang yang dapat handphone rasanya dekat 300 hp yang company aku bagi kat staff dia… FYI ni pun bukan handphone baru.. Tapi hp recycle atau lebih dikenali handphone 2nd hand je. Sebab sekarang semua staff dah pakai blackberry jadi hp lama ni diorang buat jadikan hadiah.

20121217-210218.jpg

Aku dapat Nokia N77, sekarang kalau nak tolak kat kedai pun tak laku rasanya. Haha.. Aku pun tak berminat untuk jual, ingat nak bagi keluarga je la mana yang hp diorang rosak nanti boleh la pakai hp ni untuk sementara kan..

Apa-apa pun thanks lah kat pengurusan office ni sebab sudi sedekah hp kat staff.. Harap tahun depan boleh bagi iPad mini ke iPad 4 ke iPhone 5 ke kan lagi best hihi..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Kerja and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *