Cara Install WordPress Plugin : NuffnangX Conversations

Salam semua. Mungkin dah ada yang tahu sekarang ni Nuffnangx sudah ada plugin sendiri untuk WordPress Self Hosting. Bagi yang masih yang tak tahu boleh usha entry ini WordPress Plugin : NuffnangX Conversations. Hari ini aku nak tunjukkan cara bagaimana untuk download dan upload dalam bahagian plugin di WordPress anda.

1. Login WordPress Self Hosting anda. Masukkan username dan password admin.

wordpress admin login screen demo

2. Pergi ke bahagian Plugins di side bar bahagian kiri WP anda dan pilih Add New.

plugins screen wordpress add new

3. Pada bahagian Install Plugins masukkan katanama (Nuffnangx Conversations) atau (Nuffnangx) pada kotak search plugins.

Screen Shot 2012-12-16 at 5.15.21 PM

4. Pilih Plugin Nuffnangx Conversations 1.0.0 dan klik Install Now untuk memuat naik di WordPress anda.

install wp nuffnangx plugin

5. Seterusnya selepas install berjaya, anda akan diminta untuk memasukkan API Code Nuffnangx. Code API ini diberikan percuma. Jadi anda perlu masuk ke laman web Nuffnangx untuk dapatkan kod API tersebut. Sebelum itu mari lihat paparan sebenar plugin Nuffnangx Conversations ini. Anda boleh pergi ke bahagian Comments dan pilih Nuffnangx.

screen nuffnangx plugin

6 . Melalui gambar rajah diatas dapat dilihat bahawa Plugin Nuffnangx Conversations 1.0.0 ini memerlukan API Key untuk beroperasi. Jadi ikut langkah dibawah untuk dapatkan API key tersebut. Harap maklum API Key ini adalah percuma dan nombor yang diberikan adalah unique code. Jadi pastikan anda copy code didalam Nuffnangx anda sahaja ye.. caranya seperti berikut :-

i ) Masuk laman Nuffnangx disini. http://www.nuffnangx.com kemudian pergi ke bahagian MY BLOGS – VIEW CODE

Screen Shot 2012-12-16 at 5.37.13 PM

ii ) Pada bahagian seterusnya adalah paparan muka untuk dapatkan code Native Javascript dan WordPress Plugin. Jadi pilih WordPress Plugin. Scroll kebawah dan pergi ke nombor 3.

Screen Shot 2012-12-16 at 5.40.16 PM

iii ) Di nombor 3, API Key untuk blog anda akan dipaparkan jadi copy API key tersebut dan masukkan ke dalam plugin wordpress anda.

Screen Shot 2012-12-16 at 5.44.05 PM

7. Copy API Key seperti gambar rajah diatas dan masukkan ke dalam kotak di Plugin WordPress.

8. Selesai masuk API key, anda boleh pergi ke Auto Synchronize NuffnangX Conversations to WordPress dan pastikan ianya di Enable. Kemudian klik Sync.

9. Salah satu fungsi baru yang paling aku suka adalah Export your WordPress comments to NuffnangX Conversations. Fungsi ini membolehkan anda mengexport kesemua komen sedia ada ke dalam Nuffnangx. Best kan.. aku pun dah export semua komen aku.. tapi benda ni ambil masa sikit untuk di synchronize ye la kalau banyak komen lagi lambat la sistem nak transfer.

Screen Shot 2012-12-16 at 5.51.07 PM

10. Itu je caranya.. mudah je kan.. kalau tak faham boleh masuk website Nuffnangx dan tanya pada Helpdesk mereka 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Cara Install WordPress Plugin : NuffnangX Conversations

  1. Shahzeeq Shahren says:

    Heheh tu la

  2. Shahzeeq Shahren says:

    Heheh tu la

  3. Shahzeeq Shahren says:

    Bro, cuba usha my blog dia tak keluar kan? I dah remove javascript dah bro

  4. Shahzeeq Shahren says:

    Bro, cuba usha my blog dia tak keluar kan? I dah remove javascript dah bro

  5. Mohd Zaid Othman says:

    bro blog themodernfit.com ke? zaid tengok ada je nuffnangx conversations tu. tapi dia lambat keluar..

  6. Mohd Zaid Othman says:

    bro blog themodernfit.com ke? zaid tengok ada je nuffnangx conversations tu. tapi dia lambat keluar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *