Tips Elak Bau Busuk

20121120-175441.jpg

Tengah hari tadi aku pergi servis kereta kat Proton sebab kereta aku dah nazak giler. Dalam duk menunggu tu tangki pundi ni asik nak terkencing je. Jadi aku pun pinjam lah tandas diorang. Tengok dalam tandas ada satu balang arang. Of koss la aku pelik apasal pi letak arang dalam tandas.

So atas rasa ingin tahu sebab aku memang tak tahu. Aku pun tanya la kat tokei kedai ni apasal dia pi letak arang dalam tandas.

Dia pun cakap dia letak arang sebab nak hilangkan bau hancing kencing orang. Ohh ye tak ye kan petua orang dulu pun ada cakap kalau nak hilangkan bau busuk boleh letak arang.

Nanti nak cuba lah letak arang dalam kereta sebab kereta aku sekarang penuh dengan bau durian. Maklumlah sekarang suka sangat buat Durian Crepe haha.

So tips nya kalau nak hilangkan bau busuk boleh try letakkan arang. Sebab arang ni meresap wap dan udara. Mana ada bau bau busuk tu dia akan sedut. Try jangan tak try oke..

Ps: Jangan pula gunakan balik arang tu untuk buat ikan bakar ye.. Sungguh tak sopan..

20121120-175620.jpg

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Tips and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Tips Elak Bau Busuk

  1. Hello there I am so grateful I found your blog, I really found you
    by mistake, while I was researching on Askjeeve for something
    else, Anyhow I am here now and would just like to say thanks for
    a incredible post and a all round thrilling
    blog (I also love the theme/design), I don’t have time to read it all at
    the minute but I have saved it and also added your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the great job.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *