Cara Buat Durian Crepe & Resepi

Sekarang ni kan sana-sini tengok blog tengok facebook tengok twitter diorang semua update padal Durian Crepe ni.. memula dulu rasa pelik gak apa bendalah makanan crepe crepe ni.. sebab sekarang dah jadi fenomena pasal Durian Crepe. Lagilah sekarang musim durian gugur so resepi terbaru tu jadi bualan hangat semua orang. Okey whatever lah orang nak cakap apa pasal Durian Crepe ni sebab hari ni aku dan mak aku nak cuba sendiri buat Durian Crepe air tangan kami berdua haha.. sebelum korang baca dengan lebih lanjut aku nak cakap awal-awal.. yang kami ni bukanlah chef profesional jadi Durian Crepe ni ala-ala syok sendiri orang cakap 😛 tapi jangan cuba-cuba nak perlekehkan rasanya.. mau cuba meh la datang rumah.. ni pakai durian kampung terbaik tau..

“Don’t judge my Durian Crepe by its appearance..”

Okey bahan-bahan yang kami gunakan dalam pembuatan Durian Crepe ini adalah seperti berikut :-


Bahan-bahan :-

  • 250 gram Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa.. aku guna warna kuning telur dan hijau apple)
  • Satu botol kecil Whipped Cream – Boleh dapatkan kat Giant dan Tesco berhampiran
  • Aiskrim vanilla (bahan sampingan)

 

Bahan yang paling penting sudah tentulah Raja Buah iaitu durian. Tak kesah kot nak pakai durian apa D24 pun sedap.. ini aku pakai durian yang gugur belakang rumah.. syok kan belakang rumah ada dusun durian hehe..

Cara-cara:-

  • Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas besar.
  • Kemudian blander dan tapis bahan-bahan tersebut menjadi cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapis
  • Panaskan kuali leper/pan. Kalau orang kaya boleh beli pan yang tak melekat. (harap maklum rumah aku tak ada kuali leper jadi cara alternatifnya guna je kuali bulat kat rumah tu. Jangan letak minyak.. nak seribu daya tak nak seribu dalih)
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe, letak kat pinggan sehingga sejuk
  • Ingat Crepe yang telah sejuk tak perlu diterbalikkan.
  • Kemudian letak Whipped Cream diikuti dengan durian segar (pastikan durian telah dilenyek)
  • Lipat 4 pada crepe tersebut.
  • Tadaaa.. sudah siap..

Tengok gambar kat bawah ini untuk cara-cara pembuatan Durian Crepe.

Masukkan tepung gandum kedalam bekas adunan..

Masukkan dua biji telur

Masukkan 500ML santan dan 100ML air biasa

Masukkan 1/2 sudu teh garam dan kacau..

Masukkan adunan dalam blander dan bland sampai lumat. Kemudian tapis adunan takut tepung tak betul-betul lumat dan berketul.

Kemudian masukkan satu sudu teh pewarna. Abaikan senduk dalam gambar tu..

Cara-cara nak masak Crepe :-

Panaskan kuali/pan leper (cara alternatif guna je kuali bulat kalau tak ada kuali leper). Tuangkan satu senduk adunan dalam kuali.

Kemaskan crepe dengan mengangkat kuali tadi.. buat sampai nampak crepe berbentuk bulat.

Setelah crepe tadi masak, letakkan atas plate leper dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian letak sedikit Whipped Cream.. macam aku tak suka letak banyak-banyak Whipped Cream ni.. so ikut la korang nak letak berapa banyak.

Kemudian letakkan buah durian atas cream tadi.. ikutlah nak letak banyak mana.. disebabkan belakang rumah banyak durian jadi kami letak banyak skit.. hehe..

Kemudian lipat crepe macam gambar kat atas.. lipat 4..

Tadddaaa… sudah siap…

Cadangan aku letak Durian Crepe dalam peti sejuk selama sejam dulu kemudian hidangkan dengan Aiskrim vanilla. Memang sedap dan terbaikkk…

Ini pula Durian Crepe warna hijau.. letak pewarna hijau apple..

So amacam? ok tak? haha inilah dia Durian Crepe yang menjadi fenomena tuh.. sekali cuba rasa nak buat lagi je.. so aku nak cakap sekali lagi aku dan mak aku bukanlah chef profesional jadi kalau masuk masterchef tu bahagian persembahan dah kena tolak markah haha.. tapi bab rasa.. korang rasalah sendiri.. memang ummppphhhh terbaik dari ladang..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Cara Buat Durian Crepe & Resepi

  1. sensasi2020 says:

    Wow..sedap tu, tapi belum rasai lagi, nak buat spt saudara buat di atas tidak ada masa, mungkin lain kali aje. Durian skrg ni harganya mahal, berapa kosnya tu?

  2. Waney Redza says:

    Sumpah sedapp!! Nak try ar nanti.

  3. sharinginfoz says:

    tak pernah cuba benda alah ni, rasanya kat luar ada jual RM10 untuk 4 or 6 biji durian crepe

  4. KY says:

    wah, pro! nampak sedap

  5. mrs mikko says:

    mesti cuba ni..
    tiru resepi! hihih..

  6. Amirez says:

    setakat ni belum ada rezeki nak merasa. asyik sold out je. kat belakang rumah takde lagi durian gugur…

  7. aien says:

    nk try r pas ni. Kt lua mahal gak, 5 keping rm12. . . Huhuhu

  8. cyda yusof says:

    owhhh, sedapnye!!!!

  9. Mohd Zaid says:

    sensasi2020 > durian tu free je sebab gugur belakar rumah.. barang2 lain tu dalam rm50

  10. Mohd Zaid says:

    Waney Redza > mesti cuba tau.. kalau dapat durian D24 lagi best..

  11. Mohd Zaid says:

    sharinginfoz > dah ramai orang jual Durian Crepe ni bro.. tapi buat sendiri lagi puas hati hehe

  12. Mohd Zaid says:

    KY > haha belum pro lagi bro.. u caba lah buat.. mesti sedap hehe

  13. Mohd Zaid says:

    mrs mikko > cubalah.. alahai saya pun ambil resepi dari google..

  14. Mohd Zaid says:

    Amirez > rasanya dah ramai jual..

  15. Mohd Zaid says:

    aien > buat sendiri je.. lagi puas hati..

  16. Mohd Zaid says:

    cyda yusof > cuba jangan tak cuba..

  17. bella shukni says:

    siyes sedap tbaek punyer durian crepe ni ktew dh ase..kitew bli kt klcc bwu jerk buka 6 bijik 10 hnggit mahal glerw

  18. sue says:

    mesti sedap giler durian creepe nien

  19. Anonymous says:

    nmpak senang n faham tgok cara buat cam ni….step by step..n

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *