Klinik Kesihatan Kerajaan

20121119-183255.jpg

Sekarang doktor sah kan aku penghidap penyakit darah tinggi. Mulai hari ini aku kena kawal pemakanan aku dan mulakan senaman. Nak suruh bersenam tu la yang paling susah aku nak buat. Tapi nak tak nak aku kena juga buat demi nak menjaga kesihatan yang semakin meruncing ni.

Setelah dapat surat rujukan dari doktor Hospital Kajang aku disaran untuk buat pemeriksaan kesihatan berkala di Klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran. Hari ini aku mengambil sedikit masa untuk pergi buat chek-up.

Seminggu yang lepas, lepas balik dari Indonesia, darah tinggi aku naik sampai 180/110 tu dah kira kritital dah. Sebab tu hari tu aku masuk wad kecemasan dan dimasukkan air sampai 2 botol. Lepas makan ubat selama seminggu kini BP aku dah turun dan pagi tadi aku check dah 130/80. Kira ok la kot bacaan tu tapi tu sebab makan ubat yang doktor bagi.

Bagus juga ada klinik kesihatan berdekatan rumah ni. Esok aku kena pergi lagi untuk ambil darah pulak untuk check samaada ada penyakit lain seperti buah pinggang, kencing manis dsb.

Harap pemeriksaan kali kedua nanti ok la semuanya. Masa pemeriksaan doktor ada tanya ada tak ahli keluarga lain yang ada penyakit darah tinggi atau pernah mengalami stroke. Memang ada pun, mak aku ada darah tinggi dan abah aku dulu pernah mengalami stroke. Doktor cakap mungkin aku ada keturunan yang ada penyakit ni sebab tu aku pun berisiko dapat darah tinggi.

Start esok doktor suruh aku makan ubat darah tinggi dan pergi ke farmasi atau klinik berhampiran untuk ambil bacaan BP setiap selang 2 hari. Iyaa aku akan makan ubat dengan berhemah dan amalkan pemakanan sihat lepas ni.

Tak nak nanti dah tua baru nak mencegah. Kesempatan ini aku nak komen sikit tentang perkhidmatan di Klinik Kesihatan BT9 Cheras ni. Doktornya memang baik dan profesional tapi system nombor gilirannya agak rumit sikit dan lambat. Kerusi duduk pun agak kurang, kesian kat pakcik makcik yang datang terpaksa berdiri sampai 2-3 jam. Diharap pihak yang berkenaan dapat perbaiki sistem dan keselesaan pesakit yang datang lepas ni. Yang lain-lain ok terbaikkk..

20121119-183332.jpg

Ps: orang lain semua dapat kertas putih. Aku je doktor bagi kertas merah. Macam serius je penyakit aku ni.. 🙁

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Klinik Kesihatan Kerajaan

  1. Hi there very cool website!! Guy .. Beautiful ..
    Wonderful .. I will bookmark your site and take the feeds additionally?
    I am happy to search out numerous useful info right here within the publish,
    we want work out extra techniques on this regard, thank you for sharing.
    . . . . .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *