Cantiknya Tulisan Doktor..

Hari tu masa masuk wad kecemasan sebab BP aku tinggi aku dinasihatkan oleh doktor Hospital Kajang untuk buat medical check-up kat Klinik Kesihatan berhampiran. InsyaAllah esok aku akan ke klinik kesihatan dekat dengan kawasan rumah aku ni untuk buat pemeriksaan lanjutan. So lepas ni kena maintainlah makan ubat yang doktor bagi. Kalau tak makin melarat pula sakitnya nanti.

Gambar kat atas tu adalah surat rujukan dari Hospital Kajang untuk aku serahkan di Klinik Kesihatan esok… amboi cantik betul tulisan doktor ni kan.. rasanya mejoriti tulisan doktor memang macam ni kan? memang susah nak paham dan berbelit-belit… hanya doktor sama doktor je faham kot.

Tak salahkan doktor juga tulisan diorang macam ni sebab kerja dia bukan nak menulis cantik-cantik. Lagipun dalam sehari berapa ramai pesakit dia nak jumpa dan nak buat report kat pesakit-pesakit tu. Cuma aku takut kalau orang yang baca surat tu nanti tak paham tulisan doktor mau tersalah bagi ubat pula nanti haha..

Rasanya doktor-doktor kat Malaysia ni semuanya profesional jadi aku tak risaulah pasal tulisan tu.. kalau boleh harap cantikkan sikit tulisan, pesakit pun nak tahu juga apa yang ditulis.. ye dak.. 🙂

Bila Google tulisan doktor tengok ada info grafik macam kat gambar tu.. nasib baiklah doktor yang tulis surat rujukan untuk aku tu cantik sikit.. kalau dia tulis macam dalam infografik tu lagilah aku tak paham.. haha.. apa-apa pun esok aku akan ke Klinik Kesihatan.. harap tak ada berita yang buruklah aku dapat esok.. doakan kesihatan aku bertambah baik ye.. 🙂

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *