Pertama Kali Masuk Hospital

Isnin lepas sampai je ke Malaysia selepas percutian singkat ke Semarang Indonesia, aku terus ke hospital kajang untuk dapatkan rawatan berkenaan keracunan makanan yang menyebabkan aku mengalami cirit birit yang serius.

Ini merupakan kali pertama aku pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Selalu pergi klinik panel je. Tapi disebabkan terlalu sakit terus lah ke hospital saja. Pergi sana asalnya nak minta ubat cirit birit tapi lepas diperiksa oleh doktor bertauliah aku diberitahu yang darah tinggi aku naik dan keadaan serius.

Dalam usia 28 tahun ni memang pelik kalau ada darah tinggi yang serius. Jadi doktor terus tahan aku masuk wad kecemasan untuk rawatan susulan. Masuk wad kecemasan memang buat aku seriau. Yelah macam-macam ragam manusia boleh kita lihat kat sini yang bermacam-macam penyakit yang dihidap.

Berbalik pada cerita aku, aku disahkan mengidap penyakit darah tinggi dan perlu berehat. Doktor masuk 2 botol air dalam badan. First time lah merasa duduk dalam wad kecemasan dan masuk air dalam badan haha. Mungkin orang lain dah biasa tapi bagi aku ini adalah pengalaman pertama yang tak akan aku lupakan.

Hampir dua botol air dah masuk dalam badan bacaan BP aku kembali normal macam orang lain. Bila doktor cek darah pulak darah aku kurang gula. Aduhai badan gemuk macam aku ni pun boleh kurang gula?? Pening tul.. Nasib baik lah aku tak ada penyakit kronik yang lain.

Syukur lah kalau tak merasa pulak lah duduk dalam wad lama lagi. So doktor bagi ubat darah tinggi selama seminggu dan lepas seminggu nanti aku kena pergi klinik kesihatan berdekatan untuk dapatkan rawatan seterusnya.

Ps : pergi hospital pasal cirit birit last-last masuk air kerana darah tinggi. So lepas ni aku kena jagalah pemakanan aku supaya tak menjadi serius lagi.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Diriku and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Pertama Kali Masuk Hospital

  1. eyriqazz says:

    get well soon bro….

  2. Mohd Zaid says:

    eyriqazz > terima kasih bro eyriqazz ..

  3. sweetkurma says:

    moga cepat sembuh
    amin

  4. Mohd Zaid says:

    sweetkurma > terima kasih kak..

  5. Maya says:

    get well soon bro ! 😉

  6. Mohd Zaid says:

    Maya > terima kasih maya..

  7. fazrol says:

    Hari tue tgk dlam fb Uzair…
    Jg makan… Darah tinggi bahaya gak tue…

  8. Mohd Zaid says:

    fazrol > ye bro.. thanks

  9. sensasi2020 says:

    Kita bukannya selalunya sihat,
    Ada masaya kita terjejas kesihatan,
    Masuk hospital kerana cirit-birit,
    Lain kali berhati-hati bila menjamah makanan.

  10. Mohd Zaid says:

    sensasi2020 > terima kasih bro

  11. wazy says:

    Semoga cepat sembuh yer bro

  12. Mohd Zaid says:

    wazy > thanks bro

  13. azhar says:

    Salam Zaid, semuga Allah beri kesembuhan segera.
    Sja nak tanya….terbaca entry Zaid pasal pergi KK. BOleh dapatkan no tel
    kereta sewa di KK (Yaacob?) saya cuba hubungi no tel yg tertera dlm blog Zaid tapi tak dapat. Terima kasih. wasalam

  14. Mohd Zaid says:

    azhar > Salam azhar.. ada kat entry percutian sabah tu nombor telefon dia.. tapi ramai cakap tak dapat call.. nanti zaid tanya dia balik key..

  15. Hello! Someone in my Facebook group shared this website
    with us so I came to give it a look. I’m definitely enjoying the information. I’m book-marking and will
    be tweeting this to my followers! Exceptional blog and terrific style and design.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *