AirAsia Reschedule Penerbangan. Pengguna Layak Refund

20121108-232403.jpg
Percutian terakhir untuk tahun ini adalah ke bumi Indonesia. Telah lama aku mengidam untuk ke tanah jawa. Insyaallah penerbangan aku ke Semarang pada 10 November ini berjalan lancar lah. Petang tadi dapat sms dari Airasia berkenaan penerbangan aku tu telah di reschedule termasuk juga penerbangan balik pada 13 Nov ini lebih dari 3 jam.

Cadangan awal untuk ke Semarang sahaja tapi plan kami telah bertukar untuk lanjutkan waktu disana. Jadi aku pun belilah tiket lain untuk balik pada 18 November. Jadi tiket pada 13 Nov tu terpaksa lah kami burn begitu saja.

Disebabkan aku tak buat web checkin lagi untuk balik 13 Nov tu jadi aku berhak untuk refund balik duit tiket tu. Syukur Alhamdulillah sebab AirAsia reschedule balik penerbangannya. Tadi pihak AirAsia ada call aku untu inform kejadian ni jadi dalam masa yang sama aku tanya samaada boleh atau tidak aku minta refund.

Jawapan dari pemanggil AirAsia tu amat menggembirakan aku sebab aku boleh dapatkan balik duit tu dengan 2 cara. Iaitu samaada diorang masukkan balik duit dalam akaun bank semasa pembayaran atau buat credit shell. Credit Shell bermaksud pihak AA akan masukkan semula duit refund dalam akaun login website AirAsia kita. So aku pilih Credit Shell sebab duit rm70 yang AA refund tu nanti aku nak gunakan beli penerbangan lain untuk tahun depan ke Bali.

Huhu. Syukurrrr.. Rasa gembira sangat airasia menukarkan jadual penerbangannya kalau tak lesap lah duit aku tu. RM70 banyak tu kalau sikit aku watdono je..

Ps: pengguna hanya layak refund jika penerbangan retime lebih atau 3 jam dari waktu penerbangan asal sahaja.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Macam-Macam and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *