Bila Alia Masuk Wad

20121103-223345.jpg

Dah seminggu anak buah aku demam. Nur Alia Qistina tak pernah lemah semacam sejak seminggu ni kalau tak kat rumah dia lah yang paling ceria dan paling aktif. Hari ni dia betul-betul lemah dan tak bermaya jadi kakak dan mak aku terus bawa ke Kecemasan Hospital Kajang dan dimasukkan dalam Wad.

Badan Alia kejap panas kejap sejuk. Doktor dah cek darah nasib baik bukan Denggi. Mungkin cuaca yang tak menentu buat badan Alia panas sejuk. Dah lah tak nak minum susu so sekarang di hospital kena masuk air.

Sedih juga bila rumah sunyi tanpa Alia. Harap alia cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu. Pak ngah doakan alia cepat sihat ye. Jangan noti noti tau..

Ps : Hospital Kajang bahagian Wad kanak-kanak boleh pulak tak cukup bantal? Boleh pulak kan?.. So kena bawa bantal sendiri..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Blog and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *