Tiada Semangat Patriotisma

Gambar sumber Google Image : gmsriaman.blogspot.com

Masa kat sekolah rendah dan menengah dulu tiap-tiap pagi mesti ada perhimpunan dan menyanyi lagu kebangsaan Negaraku. Masa itulah semagat patriotisma dikalangan pelajar dan guru-guru melonjak naik. Tapi bila dah kerja ni tak pernah pulak kat office aku diorang buat macam tu lagi. Lagu Negaraku kini dah semakin pudar dan ada diantara mereka yang dah lupa pun lirik dan alunan lagu kebangsaan kita ni.

Sedih sebenarnya semangat patriotisma dilupakan apabila lepas dari zaman persekolahan. Cuba pergi kedai mamak lebih kurang jam 12 tengah malam. Kebiasaannya kedai mamak ni pasang TV dan radio dan kebiasaannya juga TV dan radio pasang lagu kebangsaan bila tepat jam 12 malam. Cuba tengok ada tak orang berdiri tegak tanda hormat pada lagu kebangsaan kita? rasanya tak ada kot yang sanggup berdiri sekejap untuk beri tanda hormat.

Aku bercakap ni pun nak ingatkan diri aku juga supaya semangat patriotisma dan budaya hormat, berdiri tegak ni jangan dilupakan. Mungkin mulai hari ini apabila aku dengar lagu Negaraku aku akan berdiri tegak dan menghayatinya. Kalau tak kita yang mulakan hari ini nanti anak cucu kita pun sama macam kita.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , . Bookmark the permalink.