Pencarian Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mari… mari… mari ramai-ramai…

Ada berita mengumbirakan ingin saya sampaikan.  Haa… Pernahkah anda rasa teringin untuk memasak seperti pakar-pakar memasak yang tersiar di televisyen, majalah, dan surat khabar? Mestilah pernahkan? Jangan risau sebab impian anda untuk menjadi Chef Selebriti mungkin jadi kenyataan.  Kini Berita Harian dan Gas PETRONAS sedang mencari Chef Selebriti dengan menganjurkan pertandingan Pencarian Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas 2 bermula 10 Oktober sehingga 31 Oktober ini. Rebutlah peluang ini untuk mengasah bakat memasak anda yang terpendam tu, mungkin kini giliran anda. Pencarian Chef Selebriti  ini merupakan platform untuk anda menunjukkan bakat dan berkongsi ilmu masakan dengan penonton. Elemen lain yang perlu anda miliki adalah ilmu pengetahuan luas dalam bidang masakan terutamanya, mampu bertutur dengan baik, pandai memasak, berpersonaliti yang menarik dan berupaya menawan hati penonton.

Baru-baru ni saya sempat ke perasmian Pencarian Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas 2 di Bangsar. Pengumuman dibuat oleh En. Badrulhisham Othman, Pengarang Eksekutif Pengeluaran BH dan dirasmikan bersama Chef Selebriti iaitu Chef Wan yang merupakan selaku Ketua Chef. Chef Wan sempat berpesan “Zaid kau mesti masuk tau pertandingan ni.. nanti tunggu lah aku komen haha..” (Ini yang rasa bersemangat untuk join ni.)

Apa lagi, ting… ting… ting… Haa… dah siap pun dapur saya, hari ni saya nak cuba satu resepi masakan untuk berkongsi dengan anda semua. Semangatkan nak join pertandingan Pencarian Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas 2 ni. Manalah tahu kalau ada rezeki boleh menangkan?

Mesti ada yang terpikir, layak ke nak masuk pertandingan ni, nama pun Chef Selebriti, kita ni bukannya chef mahupun selebriti. Haa.., jangan risau! Apa yang istimewa untuk pertandingan kali ini adalah 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Individual dan Kategori Profesional.  Juara  untuk setiap kategori akan membawa gelaran Chef Selebriti selain bakal menerima RM10,000.00 dan trofi.  Lumayan tu..   Pemenang bagi Kategori Profesional juga berpeluang untuk menjadi penulis jemputan di kolum masakan mingguan di Famili Berita Harian selama 6 bulan. Tapi untuk kategori ini, peserta sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman selama 3 tahun sebagai chef.  Haa.. ada yang berani? Apa tunggu lagi.  Hadiah kedua, wang tunai RM2,000.00 bersama trofi untuk setiap kategori.  Hadiah ketiga, wang tunai RM1,000.00 bersama trofi untuk setiap kategori dan Hadiah ke Empat hingga ke Sepuluh, wang tunai RM100.00 bersama trofi untuk setiap kategori.  Seronok dengar dapat duit ni. Pasti ini menambah semangat anda untuk menyertainya kan?..

Sebab tu, saya pun berani nak cuba. Sebelum tu mari kita cuba-cuba dengan 1 resepi ni sebagai persediaan. Kek Cheese Salji di Kinabalu. Sebabnya untuk masuk pertandingan ni, peserta kenalah menyediakan 1 set senarai resepi merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.  Borang penyertaan boleh didapati dalam Berita Harian yang disiarkan pada 10 Oktober hingga 31 Oktober  ni.  Jangan berlengah! Borang penyertaan perlu dikembalikan sebelum 5 November  ini bagi melayakkan diri anda disenaraikan sebagai 10 peserta terbaik sebelum ke peringkat akhir.  Ingat anda MESTI guna borang asli dari Berita Harian tau.. bukan fotokopi ye.

Eh! Lupa pula pasal Kek Cheese Salji di Kinabalu ni.  Okay, ni bahan-bahannya:

 

Bahan A
6 biji telur.
100 gm gula halus.
100 gm tepung gandum.
60 gm tepung jagung.
75 gm butter yang dicairkan.
50 gm air sejuk dari peti ais.
1 sudu kecil baking powder.
1 sudu besat  ovalette.
Sedikit essen vanilla.

Bahan B
Untuk Topping:
250 gm cream cheese.
1/2 cawan susu pekat manis.
(Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga kembang.  Ke tepikan.)

Bahan C
Tabur:
Parutan Cheddar Cheese secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  • Satukan bahan-bahan A  ke dalam mangkuk pengadun kecuali butter yang telah dicairkan.  Pukul hingga gebu.  Kemudian masukkan butter yang dicairkan tadi dan pukul lagi hingga sebati.
  • Sapukan acuan dengan sedikit butter dan alaskan dengan baking paper. Tuangkan adunan ke dalam acuan tadi dan bakar hingga masak.
  • Sejukkan atas redai dan potong kek dengan menggunakan benang seperti kita memotong telur rebus agar kelihatan kemas.
  • Sapukan dengan bahan topping dan tutup dengan kek yang sebahagian lagi. Sapukan semua permukaan kek dengan cream cheese dan tabur dengan keju parut.
  • Simpan dalam peti ais selama 2 jam sebelum di potong

Tips untuk anda:

Bila memasak nanti…  memasaklah dengan penuh kasih sayang sambil menikmati aroma masakan kita.

Dan jangan lupa untuk periksa keselamatan tong gas anda. Mudah je sekarang ni dengan perkhidmatan Gas Petronas yang bukan sekadar menghantar gas ke rumah, malah krew penghantaran juga akan memeriksa tong gas demi keselamatan kita.  Dalam pada tu, pengguna juga boleh menambah mata ganjaran Kad MESRA melalui perkhidmatan ini.  Tiga dalam satu… Bagus kan! Bila dah ada resepi untuk dikongsikan, boleh terus dapatkan borang penyertaan dan berikut adalah cara-cara penyertaan:

 

Klik gambar untuk besarkan..

Pertama sekali ambil gambar anda bersama masakan anda, kepilkan bersama 1 set senarai resepi (pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut) dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi. Jangan lupa kepilkan bersama 10 keratan kepala akhbar Berita Harian bersama 1 penutup sillinder Gas Petronas.  Kemudian hantarkan borang penyertaan kepada Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas Petronal, P.O. Box 10250, Pejabat Pos Besar, 50708 Kuala lumpur sebelum 5 November 2012.  Kepada Warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas rebutlah peluang ini. Untuk maklumat lanjut boleh semak di akhbar Berita Harian. Selamat memasak..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Sponsored Post and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Pencarian Chef Selebriti Berita Harian dan Gas Petronas 2

  1. Casava Chef says:

    tema pertndingan ni satu malaysia,kek cheese ni barat,tolong komen sikit

  2. Merryn says:

    Jom kita masak nasi lemak spesel…

  3. Mohd Zaid says:

    Casava Chef > tu hanya demo je.. maaf kalau saya tersalah..

  4. Mohd Zaid says:

    Merryn > jom masaaakkkk.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *