BigBang’s Journey To Stardom

G-Dragon, T.O.P, Teayang, Seungri dan Deasung merupakan nama besar dan tidak asing lagi bagi peminat K-POP di Korea dan seluruh dunia termasuk Malaysia. Menggunakan nama BIGBANG, kemasyhuran yang dicipta anak-anak muda ini mendapat perhatian ramai terutamanya peminat wanita dan kanak-kanak kerana kekacakkan dan kehebatan nyanyian mereka. Jangan kata wanita je minat mereka tau lelaki pun ada juga macam aku ni haha.. minat sebab mereka semua berbakat dan serba boleh tau tak lebih dari itu.

Kebelakangan ini banyak muzik K-POP sedang rancak diputarkan dicorong-corong radio. Walaupun banyak boyband lain yang tumbuh bagaikan cendawan namun nama BigBang tetap menjadi sanjungan dan melonjak naik. Apakah rahsianya? so aku saja nak cerita sikit pasal BigBang ni..

BigBang’s Journey To Stardom : Perjalanan ke kemasyhuran yang dibina oleh ahli kumpulan Bigbang amat menarik sekali untuk kita perlihatkan. BigBang adalah sebuah kumpuan boyband yang berasal dari Korea Selatan yang terbentuk pada tahun 2006. Terdiri daripada 5 anak muda bernama G.Dragon, Tea-Yang, Dea-Sung, T.O.P dan Seung-Ri.  Masing-masing mempunyai suara yang unik dan berbeza. Bermula sekitar tahun 2005-2006 mereka semua tidak asing lagi dalam dunia hiburan. G-Dragon dan Tea Yang telah menjadi anggota YG Entertaiment sejak mereka berusia 12 tahun lagi. Keduanya dikenali sebagai “GDYB” yang mana merupakan singkatan nama mereka berdua. T.O.P pula dikenali sebagai rapper hip hop underground sementara Seung Ri pula pertama kali masuk ke dalam dunia hiburan ketika dalam acara “Let’s Cokeplay Battle”.

Setelah anggota Big Band lengkap, jaringan television MTV Korea membuat 10 episode dokumentari yang memuat tentang aktiviti mereka selama menjalani latihan sebelum bergelar sebuah boy band. Episode 6 bagian pertama menceritakan tentang motivasi dan latar belakang mereka untuk menjadi seorang penyanyi. Dokumentari ini mengesahkan proses latihan yang sangat berat seperti sesi menari dan menyanyi. Dua orang anggota, SO-1 dan Seung Ri telah dipertimbangkan untuk tidak diteruskan dalam boy band ini, tetapi mereka diberi kesempatan untuk memamerkan kebolehan mereka dalam hal menari dan menyanyi. Namun Yang Hyun Suk (CEO YG Entertainment) akhirnya mengeluarkan SO-1 karana ia dianggap “terlalu malu-malu”. Sementara itu, Seung Ri dan dipilih sebagai anggota Big Bang kerana membuat Yang Hyun Suk terpesona dengan ketrampilan menyanyi dan menari yang dimilikinya.

Penampilan pertama BigBang sekitar tahun 2006 semasa konsert YG Family di Gymnastics Arena, Taman Olimpiade Seoul. Sebelum album pertama mereka dikeluarkan, mereka telah release 3 EP secara berturut dalam beberapa bulan. “This Love” merupakan nyanyian saduran dari Maroon 5 dan single ini laris terjual sebanyak 17 ribu cetakkan. Puncak kemasyhuran kumpulan ini pada tahun 2008 dimana  mereka telah melancarkan album konsert berjudul The First / Real Life Concert yang hampir terjual 30 ribu cetakkan akhir tahun 2007.

1=10 BigBang’s Journey To Stardom :

1) BigBang berasal dari Korea Selatan dan terbentuk pada tahun 2006.

2) BigBang dianggap sebagai boyband no 1 paling berjaya di Korea.

3) Dikenali kerana muziknya yang unik dan style fesyen oleh ahlinya.

4) Album pertama mereka yang tidak terlalu sukses adalah  “BigBang Vol.1”.

5) Menang Song of the years untuk lagu “lies” pada tahun 2007 di Mnet Asian Music Awards.

6) Memasuki pasaran Jepun pada tahun 2008.

7) Single pertama di Jepun adalah “My Heaven”.

8) Mula aktif semula pada tahun 2011 sehingga sekarang.

9) Setelah kembali ke persada seni mereka melancarkan album “Tonight” yang berjaya menarik minat pendengar seluruh dunia.

10) Tahun 2012 Bigbang mengeluarkan album mini ke5 “Alive”.

 

 

Tak sangka impian aku untuk bertemu kumpulan BigBang di hampir menjadi kenyataan. Terima kasih kepada SAMSUNG kerana membawakan Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 kepada peminat-peminatnya di Malaysia. Tiket concert sudah habis dijual jadi inilah harapan peminat yang masih ingin dapatkannya

Caranya senang je.. Beli Samsung Galaxy S III kemudian SMS ke 32632 (Samsung<Space>IC/Passport Number<Space>Receipt Amount RM00.00<Space>Receipt Date DDMMYYYY<Space>IMEI Number<space>Name) untuk maklumat lanjut boleh tengok disini : http://www.samsung.com/my/bigbang/

Peminat BigBang jangan lupa juga untuk ambil bahagian dalam aplikasi Facebook Big Bang Alive Galaxy Tour disini. https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia/app_449599601748661?ref=ts

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *