BIGBANG Special – My Favourite Korean Things

I love you baby I’m not a monster, Neon al-janha yejeon nae moseubeul shi-gani, chinamyeon sarajyeo beoril, Tende keu ttaen al tende baby“. Amboi mak jemah sejak dua menjak ni asik nyanyi lagu K-POP kau.. kelass kau mak jemah.. haha kalau mak jemah pun pandai nyanyi lagu dari kumpulan BigBang ni, aku pun pandai gak tau. Maklumlah sekarangkan musim demam K-POP dan terbaru 27 Oktober 2012 ni kumpulan muzik terkenal Korea iaitu Big Bang akan buat persembahan di Stadium Merdeka. Terima kasih banyak kepada SAMSUNG kerana sudi membawakan Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 terus ke GALAXY SAMSUNG. Tak sabar rasanya nak pergi tengok konsert mereka nanti. Oh ye ada juga yang tak kenal dengan kumpulan Bigbang ni kan? hokey kalau tak kenal sila Google ye..

My Favourite Korean Things, hokey disebabkan aku sekarang tengah demam K-POP sebab BigBang nak datang Malaysia, jadi hari ni aku nak cerita-cerita sikit pasal Korea kat korang boleh tak haha.. jangan marah sebab aku teringin sangat nak pergi sana. Dah lama aku idam-idamkan percutian musim salji disana. Diorang kat sana mungkin dah bosan kot dengan musim salji, ye la banyak aktiviti terpaksa ditunda tapi bagi aku tidak.. kalau ada salji lagi lah aku suka.. maklumlah orang tak pernah pegang salji katakan..

Kalau diberi peluang ke Korea tempat paling utama aku nak pergi adalah di Pulau Jeju yang terletak dihujung semenanjung Korea Selatan dan antara pulau yang berdekatan dengan Jepun. Orang Korea panggil Pulau Jeju ni Jejudo. Kalau korang peminat cerita Korea mesti korang selalu tengok diorang berlakon kat tempat bunga-bungan, gunung ganang, air terjun yang cantik, laut yang luas.. kebanyakkannya diorang berlakon kat Pulau Jeju lah.. Disini memang sesuai kalau nak bercuti bersama keluarga ataupun nak berbulan madu. Insyaallah kalau ada rezeki aku nak pergi sini satu hari nanti.

Walaupun aku tak pernah jejakkan kaki ke Korea lagi tapi aku dah rasa ianya seperti dekat dengan aku. Mana tak nya kalau dah hari-hari tengok cerita Korea. Aku ni memang peminat nombor 1 Running Man (RM). Kalau korang tak pernah tengok Running Man ni silalah tengok. Sekali tengok pasti korang akan terus melekat kat depan tv. Semua ni gara-gara adik aku lah yang suh aku tengok RM sekarang ni dia dah tak tengok tapi abangnya pulak dah meroyan haha. Running Man ni berkisarkan game show yang dianggotai oleh Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, HaHa, Kang Gary, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo dan Song Ji Hyo.

Tiap-tiap minggu akan ada tetamu jemputan sekali diundang. Diorang kena buatlah misi yang telah ditetapkan. Memang kelakar, tengok sorang-sorang pun boleh tergelak sakan inikan kalau tengok ramai-ramai. Oh ye cakap pasal Running Man, hari tu pun kumpulan Bigbang dijemput sebagai tetamu jemputan tak silap aku dalam episod 84 dan 85, kesemua anggota Bigbang G-Dragon, T.O.P, Teayang, Seungri dan Deasung ada dalam episod ni. Misi yang Bigbang kena buat adalah cari Running Man cards. Peserta lawan pula kena tarik name tag belakang baju ahli kumpulan Bigbang tu. Huhu macam biasalah Kim Jong Kook memang terbaik dalam setiap episod.. haha badan dia kan sasa siapa yang berani lawan.

Now mari bercakap pasal makanan Korea. Okey jangan cakap kalau nak makan makanan Korea kena pergi ke Korea. Sebab melambak je kedai makanan Korea yang Halal kat Kuala Lumpur ni. Antara makanan yang paling aku suka Korean Sushi, Ddukbokki, Kimchi dan fried dumpling. So jangan kata susah nak cari makanan Korea yang halal.. pergi cari dulu, rasa baru tahu hihi.. tapi tak semua makanan Korea ni sesuai dengan selera tekak aku tau. Ye lah dah biasa makan pedas-pedas.

So… Soo…itu je buat masa ni.. nanti aku cerita lagi apa yang best tentang Korea ni.. orang cakap kalau kita cakap banyak kali tu diibaratkan doa. So kalau cakap 100 kali mana tahu dimakbulkan tuhan kan .. Okey siapa nak ikut aku pergi tengok konsert Bigbang? aku tak ada member ni nak teman.. kalau korang masih belum dapatkan tiket konsert Bigbang korang masih ada peluang lagi untuk dapatkannya. Tiket Bigbang ni dah sold out kat kedai jadi kalau nak dapatkannya bolehlah beli Samsung Galaxy S III dan berpeluang untuk menang hadiah hebat. Hadiahnya 5 pasang tiket VIP concert Bigbang + Limited Edition BIGBANG Galaxy S III Black Cover. 100 pasang tiket concert bernilai RM188 +Limited Edition BIGBANG Galaxy S III Black Cover untuk dimenangi.

Caranya senang je.. Beli Samsung Galaxy S III kemudian SMS ke 32632 (Samsung<Space>IC/Passport Number<Space>Receipt Amount RM00.00<Space>Receipt Date DDMMYYYY<Space>IMEI Number<space>Name) untuk maklumat lanjut boleh tengok disini : http://www.samsung.com/my/bigbang/

Peminat BigBang jangan lupa juga untuk ambil bahagian dalam aplikasi Facebook Big Bang Alive Galaxy Tour disini. https://www.facebook.com/samsungmobilemalaysia/app_449599601748661?ref=ts

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Promo and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to BIGBANG Special – My Favourite Korean Things

  1. Syarih says:

    anak-anak saya minat sangat KPOP nih…saya tak berapa faham la pulak…he he he

  2. Mohd Zaid says:

    Syarih > fenomena k-pop dah melanda Malaysia bro.. tapi jangan dimanjakan sangat.. nanti lagu melayu dilupakan pula.. syok sikit2 bole la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *