Susah Rupanya Buat Video Stop Motion

Salam, sekarang pukul 4.23 pagi waktu aku update blog ni.. dah biasa tak tidur malam sebab kerja jadi hari ni mata tak mau tidur pulak. Ok tu pekara biasa sebenarnya kalau orang yang keje 24 jam macam aku ni. Tidur tak tidur tu tolak tepi haha.. Disebabkan aku tak boleh nak tidur jadi hari ni aku buat kerja gile sikit haha.. dah lama sebenarnya mengidam nak buat video stop motion sendiri tapi tak pandai nak edit mengedit ni. Kalau nak buat video stop motion ni kena snap gambar dan jadikan gambar tu sebagai video. Nampak menarik gak tengok diorang buat video stop motion kat Youtube, bajet senang je kan sekali aku buat ambik 4 jam baru siap satu video yang berdurasi 1.29 saat.

Perrhhh sakit nak snap gambar satu-satu pergerakkan. Bayangkan video stop motion kat bawah ni aku ambil kira-kira 331 keping gambar. Tu tak pro yang ambik tu cuba kalau yang dah pro mesti beribu gambar kena ambil hanya untuk berapa saat je.. Okey ini video stop motion yang aku buat.. sebenarnya buat video ni untuk contest kat blog Airasia (AirAsia X Samsung Galaxy Tab Contest). Kalau menang dapat sebiji Samsung Galaxy Tab 10.1. Saja-saja je try nasib, manalah tahu kalau ada rezeki untuk menang. Kalau tak menang pun at least aku dah belajar satu benda baru iaitu buat video stop motion yang aku idamkan hihi..

taddaaa… itulah videonya.. simple je.. BI pun berterabur.. maklumlah aku tak pandai sangat Bahasa Inggeris. Tak pe cuba je nasib..

Untuk buat video stop motion ni aku gunakan apps iMotion for iPad dengan harga $1.99. Rasa mudah sikit guna apps ni snap-snap-snap dah siap haha cuma aku kena upload dulu dalam Macbook aku untuk diedit balik kat iMovie sebab nak tambah lagu latar sikit.

Mungkin satu hari nanti bila aku dah pro selalu main dengan stop motion video ni aku nak buat video macam kat bawah ni pulak..

Terbaik lah bagi aku video kat atas ni.. memang best dan teliti gambarnya.. cayorrrkk..

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in OMG and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *